JOHOR BAHRU: Keadaan di Gaza semakin meruncing berikutan sekatan bagi mendapatkan bekalan air bersih dan makanan, menurut Pengurus MyCARE Gaza Dr Ziad Shehada.
Beliau berkata masuk hari kesembilan pertempuran antara Hamas dan pihak berkuasa di Gaza, dan rejim Israel menyaksikan penduduk terpaksa beratur sejauh satu kilometer untuk mendapatkan makanan, selain meminum air kotor.
"Anak saya sendiri beratur selama tiga jam dan hanya diberikan sekeping roti. Kami makan sehari sekali, ini juga bagi mengelakkan penggunaan air yang banyak. Beginilah keadaan penduduk di Gaza keseluruhannya.
"Saya dan keluarga juga minum bekalan air yang kotor kerana tidak mempunyai pilihan. Anak lelaki saya menghadapi masalah buah pinggang dan memerlukan bekalan air bersih," katanya dalam laporan harian kepada Ibu Pejabat MyCARE di Kuala Lumpur, hari ini.
Katanya, sebuah rumah kini menempatkan 60 hingga 70 orang dan boleh mencecah 100 orang kerana mereka berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain untuk berlindung.
Menurut Ziad, jumlah terkorban mencecah 200 hingga 300 orang sehari, dengan angka terkini lebih 2,300 kematian dan kecederaan melebihi 4,000 orang akibat serangan Israel.
Terkini, MyCARE telah menyalurkan bantuan Fasa Pertama bernilai RM236,650 merangkumi bantuan perubatan dan pek makanan.
Bantuan perubatan diedarkan di Hospital Al-Syifaa Gaza dengan kira-kira 800 pesakit menerima bantuan perubatan seperti ubat-ubatan, kerusi roda, lampin bayi dan dewasa serta kit pertolongan cemas.
Selain itu, sebanyak 1,000 pek makanan telah diedarkan di kawasan sekolah di Gaza yang menempatkan penduduk menghadapi kemusnahan tempat tinggal dan berlindung diri.
Bantuan setakat ini diedarkan di Beit Lahiya di utara Gaza.
Menurut Ziad, selepas konflik ini berakhir penduduk Gaza memerlukan bantuan kemanusiaan daripada seluruh dunia terutamanya bekalan asas bagi meneruskan kehidupan seharian mereka.
Sementara itu, menurut hantaran Facebook terbaru beliau malam tadi berkata: "Saya perlu pergi, hospital yang saya berada sekarang ini, baru sahaja menerima amaran daripada Zionis dan diancam untuk dimusnahkan tetapi pihak pengurusan enggan mengosongkan hospital. Saya akan berjumpa dengan kalian nanti, jika saya masih hidup."
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 16 2023

Ahli sukarelawan MyCARE mengagihkan bantuan makanan kepada penduduk Palestin di Beit Lahiya di Utara Gaza. - Foto Bernama

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Pahang hantar bantuan barangan 30 tan ke Palestin
Kerajaan Pahang akan menghantar 30 tan barangan bantuan kemanusiaan ke Gaza bagi meringankan beban rakyat Palestin.

ICJ perintahkan Israel ambil tindakan tangani kebuluran di Gaza
Panel hakim di ICJ sebulat suara memerintahkan Israel untuk mengambil tindakan segera bagi menjamin penghantaran bekalan makanan asas kepada warga Palestin di Gaza.

Pelapor Khas PBB kumpul bukti genosid Israel diugut
Pelapor Khas PBB mendedahkan beliau menerima ugutan ketika cuba mengumpulkan bukti genosid dilakukan Israel di Genting Gaza.

Malaysia kecewa Majlis Keselamatan PBB gagal buat resolusi gencatan senjata
Malaysia kecewa Majlis Keselamatan PBB sekali lagi gagal membuat resolusi gencatan senjata dalam konflik Palestin-Israel.

Rakyat Palestin di Gaza terus dihantui mimpi ngeri - Setiausaha Agung PBB
Guterres berkata bahawa dunia telah melihat cukup kengerian perang dan merayu gencatan senjata untuk membolehkan lebih banyak bantuan disalurkan.

14 staf Bulan Sabit Merah Palestin dijadikan tebusan oleh Israel
Empat belas kakitangan Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS) dijadikan tebusan oleh Israel.

23 kanak-kanak maut akibat kekurangan zat makanan di Gaza
Seramai tiga lagi kanak-kanak Palestin telah meninggal dunia di sini akibat kekurangan zat makanan dan dehidrasi.

“Gaza jadi zon maut” - Ketua WHO
Situasi kesihatan dan kemanusiaan yang "tidak berperikemanusiaan" kini berlaku di seluruh Gaza dengan keadaan terus merosot.

Israel bunuh wartawan Palestin untuk hapuskan kebenaran
Kekejaman yang dilakukan rejim zionis bukan sahaja membunuh kanak-kanak dan wanita malah wartawan turut menjadi mangsa mereka.

IAIS Malaysia puji keputusan ICJ dalam kes genosid Israel, kesal tiada perintah gencatan senjata
Institut Pengajian Islam Lanjutan Antarabangsa (IAIS) Malaysia memuji Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) atas keputusan interimnya pada Jumaat berhubung kes genosid yang dimulakan oleh Afrika Selata