KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di empat negeri iaitu Johor, Melaka, Kelantan dan Perak merekodkan peningkatan malam ini manakala Selangor pula menunjukkan penurunan.
Keadaan banjir di Pulau Pinang semakin pulih selepas pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Lahar Yooi yang menempatkan 37 orang daripada lapan keluarga ditutup sepenuhnya hari ini.
Di JOHOR, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah dalam kenyataan memaklumkan jumlah mangsa banjir kilat di enam PPS dalam daerah Segamat, Kluang, Pontian dan Tangkak meningkat kepada 318 orang berbanding 310 pada 4 petang.
Cuaca di beberapa daerah dilaporkan mendung termasuk Batu Pahat, Johor Bahru dan Pontian.
Di MELAKA, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka dalam kenyataan memaklumkan mangsa banjir di dua PPS di Alor Gajah meningkat kepada 51 orang daripada 16 keluarga berbanding 41 individu daripada 12 keluarga pada 8 pagi.
IKUTI SEGALA MAKLUMAT TENTANG BANJIR DI SINI
Seramai 12 orang daripada enam keluarga ditempatkan di PPS Balai Raya Kampung Gadek manakala PPS Dewan Pejabat Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Durian Tunggal menempatkan 39 individu daripada 10 keluarga.
"Kesemua mangsa terjejas banjir itu adalah dari Kampung Gadek, Kampung Bukit Tambun, Kampung Bukit Balai, Kampung Pulau dan Kampung Belimbing manakala satu kawasan lain turut dinaiki air di Melaka Tengah iaitu Taman Bukit Beruang Bestari namun tiada PPS dibuka," katanya.
Di KELANTAN, portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menunjukkan jumlah mangsa banjir masih meningkat apabila seramai 2,124 orang daripada 713 keluarga ditempatkan di lapan PPS di daerah Pasir Mas setakat 9 malam berbanding 2,076 individu daripada 693 keluarga petang tadi.
Mengikut laporan https://publicinfobanjir.water.gov.my/, sungai Kelantan di Rantau Panjang, Pasir Mas merekodkan bacaan melepasi paras amaran dengan 9.34 meter.
Di PERAK, setakat 9 malam terdapat 254 mangsa di enam PPS iaitu SK Changkat Lobak di Kerian, Dewan Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib (SMART), Dewan Orang Ramai Kampung Piandang di Siputeh, Dewan Orang Ramai Kampung Jelapang, Dewan Orang Ramai Kampung Simpang Halt dan Dewan Serbaguna Kampung Padang Tembak.
Jumlah mangsa banjir di SK Changkat Lobak merekodkan sedikit peningkatan kepada 34 individu berbanding 10 orang petang tadi selain pertambahan empat mangsa di PPS Dewan Serbaguna Kampung Padang Tembak.
PPS Dewan Orang Ramai Kampung Jelapang di daerah Larut Matang dan Selama pula menunjukkan trend penurunan apabila hanya menempatkan 12 individu daripada dua keluarga sahaja berbanding 40 mangsa sebelum ini.
Di SELANGOR, berdasarkan laman sesawang InfoBencana JKM, jumlah mangsa banjir terus merekodkan penurunan kepada 126 orang daripada 36 keluarga berbanding 144 individu daripada 44 keluarga petang tadi.
Sebanyak tiga PPS masih beroperasi berbanding enam pagi tadi iaitu SK Sungai Sireh, Sekolah Menengah Kebangsaan Jeram dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Yuk Chih Batang Berjuntai.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 14 2022

Penduduk menggunakan sampan untuk meninjau keadaan rumah mereka yang ditenggelami banjir ketika tinjauan di Kampung Tersang, Rantau Panjang hari ini. - Gambar/ Bernama

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Mangsa banjir di Pahang meningkat tengah hari ini
Kesemua mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Semantan, Temerloh sejak Khamis.

Situasi banjir di Negeri Sembilan, Pahang tidak berubah pagi ini
Di Negeri Sembilan, jumlah mangsa banjir di Jelebu kekal 84 orang daripada 27 keluarga yang ditempatkan di PPS Dewan D'Sury.

Mangsa banjir di Pahang meningkat, Negeri Sembilan menurun pagi ini
Di Pahang, mangsa banjir terus meningkat kepada 178 orang daripada 54 keluarga berbanding 121 orang daripada 33 keluarga malam tadi.

Banjir besar, musim sejuk melampau landa beberapa negeri AS
Kentucky menghadapi kemusnahan meluas dengan 12 kematian selepas taburan hujan dalam masa 24 jam yang menyamai taburan sebulan hujan.

PPS dibuka di Bentong tempatkan 111 mangsa banjir
Hujan lebat berterusan sejak semalam mengakibatkan kawasan Karak, Bentong dilanda banjir dengan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan mangsa yang terjejas hari ini.

Sekurang-kurangnya 9 maut dalam banjir di AS
Gabenor Kentucky Andy Beshear berkata seramai lapan orang disahkan meninggal dunia di negeri tenggara AS itu.

Angka korban akibat hujan lebat di Bolivia meningkat kepada 28 orang
Hujan lebat itu menjejaskan lapan daripada sembilan bahagian di negara berkenaan.

Banjir di Sarawak pulih, jumlah mangsa di Sabah semakin menurun
Banjir di Sarawak pulih sepenuhnya apabila dua pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Bahagian Miri ditutup manakala jumlah mangsa banjir di Sabah terus merekodkan penurunan.

Situasi banjir di Sabah, Sarawak tidak berubah pagi ini
Mangsa banjir di Kinabatangan kekal 107 orang daripada 29 keluarga sejak 8 malam tadi, manakala di Miri, 202 orang masih berlindung di dua PPS.

Agensi KUSKOP tawar moratorium untuk usahawan terjejas banjir di Sabah, Sarawak
TEKUN Nasional menyediakan moratorium hingga tiga bulan sebagai kelonggaran kewangan membayar balik pembiayaan kepada usahawan di Sabah dan Sarawak yang terkesan dengan bencana banjir.