YAN: Pasukan penguatkuasa dan agensi yang menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) menemui petunjuk baharu membabitkan dua lagi mangsa yang masih hilang susulan kejadian kepala air yang berlaku di Gunung Jerai, Rabu lalu.
Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superitenden Shahnaz Akhtar Haji menyatakan pihaknya turut tidak menolak kemungkinan bahawa kedua-dua mangsa terbabit tertimbus di bawah timbunan tanah dan pokok-pokok.
Jelasnya, operasi SAR yang memasuki hari keempat hari ini diteruskan dengan lebih agresif termasuk penggunaan jentera berat serta bantuan daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) dan Polis Marin bagi pencarian di kawasan muka kuala.
Ia susulan penemuan mangsa keempat di kawasan Kuala Sungai Udang, Yan yang terletak berhampiran kawasan laut.
"Setakat ini ada (petunjuk baharu), cuma kita akan sambung esok pada jam 8 pagi (selepas operasi dihentikan pada jam 6 petang hari ini).
"Kita juga sudah plotkan kawasan yang kita rasakan ada petunjuk (dan) setakat ini operasi di darat kita masih mengekalkan radius pada hari ketiga dan hari keempat ini, cuma kita mencari lebih 'dalam' dengan ada kita buat galian sedikit,
"Keluasan (kawasan carian) kita (adalah) sehingga 7 kilometer persegi, (dan) setakat ini dua tempat ini iaitu di Titi Hayun dan Batu Hampar (menjadi fokus kita bagi Operasi SAR)," jelasnya.
BACA: Bencana Gunung Jerai: Dua mangsa hilang masih belum ditemui
BACA: Bencana Gunung Jerai: 4 kesan runtuhan besar dikesan di puncak
Beliau berkata demikian ketika sidang media harian pengoperasian SAR di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Yan, pada Sabtu.
Untuk rekod, dalam kejadian kepala air yang berlaku pada Rabu, tujuh mangsa dilaporkan hilang yang mana empat daripadanya ditemui maut dan seorang ditemui selamat.
Dua lagi mangsa yang masih hilang di kawasan Titi Hayun serta Batu Hampar masing-masing dikenali sebagai Riduan dan Ku Shuib.
Abd Hadi Che Awang
Sat Aug 21 2021

Dalam kejadian kepala air yang berlaku pada Rabu, tujuh mangsa dilaporkan hilang yang mana empat daripadanya ditemui maut dan seorang ditemui selamat. - Gambar fail/BERNAMA

Paus Francis disahkan menghidap pneumonia - Vatican
Pemimpin tertinggi Gereja Katolik Sedunia itu alami pneumonia dia kedua-dua paru-parunya dan keadaannya kekal "kompleks." kata pentadbiran Vatican.

Mesir anjur sidang kemuncak tergempar Arab
Sidang kemuncak yang pada asalnya dijadualkan berlangsung pada 27 Februari ditangguhkan ke 4 Mac bagi melengkapkan persiapan logistik.

Aktivis teater Zakaria Ariffin meninggal dunia
Allahyarham Zakaria yang berusia 73 tahun meninggal dunia akibat stroke di Hospital Slim River, Perak, sekitar pukul 2.30 pagi tadi.
Zelenskyy tangguh lawatan ke Arab Saudi
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy, menangguhkan lawatannya ke Arab Saudi bagi mengelakkan sebarang legitimasi terhadap mesyuarat antara pegawai Amerika Syarikat dan Rusia di Riyadh pada Selasa.
Ketika berada di Turki, Zelenskyy menjelaskan bahawa lawatannya, yang dijadualkan pada Rabu, ditangguhkan ke 10 Mac bagi mengelakkan sebarang kebetulan dengan pertemuan tersebut.
Ketika berada di Turki, Zelenskyy menjelaskan bahawa lawatannya, yang dijadualkan pada Rabu, ditangguhkan ke 10 Mac bagi mengelakkan sebarang kebetulan dengan pertemuan tersebut.

Ribuan berhimpun bantah pentadbiran Trump pada Hari Presiden
Protes besar-besaran itu dibuat ketika cuti umum Hari Presiden yang disambut pada hari Isnin ketiga dalam bulan Februari setiap tahun.
PGA tumpaskan sindiket dadah, temui 393 pil yaba di Kelantan
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara berjaya menumpaskan kegiatan pengedaran dadah dalam op taring wawasan Kelantan selepas menyerbu sebuah rumah di Pulau Belanga, Kota Bharu pada Isnin.
Wanita warga Belanda cedera ketika mendaki gunung jasar
Penolong pengarah operasi Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa dalam kenyataan pada Selasa berkata, mangsa berusia 51 tahun yang mendaki secara berkumpulan itu mengalami kecederaan pada bahagian lutut.
Mayat kedua remaja lemas di Sungai Perak ditemui
Mayat seorang lagi pelajar sekolah yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh dalam sungai perak dekat Kampung Tepus, Tanjung Belanja di parit pada Isnin ditemui pada Selasa.

Zelenskyy tangguh lawatan ke Arab Saudi untuk elak beri ‘legitimasi’ kepada Mesyuarat AS-Rusia
Ukraine enggan orang lain buat keputusan di belakang mereka, tiada keputusan boleh dibuat tanpa Ukraine mengenai bagaimana untuk menamatkan perang di Ukraine.
Israel berdegil enggan undur tentera dari selatan Lubnan
Tentera Israel masih mengekalkan pasukannya di lima pos tentera di selatan Lubnan, walaupun melepasi tarikh akhir pengunduran yang ditetapkan dalam perjanjian gencatan senjata pada Selasa.

Mangsa terakhir tragedi tanah runtuh di Miri ditemukan
Komander operasi menyelamat berkata mayat wanita warga emas itu berjaya dikeluarkan dari lokasi kejadian pada 6.26 petang.

Tanah jerlus Masjid India: Pasukan SAR terus lakukan ‘shoring’ di lokasi kejadian
Kerja penyanggaan itu dilakukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Tanah jerlus Masjid India: NGO tampil beri sokongan moral
Usaha pasukan mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tanah jerlus di Jalan Masjid India sejak Jumaat lalu terus mendapat sokongan orang ramai.

Tragedi kepala air: Waris faham kesukaran pasukan SAR
Memasuki hari ketujuh operasi SAR, Putri Nor Fatin Karim, 14, adalah seorang daripada 10 mangsa tragedi kepala air yang masih belum ditemukan.

Everest: Pasukan SAR tumpu zon kematian jejak Hawari
Pasukan SAR kini menumpukan kepada bahagian atas gunung dalam usaha menjejaki pendaki Malaysia Everest 2023 Muhammad Hawari Hashim.

Gempa bumi Turkiye: Operasi hari ketujuh pasukan SAR negara beri tumpuan tinjauan
Melibatkan 7 tapak kerja di sektor empat Gaziantep meliputi bandar Nurdagi yang padat dengan bangunan komersial, hotel dan kompleks kediaman.

Gempa Turkiye, Syria: India sedia hantar pasukan mencari dan menyelamat
Kerajaan India bersedia menghantar pasukan mencari dan menyelamat bagi membantu Turkiye menangani kesan gempa bumi itu.

Tanah runtuh Batang Kali: Hasrat mangsa terselamat jumpa pasukan SAR tertunai
Ling, 20, yang diselamatkan anggota bomba pada hari pertama tragedi itu, berkunjung ke Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu.

Tanah runtuh Batang Kali: 10 agensi penyelamat dirai dalam majlis penghargaan khas
Sepuluh agensi penyelamat yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) tragedi tanah runtuh Batang Kali dekat sini pada 16 Dis tahun lepas diraikan dalam satu majlis penghargaan khas.

Tanah runtuh Batang Kali: Pasukan SAR hampir putus asa mencari mangsa terakhir
Hampir berputus asa dan hilang harapan, itulah yang dirasakan anggota pasukan mencari dan menyelamat (SAR) sebelum menemui mangsa terakhir tragedi tanah runtuh di Batang Kali.