TELANG USAN :Meskipun berdepan cabaran tetapi ia tidak mematahkan usaha lima pasukan kesihatan yang digerakkan ke Long Jeeh di Ulu Baram bagi melaksanakan saringan COVID-19.
Operasi berkenaan dibuat melibatkan penduduk di kawasan pedalaman berkenaan pada Jumaat.
Menurut Menteri Pengangkutan Sarawak yang juga menteri bertanggungjawab Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri, Datuk Lee Kim Shin, kesemua mereka tiba dengan menaiki helikopter Hornbill Skyways yang berlepas dari Miri pada pukul 9.40 pagi.
"Misi ini sangat mencabar kerana penerbangan dari Miri memerlukan mereka singgah di Long Aka selama 40 minit untuk mengisi minyak sebelum meneruskan perjalanan.
"Perjalanan balik juga menggunakan cara yang sama dari Long Jeeh.
"Operasi ini membabitkan pasukan perubatan daripada Pejabat Kesihatan Bahagian Miri di bawah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak yang terdiri daripada dua doktor, dua inspektor kesihatan dan seorang jururawat," katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Jumaat.
BACA: Penduduk Long Jeeh, Ulu Baram rayu saringan COVID-19 dilakukan segera
BACA: Masalah helikopter, misi petugas kesihatan ke Long Jeeh ditangguhkan
Tambah Kim Shin, pasukan kesihatan terbabit sepatutnya diterbangkan ke penempatan itu pada pagi Khamis, bagaimanapun ditangguhkan ekoran masalah teknikal.
Mengulas mengenai misi saringan tersebut, sekitar 60 penduduk di Rumah Panjang Long Jeeh telah pun disaring.
"Seramai 53 penghuni Rh. Long Jeeh telah diambil swab dalam operasi hari ini. Kesemua sampel telah dihantar ke makmal Hospital Miri untuk diproses," jelas beliau.
Selain pasukan kesihatan, lima anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia Marudi turut digerakkan ke perkampungan itu untuk melaksanakan kerja-kerja sanitasi.
Terdahulu, dua penduduk rumah panjang tersebut disahkan positif COVID-19 dan dilaporkan sedang menjalani rawatan serta kuarantin di Hospital Miri.
Kawasan perkampungan di Long Jeeh dilaksanakan sekatan pergerakan selama 14 hari sehingga 9 Februari ini bagi mengekang penyebaran wabak tersebut.
Astro Awani
Fri Jan 29 2021
Pasukan kesihatan yang menaiki helikopter Hornbill Skyways bagi meneruskan misi saringan COVID-19 di Long Jeeh, Ulu Baram. -Gambar Astro AWANI
Selangor jadi negeri contoh kembang sektor berasaskan teknologi dan inovasi
Program AI Trailblazers antara langkah strategik kerajaan negeri dalam mendukung Malaysia menjadi pesaing dalam ekonomi global.
Ketidakstabilan politik berterusan boleh jejas ekonomi Korea Selatan
Moody's Ratings menyatakan bahawa kesan ketidakstabilan politik terhadap ekonomi Korea Selatan setakat ini masih terhad.
Polis berhak periksa telefon orang awam jika ada syak wasangka munasabah - Razarudin
Ia termaktub di bawah Kanun Prosedur Jenayah bagi memastikan tiada sebarang komunikasi berunsur lucah, jelik, mengugut dan mengancam.
Palestin beri amaran kesan serius hasutan Israel untuk rampas Tebing Barat
Kementerian Luar Palestin menuduh Netanyahu sengaja kekalkan sokongan terhadap gabungan pemerintahannya dengan mengorbankan Tebing Barat.
Nawaf Salam peroleh sokongan mencukupi untuk dilantik sebagai PM
Nawaf Salam memperoleh sokongan mencukupi daripada ahli parlimen untuk dilantik sebagai Perdana Menteri Lubnan yang baharu.
Rafizi ketuai 555 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat Negeri Sembilan
Ahli Parlimen Pandan yang juga Timbalan Presiden PKR itu dianugerahkan Darjah Seri Setia Negeri Sembilan Yang Amat Cemerlang (SSNS) membawa gelaran Datuk Seri.
Biden umum sekatan eksport teknologi AI buatan AS
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden mengumumkan sekatan eksport baharu ke atas teknologi kecerdasan buatan (AI), termasuk cip dan model AI yang digunakan dalam perisian.
Tumpuan Selasa – 14 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Khabib Nurmagomedov dikeluarkan dari penerbangan
Bekas juara UFC, Khabib Nurmagomedov, dihalau dari penerbangan Fly Frontier Airlines selepas terlibat dalam pertikaian dengan kru kabin mengenai tempat duduk di barisan keluar kecemasan.
Berdepan cabaran, misi saringan COVID-19 di Long Jeeh tetap diteruskan
Lima pasukan kesihatan dikerahkan ke kawasan pedalaman tersebut susulan terdapat dua penduduk rumah panjang yang disahkan positif COVID-19.
Penduduk Long Jeeh, Ulu Baram rayu saringan COVID-19 dilakukan segera
Penduduk di Rumah Panjang Long Jeeh, Ulu Baram di sini merayu saringan COVID-19 dilakukan dengan segera di kawasan kampung mereka.