KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di Kedah meningkat sedikit, di Selangor kekal manakala bilangan di Kelantan, Melaka dan Johor menunjukkan penurunan setakat malam ini.
Di KEDAH, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 53 orang daripada 13 keluarga dengan pembukaan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Bandar Baharu setakat 8 malam berbanding 42 individu daripada 11 keluarga petang tadi.
Ketua Bahagian Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Kedah Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain berkata PPS Surau Kampung Berjaya, yang dibuka pada 6 petang, menempatkan 13 orang daripada tiga keluarga.
"Hujan lebat menyebabkan paras air naik dan menjejaskan tiga rumah di Kampung Berjaya dalam Mukim Bagan Samak. Sistem perparitan yang tersangkut juga menyebabkan aliran air bergerak perlahan," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata satu lagi PPS di daerah Kulim iaitu Masjid Sungai Seluang menempatkan 40 mangsa daripada 10 keluarga.
Di SELANGOR, laman sesawang Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memaklumkan jumlah mangsa banjir di negeri itu kekal 184 orang daripada 51 keluarga sejak petang tadi.
Sebanyak tiga PPS masih beroperasi iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Sireh, Sekolah Menengah Kebangsaan Jeram dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Yuk Chih Batang Berjuntai, masing-masing dibuka sejak 11 dan 12 Nov lepas.
Di KELANTAN, jumlah mangsa banjir terus merekodkan penurunan kepada 2,036 orang daripada 686 keluarga setakat 8 malam berbanding 2,090 orang membabitkan 692 keluarga pada petang tadi.
Berdasarkan portal Info Bencana JKM, semua mangsa banjir ketika ini ditempatkan di lapan PPS di daerah Pasir Mas manakala mengikut laporan laman sesawang rasmi Jabatan Pengairan dan Saliran, Sungai Golok di Rantau Panjang merekodkan bacaan melepasi paras amaran 8.97 meter dengan trend menurun.
Di MELAKA, jumlah mangsa banjir menurun kepada 59 mangsa daripada 16 keluarga setakat 8 malam berbanding 64 orang daripada 18 keluarga petang tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka dalam kenyataan memaklumkan semua mangsa di daerah Alor Gajah dan Melaka Tengah ditempatkan di dua PPS.
"Seramai 48 mangsa daripada 13 keluarga ditempatkan di PPS Dewan Pejabat Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Durian Tunggal manakala 11 mangsa daripada tiga keluarga berlindung di PPS Japerun Kesidang.
"Kesemua mangsa terjejas akibat banjir itu dari Kampung Bukit Tambun, Kampung Bukit Balai, Kampung Pulau, Kampung Belimbing, Pengkalan, Kampung Panchor dan Taman Tamby Chik Karim," menurut sekretariat itu.
Di JOHOR, empat daerah masih terjejas akibat banjir kilat iaitu Tangkak, Kluang, Segamat dan Pontian dengan bilangan mangsa menurun sedikit kepada 343 orang setakat 8 malam berbanding 346 orang petang tadi.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah dalam kenyataan memaklumkan kesemua mangsa yang terdiri daripada 85 keluarga masih ditempatkan di enam PPS di empat daerah iaitu 39 orang di Balai Raya Kampung Batu Badak, 14 individu masih berada di Dewan Komuniti Tasek, Segamat manakala 32 lagi di Dewan Utama Kampung Ithnin Maarof di Kluang.
"Di SK Melayu Raya, Pontian masih terdapat 15 mangsa manakala SK Simpang 5 Darat dan Sekolah Agama Simpang 5 Darat menempatkan mangsa paling ramai masing-masing 135 dan 108 orang," menurut jawatankuasa itu.
Cuaca di beberapa daerah di Johor dilaporkan mendung termasuk Batu Pahat, Kota Tinggi dan Mersing.
Di PERAK, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan lapan PPS masih beroperasi setakat 10 malam dengan menempatkan 447 mangsa daripada 128 keluarga.
Lima PPS baharu yang dibuka ialah di daerah Perak Tengah iaitu SK Simpang Tiga dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Layang-Layang Kiri, menempatkan 202 mangsa daripada 60 keluarga.
Dua PPS di daerah Manjung iaitu Sekolah Agama Rakyat Padang Serai dan Dewan SMK Shahriman Beruas menempatkan 105 mangsa daripada 30 keluarga manakala Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Baru Trong di daerah Larut Matang dan Selama menempatkan sembilan penduduk daripada tiga keluarga.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 15 2022

Bilangan mangsa banjir di Kelantan, Melaka dan Johor menunjukkan penurunan malam ini. - Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Mangsa banjir di Pahang meningkat tengah hari ini
Kesemua mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Semantan, Temerloh sejak Khamis.

Situasi banjir di Negeri Sembilan, Pahang tidak berubah pagi ini
Di Negeri Sembilan, jumlah mangsa banjir di Jelebu kekal 84 orang daripada 27 keluarga yang ditempatkan di PPS Dewan D'Sury.

Mangsa banjir di Pahang meningkat, Negeri Sembilan menurun pagi ini
Di Pahang, mangsa banjir terus meningkat kepada 178 orang daripada 54 keluarga berbanding 121 orang daripada 33 keluarga malam tadi.

Banjir besar, musim sejuk melampau landa beberapa negeri AS
Kentucky menghadapi kemusnahan meluas dengan 12 kematian selepas taburan hujan dalam masa 24 jam yang menyamai taburan sebulan hujan.

PPS dibuka di Bentong tempatkan 111 mangsa banjir
Hujan lebat berterusan sejak semalam mengakibatkan kawasan Karak, Bentong dilanda banjir dengan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan mangsa yang terjejas hari ini.

Sekurang-kurangnya 9 maut dalam banjir di AS
Gabenor Kentucky Andy Beshear berkata seramai lapan orang disahkan meninggal dunia di negeri tenggara AS itu.

Angka korban akibat hujan lebat di Bolivia meningkat kepada 28 orang
Hujan lebat itu menjejaskan lapan daripada sembilan bahagian di negara berkenaan.

Banjir di Sarawak pulih, jumlah mangsa di Sabah semakin menurun
Banjir di Sarawak pulih sepenuhnya apabila dua pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Bahagian Miri ditutup manakala jumlah mangsa banjir di Sabah terus merekodkan penurunan.

Situasi banjir di Sabah, Sarawak tidak berubah pagi ini
Mangsa banjir di Kinabatangan kekal 107 orang daripada 29 keluarga sejak 8 malam tadi, manakala di Miri, 202 orang masih berlindung di dua PPS.

Agensi KUSKOP tawar moratorium untuk usahawan terjejas banjir di Sabah, Sarawak
TEKUN Nasional menyediakan moratorium hingga tiga bulan sebagai kelonggaran kewangan membayar balik pembiayaan kepada usahawan di Sabah dan Sarawak yang terkesan dengan bencana banjir.