KUALA LUMPUR:Baru hampir seminggu sesi persekolahan bermula, wujud rasa ketidakpuasan hati sesetengah ibu bapa dengan cara pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).
Ada mendakwa guru tidak cukup bersedia mengajar melalui pendekatan PdPR hingga mengganggu proses pembelajaran.
Bagaimanapun, 'orang-orang kuat' dalam industri pendidikan berpendapat warga pendidik itu seharusnya diberi ruang dan peluang untuk menyesuaikan diri dengan cara baharu.
Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hasan berkata latihan pendidikan perguruan yang berkaitan boleh diperkenalkan kepada para guru sedia ada bagi mendedahkan mereka dengan kaedah dan proses PdPR yang proaktif.
"Memandangkan PdPR ini agak baru diperkenalkan, semua pihak hendaklah memahami situasi semasa dengan memberi ruang dan peluang yang mencukupi kepada warga pendidik untuk benar-benar fasih dan mahir membudayakan PdPR dalam kehidupan pendidikan.
"Maka dalam masa sama, dicadangkan agar Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil seorang dua pendidik yang pakar dan mahir dalam PdPR sama ada orang tempatan atau dari luar negara, untuk mendedahkan kaedah dan prosesnya kepada guru-guru ini," katanya ketika dihubungi Bernama.
Mohamad Ali berkata kursus tersebut boleh dilakukan secara dalam talian atau secara bersemuka dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ketat, bagi memperlengkapkan guru-guru agar tidak lagi kekok mengajar di hadapan skrin monitor.
Dalam masa sama, latihan semula intensif kepada pendidik seperti guru Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), guru Bahasa Inggeris dan guru vokasional perlu dilakukan segera dan secara berkala.
Tambahnya, dalam masa sama beberapa kekangan asas yang masih dihadapi negara turut perlu diberi fokus utama kerana meskipun guru sudah berkebolehan, namun matlamat PdPR tidak akan tercapai sekiranya masih wujud banyak tembok halangan.
"Antaranya, masalah liputan (internet) yang belum menyeluruh khususnya luar bandar; kesediaan peranti dan alatan lain yang mencukupi; bahan E-buku teks yang sistematik; bantuan tenaga teknikal segera setempat; penjadualan tugasan dan kurikulum seimbang; keseronokan belajar dan tidak terlalu stres menghadap komputer dan peranti sahaja serta pemantauan dan penilaian setiap tahap PdPR yg berkesan," katanya.
Sementara itu, senada dengan Mohamad Ali, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Aminuddin Awang berkata pada masa depan, kursus PdPR perlu dimasukkan dalam kurikulum kursus perguruan di Institut Pendidikan Guru (IPG) dan juga Institut Pengajian Tinggi (IPT).
Katanya dalam masa sama, KPM juga perlu meningkatkan dan memantapkan lagi kursus peningkatan kemahiran kepada para pendidik, khususnya selepas suasana persekolahan kembali normal dan dapat berjalan seperti biasa.
"Aspek latihan kepada guru-guru dalam bidang PdPR sememangnya merupakan keperluan selepas ini... walaupun sekolah dibuka seperti biasa selepas ini, PdPR nanti akan menjadi medium sokongan penting kepada persekolahan secara bersemuka," katanya.
Bagaimanapun, Aminuddin berkata rata-rata guru pada tahun ini sebenarnya sudah bersedia mengajar melalui PdPR memandangkan mereka telah berhadapan dengan situasi tersebut pada tahun lepas, namun tidak semua murid mempunyai kesediaan untuk belajar dengan cara tersebut.
"Tahun ini adalah tahun kedua guru menggunakan PdPR sebagai medium pengajaran... tahun lepas, kerana ia datang secara tiba-tiba dan tanpa perancangan pihak KPM, memang diakui guru tiada pengalaman dan kemahiran, jadi bagaimana untuk mengurus dan mengelolakan PdPR.
"Tetapi untuk tahun ini, KPM, pihak sekolah dan guru-guru sudah tahu bahawa sesi persekolahan adalah pada zaman COVID-19, jadi pelbagai persediaan awal telah dibuat.. apa yang menjadi permasalahan sekarang ialah murid-murid ada pelbagai kategori dan tahap dalam aspek kesediaan belajar melalui PdPR, jadi itulah punca masalah," katanya sambil meminta agar diberikan ruang kepada guru untuk menjalankan perancangan yang telah mereka susun.
Aminuddin berkata setiap pihak perlu akur bahawa impak PdPR tidak akan sama dengan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah memandangkan PdPR adalah sokongan kepada proses pembelajaran bersemuka yang tidak dapat dilaksanakan kerana sekolah ditutup akibat COVID-19.
"Pada masa yang sama, kita perlu sedar bahawa terdapat pelbagai kategori murid... ada yang ada peranti dan capaian internet, ada yang hanya ada peranti sahaja tanpa ada capaian internet, ada yang ada peranti dan capaian internet tetapi kena bergilir-gilir dengan adik-beradik lain atau tunggu bapa balik dari kerja sebab hendak pinjam telefon bapa dan ada yang tiada apa-apa," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 26 2021
'Orang-orang kuat' dalam industri pendidikan berpendapat warga pendidik itu seharusnya diberi ruang dan peluang untuk menyesuaikan diri dengan cara baharu. -Gambar hiasan/Astro AWANI
Padah curi kabel, dua lelaki melecur anggota badan
Lelaki berumur 49 dan 31 tahun dikejarkan ke Hospital Shah Alam kerana melecur di bahagian muka, tangan dan kaki.
Shah Rukh Khan teruja kembali ke Malaysia
"Saya bukanlah orang yang penting untuk dianggap sebagai rakan tetapi saya adalah rakan bagi Malaysia dan UAE."
Moscow lancar peluru berpandu hipersonik Oreshnik, Zelensky gusar
Zelenskyy "secara langsung menuduh sekutunya di barat meninggalkannya tanpa perlindungan ketika menghadapi tindakan Rusia."
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Tiga sekolah di Kempas laksana PDPR akibat pencemaran bau
SK Kampung Maju Jaya, Sekolah Rendah dan Menengah Islam Hidayah ditutup hari ini akibat pencemaran bau.
Sekolah di Pulau Pinang dibenar PdPR sepanjang gangguan bekalan air
Namun bagi pelajar Tingkatan Lima dan Kolej Pra-Universiti, mereka akan menjalani pembelajaran seperti biasa di sekolah kerana peperiksaan yang telah dijadualkan.
Banjir: Dua sekolah di Pekan laksana PdPR esok
Dua sekolah di daerah Pekan akan meneruskan sesi pembelajaran melalui keadah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bermula Selasa.
PdPR hanya dilaksana apabila sekolah ditutup, bacaan IPU lebih 200 - Fadhlina
Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) hanya akan dilaksanakan apabila sekolah ditutup dan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 200, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek
Banjir: Sesi persekolahan tidak tangguh, KPM beri kelonggaran PdPR
Kementerian beri perhatian khusus baik pulih semua sekolah yang terjejas akibat banjir dalam tempoh dua minggu sebelum sesi bermula.
Tiada lagi penggiliran, sekolah sesak sejak awal pagi namun keadaan teratur, terkawal
Keadaannya hampir sama ketika zaman sebelum pandemik, cuma kali ini ia lebih teratur dan mengikut prosedur operasi standard ditetapkan.
JENDELA bantu lancarkan PdPR di pedalaman Selangor
Melalui JENDELA, beberapa lokasi struktur menara komunikasi sedia ada telah dinaik taraf daripada teknologi 2G kepada 4G.
Murid pulang bercuti Tahun Baharu Cina tidak dibenar kembali ke asrama
KPM membuat ketetapan itu sebagai usaha mengawal jangkitan COVID-19 serta melindungi calon Sijil Pelajaran Malaysia.
Lebih 530,00 pelajar mulakan sesi persekolahan di Sabah hari ini
Sejumlah 1,075 sekolah rendah dan 218 sekolah menengah kerajaan dibuka untuk sesi persekolahan bersemuka di negeri ini.
Lapan beranak tinggal di rumah pusaka usang, bocor
Bumbung rumah kayu yang hanya mempunyai satu bilik peninggalan arwah neneknya itu sudah banyak yang bocor selain dinding serta lantai sudah banyak rosak dan berlubang.