MIRI:Penduduk di Rumah Panjang Long Jeeh, Ulu Baram di sini merayu saringan COVID-19 dilakukan dengan segera di kawasan kampung mereka.
Setiausaha Rumah Panjang Long Jeeh, Johnny Selong berkata, perkara itu penting memandangkan terdapat dua kes positif COVID-19 melibatkan penduduk di kampung tersebut.
"Kami risau kerana sehingga hari ini belum ada saringan COVID-19 dilakukan. Terdapat dua kes virus itu direkodkan di Long Jeeh.
"Bukan itu sahaja, ada penduduk yang demam terpaksa dihantar ke Klinik Kesihatan Long Jeeh yang hanya ada seorang kakitangan kesihatan," katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Khamis.
Tambah Johnny, ekoran itu, rumah panjang mereka telah dilaksanakan sekatan pergerakan selama 14 hari sehingga 9 Februari ini.
Jarak Long Jeeh dari Miri adalah kira-kira 300 kilometer dengan keadaan jalan balak dan memakan masa 10 jam perjalanan menggunakan laluan darat.
BACA: Masalah helikopter, misi petugas kesihatan ke Long Jeeh ditangguhkan
Setakat hari ini, lapan rumah panjang di Bahagian Miri melibatkan tiga daerah iaitu Beluru, Subis dan Telang Usan diarahkan menjalani perintah berkurung 14 hari akibat penularan COVID-19 dalam kalangan penduduk setempat.
Lapan rumah panjang dan beberapa ladang itu ialah Rh Long Jeeh, Rh Sabang Empungan, Rh Emah Umbing, Rh Apol Alam, Rh Chabu Makom, Rh Anthony Ladi, Rh Justine Madai, Rh Clarence.
Dua ladang yang terlibat ialah ladang Saremas, Suai dan Ladang Grand Olie, Bakong.
Nuzuluddin Abdul Razak
Thu Jan 28 2021
Setakat hari ini, lapan rumah panjang di Bahagian Miri melibatkan tiga daerah iaitu Beluru, Subis dan Telang Usan diarahkan menjalani perintah berkurung 14 hari. - Foto Astro AWANI.
AWANI Ringkas: Bantu negara jadi hebat- PM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pendatang warga Bangladesh ditahan di sempadan Malaysia-Thailand
Lelaki itu ditahan setelah dilihat berada dalam keadaan mencurigakan di tebing Sungai Golok.
Kejayan bersejarah rangkul Piala Dunia seperti mimpi - Natasha
Atlet berusia 28 tahun itu sangat gembira kerana kerja keras selama bertahun-tahun akhirnya berhasil.
Limpahan air Sungai Johor memburukkan situasi
Air Sungai Johor di tengah Kota Tinggi berpotensi melimpah, sekiranya hujan berterusan dan air pasang besar terjadi dalam waktu sama.
Penternak digesa kawal haiwan ternakan, elak bahayakan pengguna jalan raya
Penternak digesa mengawal haiwan ternakan daripada berkeliaran di kawasan jalan raya berikutan laporan kematian yang tinggi akibat kemalangan membabitkan binatang peliharaan atau ternakan.
Pegawai tertinggi syarikat penyiaran direman, disyaki terlibat pengubahan wang haram
Seorang pegawai pengurusan tertinggi sebuah syarikat penyiaran tempatan dan seorang wanita ditahan reman di Kuching kerana disyaki terbabit dalam kes pengubahan wang haram.
Terbuka Australia: Kehadiran Jannik Sinner, motivasi terbaik buat Carlos Alcaraz
Pemenang empat kali trofi Grand Slam tenis perseorangan lelaki, Carlos Alcaraz menyifatkan persaingan dengan Jannik Sinner yang kini berada di ranking pertama dunia sebagi satu motivasi buatnya.
Lagi nahas pesawat, 10 maut di Colombia
Sekurang-kurangnya 10 orang maut selepas sebuah pesawat kecil terhempas di barat laut Colombia, menurut pihak berkuasa pada Jumaat, lapor Xinhua.
DBKL arah henti serta merta, tiada lesen, ganggu lalu lintas
Penganjuran Karnival Havoc Food Festival di tempat letak kereta Sama Square di Setapak, Kuala Lumpur sejak Khamis lalu dan dijadual berakhir esok, diarah dihentikan bermula hari ini.
Penduduk minta selamatkan tanah tapak pesta
Kerajaan Persekutuan memberi perhatian serius mengenai kebimbangan penduduk Pulau Pinang tentang sebahagian kawasan Tapak Pesta Sungai Nibong yang diambil alih bagi mendirikan depoh projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara.
Berdepan cabaran, misi saringan COVID-19 di Long Jeeh tetap diteruskan
Lima pasukan kesihatan dikerahkan ke kawasan pedalaman tersebut susulan terdapat dua penduduk rumah panjang yang disahkan positif COVID-19.
Penduduk Long Jeeh, Ulu Baram rayu saringan COVID-19 dilakukan segera
Penduduk di Rumah Panjang Long Jeeh, Ulu Baram di sini merayu saringan COVID-19 dilakukan dengan segera di kawasan kampung mereka.