Berang diminta menutup suis lampu, seorang anak tergamak menetak kepala ibunya dengan pisau pemotong daging dalam kejadian di rumah mereka di Flat Hijau Mak Mandin, Butterworth, pada Isnin.
Dalam kejadian jam 8.15 pagi itu, mangsa, berusia 67 tahun cedera di bahagian kepala dan tangan.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, ketika kejadian mangsa sedang mengemas rumah dan mendapati lampu bilik anaknya menyala dan menyuruh anaknya menutup lampu.
Suspek berusia 42 tahun itu yang sedang tidur ketika itu dikatakan berang lalu bertindak turun ke dapur untuk mengambil pisau dan melibaskan pisau tersebut ke arah ibunya.
"Ketika menyambung mengemas, suspek tiba-tiba masuk ke dapur dan mengambil sebilah pisau pemotong daging dan melibas-libas ke arah ibunya sehingga terkena lengan mangsa selain menetak kepala ibunya," katanya.
''Mangsa mengalami kecederaan iaitu luka sepanjang 10 sentimeter di bahagian kepala dan 8 sentimeter di bahagian lengan kanan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Noorzainy berkata, suspek yang tinggal berdua dengan ibunya itu kemudian bertindak menghalau mangsa keluar dari rumah tersebut.
Mangsa yang berlumuran darah pergi ke rumah jirannya sebelum ambulan tiba dan membawanya ke Hospital Seberang Jaya bagi mendapatkan rawatan.
Noorzainy berkata, suspek yang juga penagih dadah itu mempunyai tujuh rekod lampau termasuk lima rekod dadah, ditahan polis di rumah tersebut.
Hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine.
Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
Dewi Nur Harasha Alias
Mon Sep 14 2020
![Berang disuruh tutup lampu, anak tergamak libas ibu dengan pisau Berang disuruh tutup lampu, anak tergamak libas ibu dengan pisau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-09/61600080471_TBLibasIbu.jpg)
Suspek yang juga penagih dadah itu mempunyai tujuh rekod lampau telah ditahan polis. - Foto ihsan PDRM
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Lebih 300 'mat rempit' tunggang lawan arus atas lebuh raya lari daripada polis Lebih 300 'mat rempit' tunggang lawan arus atas lebuh raya lari daripada polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723012503_TBRempit.jpg)
Lebih 300 'mat rempit' tunggang lawan arus atas lebuh raya lari daripada polis
Lebih 300 penunggang motosikal bertindak melarikan diri dengan menunggang secara melawan arus di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR).
![Polis tembak mati dua penjenayah di Butterworth Polis tembak mati dua penjenayah di Butterworth](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41701012936_PistolTembakan.jpg)
Polis tembak mati dua penjenayah di Butterworth
Suspek melepaskan beberapa das tembakan ke arah polis sebelum polis terpaksa membalas tembakan ke arah kedua-dua suspek.
![Merusuh dengan parang: Polis tahan 28 lelaki Merusuh dengan parang: Polis tahan 28 lelaki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71714817643_rusuhanparang.jpg)
Merusuh dengan parang: Polis tahan 28 lelaki
Polis menahan 28 lelaki yang dipercayai terlibat dalam satu kejadian merusuh bersenjatakan parang di Jalan Raja Uda, Butterworth.
![Ahli perniagaan hadapi tujuh pertuduhan tipu rakan RM580,000 Ahli perniagaan hadapi tujuh pertuduhan tipu rakan RM580,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712120465_TBAhliperniagaan.jpg)
Ahli perniagaan hadapi tujuh pertuduhan tipu rakan RM580,000
Seorang ahli perniagaan mengaku tidak bersalah terhadap tujuh pertuduhan menipu seorang lelaki melibatkan kerugian berjumlah RM580,000.
![Kes dadah: Peniaga lega terlepas hukuman mati Kes dadah: Peniaga lega terlepas hukuman mati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51711945427_TBbebasdadahjpg.jpg)
Kes dadah: Peniaga lega terlepas hukuman mati
Lim yang gembira dengan keputusan mahkamah sempat berterima kasih kepada peguam, K Mahendran, sebaik keputusan pendakwaan dibacakan hakim.
![Pemandu BMW sebabkan kematian dua guru direman Pemandu BMW sebabkan kematian dua guru direman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61702693645_KemalanganMaut.jpg)
Pemandu BMW sebabkan kematian dua guru direman
Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes kemalangan yang menyebabkan dua guru meninggal dunia di Jalan Permatang Baru, Butterworth.
![Polis jalankan siasatan lanjut kes buli pelajar sekolah Polis jalankan siasatan lanjut kes buli pelajar sekolah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71684644483_Polistahanremaja.jpg)
Polis jalankan siasatan lanjut kes buli pelajar sekolah
Siasatan awal polis mendapati kes buli yang berlaku di sebuah sekolah menengah membabitkan dua kejadian berasingan melibatkan dua mangsa iaitu pelajar lelaki tingkatan satu dan dua.
![Dicekup duduk berdua-duaan, berpeluk dalam kereta Dicekup duduk berdua-duaan, berpeluk dalam kereta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/61680757662_pasanganditahan.jpg)
Dicekup duduk berdua-duaan, berpeluk dalam kereta
Pemeriksaan dibuat berikutan aduan dan rungutan pengunjung lain yang rimas dengan gelagat tidak bermoral yang dilakukan pasangan berkenaan.
![Lelaki sorok senjata dalam kereta diberkas Lelaki sorok senjata dalam kereta diberkas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/51663062095_soroksenjatakepal.jpg)
Lelaki sorok senjata dalam kereta diberkas
Suspek ditahan di hadapan sebuah kedai makan selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan ketika memandu Toyota Vios.
![Polis berkas dua pengedar dadah bersama 6.3 kg heroin Polis berkas dua pengedar dadah bersama 6.3 kg heroin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/41662392949_TBdadah.jpg)
Polis berkas dua pengedar dadah bersama 6.3 kg heroin
Polis menahan dua lelaki dipercayai pengedar dadah dan merampas dadah bernilai RM86,390 dalam serbuan di Sungai Dua, Butterworth pada Jumaat.