Kerajaan disarankan untuk memberi kelonggaran dan membenarkan aktiviti jualan kepada semua pasaraya terpilih sempena dengan sambutan bulan Ramadan dan Aidilfitri akan datang.
Presiden Persatuan Peruncit Bumiputera (BRO), Datuk Ameer Ali Mydin berkata, ini bagi memberi peluang kepada masyarakat membuat persediaan dan mendapatkan barangan tertentu selain barang keperluan harian.
Katanya, bagaimanapun kelonggaran itu hanya diberikan kepada pasaraya yang mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) khususnya aspek penjarakan sosial.
"Ini kerana kita dapati, ada di antara pembeli yang datang ke sini bukan hanya untuk membeli barangan keperluan asas, tetapi ada juga permintaan terhadap barangan lain seperti pakaian, barang elektrik dan sebagainya.
"Dalam tempoh PKP ini, mungkin mereka memerlukan barangan lain seperti periuk nasi elektrik, kipas, dapur gas kerana barang tersebut mungkin telah rosak atau tidak ada sebelum ini," katanya ketika ditemui Astro AWANI pada Ahad.
Ditanya sama ada penetapan tempoh masa tertentu perlu dilakukan jika kerajaan membenarkan sektor peruncitan beroperasi dalam tempoh PKP, Ameer Ali berkata, tindakan itu bukanlah langkah terbaik, malah akan menyukarkan pengguna.
"Ini kerana, jika kita tetapkan masa bagi operasi perniagaan peruncitan ini dalam tempoh tertentu, ia akan menyebabkan kesesakan berlaku di dalam premis.
"Cadangan ini bukan niat kita sebagai peniaga untuk mengejar keuntungan semata-mata, sebaliknya memahami situasi masyarakat yang memerlukan barangan lain selain makanan untuk kegunaan harian," jelasnya.