KUALA LUMPUR: Kasihnya sang tuan kepada haiwan peliharaan membuatkan seorang penternak sanggup meredah banjir dan berenang sejauh 800 meter membawa jerami untuk diberi makan kepada lembu dan kambingnya, selain memastikan haiwan itu selamat daripada dihanyutkan banjir.
Shafiq Muzaqir Shahrol Hair, 24, berkata hujan lebat pada Sabtu dan Ahad lepas menyebabkan air naik sampai ke paras bahu ditambah pula lokasi kandang ternakannya yang terletak agak ke dalam di Kampung Lombong, Kota Kemuning Shah Alam, menyukarkan misi untuk menyelamatkan kesemua haiwan itu.
"Sewaktu hujan lebat dan banjir masih boleh diharungi, saya dibantu 11 orang rakan sama-sama berenang untuk membawa keluar 10 daripada 80 lembu dari kandang.
"Namun apabila keadaan banjir bertambah buruk dan tiada ikhtiar lain dapat dilakukan memandangkan kenderaan pacuan empat roda dan lori sudah tidak dapat masuk untuk membawa haiwan-haiwan itu keluar, hanya dengan cara berenang sahaja saya dapat membawa makanan kepada lembu dan kambing yang masih terkandas," katanya ketika dihubungi Bernama.
Jumaat lepas beliau sempat memindahkan 200 kambing menggunakan kenderaan pacuan empat roda dan ditempatkan di kandang milik rakannya di Jalan Kebun, manakala 300 kambing lagi hanya sempat dialihkan ke bahagian atas kandang.
Shafiq Muzaqir berkata ini merupakan kejadian pertama bencana banjir buruk berlaku yang mengakibatkan 16 kambing dan tiga lembu peliharaannya mati, sejak beliau mengusahakan ternakan itu bersama keluarga 10 tahun lepas.
Beliau berkata pihaknya ada meminta bantuan bot namun keutamaan diberi untuk menyelamatkan mangsa yang terperangkap dalam banjir.
"Saya mengalami kerugian kira-kira RM70,000 termasuk makanan haiwan, peralatan seperti mesin pemotong tulang serta daging lembu dan kambing yang telah dipotong dan dimasukkan ke dalam peti yang turut rosak ditenggelami air.
Bukan sedikit kerugian yang dialami, setakat ini kami hanya menerima bantuan makanan, tetapi untuk perniagaan ternakan ini belum lagi. Saya harap pihak berkuasa seperti Jabatan Perkhidmatan Veterinar dapat menghulurkan bantuan kepada penternak yang terkesan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 21 2021
Shafiq berkata, hujan lebat pada Sabtu dan Ahad lepas menyebabkan air naik sampai ke paras bahu. -Bernama
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
MOTAC promosi makanan tempatan sepanjang Kepengerusian ASEAN
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mempromosikan makanan tradisional Malaysia sepanjang Kepengerusian ASEAN 2025 bagi merancakkan industri pelancongan negara.
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Nenek nekad kendong cucu redah banjir selamatkan diri
Seorang nenek nekad meredah banjir sedalam hampir semeter sambil menggendong cucu lelakinya yang baru berusia 21 hari untuk dibawa ke PPS selepas banjir melanda Hulu Bernam.
200 mangsa banjir di Kuala Selangor dipindahkan ke PPS
Seramai 200 orang mangsa banjir di daerah ini berjaya dipindahkan ke kawasan selamat oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bersama beberapa agensi penyelamat lain.
Banjir di Selangor dan Sabah pulih, mangsa di Perak dan Kelantan berkurangan
Keadaan banjir di Selangor dan Sabah pulih sepenuhnya manakala jumlah mangsa yang ditempatkan di PPS di Perak dan Kelantan berkurangan malam ini.
Puncak Alam dilanda banjir kilat
Jalan Persiaran Puncak Alam 6 di sini dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat berterusan sejak jam 2.30 petang, Selasa.
RM725.7 juta laksana projek rancangan tebatan banjir di Dengkil, Labohan Dagang
Kerajaan memperuntukkan RM725.7 juta bagi pelaksanaan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) untuk menyelesaikan masalah bencana itu di kawasan Dengkil sehingga Labohan Dagang.
Banjir Bukit Changgang: 'Tiada hujan, tiba-tiba banjir' - Mangsa
Penduduk Kampung Bukit Changgang bimbang berikutan paras air yang bergenang di sekitar kawasan berkenaan yang terus meningkat walaupun keadaan cuaca baik sejak pagi tadi.
Banjir Selangor: Jalan BBST ke Kota Warisan ditutup
Jalan Bandar Baru Salak Tinggi (BBST) ke Kota Warisan di Sepang ditutup sementara mulai Ahad berikutan kenaikan paras air akibat hujan berterusan pada Sabtu.
Banjir Bukit Raja makin surut, jumlah mangsa terus menurun
Keadaan banjir di Bukit Raja, Klang, semakin pulih dan jumlah mangsa yang ditempatkan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di situ terus menunjukkan penurunan.
Mangsa banjir di Kedah meningkat, Selangor kekal, tiga negeri lain menurun
Jumlah mangsa banjir di Kedah meningkat sedikit, di Selangor kekal manakala bilangan di Kelantan, Melaka dan Johor menunjukkan penurunan setakat malam ini.
Jumlah mangsa banjir di empat negeri meningkat malam ini
Jumlah mangsa banjir di empat negeri iaitu Johor, Melaka, Kelantan dan Perak merekodkan peningkatan malam ini manakala Selangor pula menunjukkan penurunan.