CHUKAI: Walaupun memahami kesukaran dihadapi pasukan mencari dan menyelamat (SAR) namun ibu saudara kepada seorang lagi mangsa tragedi kepala air Jeram Air Putih, di Kemaman, berharap anggota keselamatan tidak berputus asa untuk meneruskan pencarian.
Memasuki hari ketujuh operasi SAR, Putri Nor Fatin Karim, 14, adalah seorang daripada 10 mangsa tragedi kepala air yang masih belum ditemukan.
Rosilawati Yasin, 49, berkata mereka sekeluarga tetap menunggu 'kepulangan' anak saudaranya dan berharap remaja perempuan itu segera dijumpai.
"Kami setia menunggu, harapnya dia (Putri Nor Fatin) dapat ditemukan. Macam mana keadaan dia sekali pun, kami tetap nak bawa balik. Sebolehnya pergi (berkelah) mereka bersepuluh, kami nak balik mereka pun bersepuluh.
"Namun, kami faham kepenatan dan susah payah yang dihadapi pasukan pencarian. Kalau jumpa hari ini atau esok, itu rezeki kami sekeluarga," katanya yang juga adik ipar kepada korban pertama ditemukan pada Ahad, Azizah Eiyi, 40.
Operasi SAR hari ini melibatkan 250 anggota dari pelbagai agensi serta dibantu empat anjing pengesan K9 'bertarung' dengan masa bagi mencari Putri Nor Fatin, dengan fokus pencarian tertumpu di sektor A.
Dalam tragedi pada 1 Julai lepas, Putri Nor Fatin, bersama bapanya Karim Abdullah, 39, dan ibunya Azizah, serta enam lagi adik-beradiknya dari Felda Lepar Hilir 3, Kuantan, Pahang berkelah di jeram berkenaan.
Turut serta ialah Muhammad Fikri Saliman, 24, dari Batu Pahat, Johor yang juga tunang kepada kakak Putri Nor Fatin sebelum kesemua mereka dihanyutkan arus deras kepala air.
Sembilan daripada mereka telah ditemukan sehingga semalam, selamat dikebumikan pada Selasa dan Rabu, manakala Muhammad Fikri dikebumikan pada 7 pagi tadi di Tanah Perkuburan Islam Kampung Parit Kuda, Batu Pahat.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 08 2023

Memasuki hari ketujuh operasi SAR, Putri Nor Fatin Karim, 14, adalah seorang daripada 10 mangsa tragedi kepala air yang masih belum ditemukan. - Gambar fail

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Banjir: Laluan Tapak Warisan Dunia Gua Niah tenggelam, Taman Negara Gunung Gading dilanda kepala air
Menurut Pengurus Besar SFC Abang Arabi Abang Aimran, pejabat Taman Negara Niah sendiri turut ditenggelami air.

Air Terjun Kota Tinggi masih ditutup atas faktor keselamatan
Kawasan rekreasi terkenal Air Terjun Kota Tinggi masih ditutup kepada orang ramai atas faktor keselamatan.

Tragedi 'water rafting': Kak Chik sempat hantar gambar 'selfie' sebelum lemas
Perkara itu dikongsikan adiknya mengenai kenangan akhir bersama arwah selepas menerima gambar dalam kumpulan WhatsApp keluarga pada Jumaat.

Tragedi 'water rafting': Polis rakam keterangan peserta, pengendali sukan air
Polis sudah merakam keterangan 19 individu bagi membantu siasatan berhubung insiden kepala air yang meragut nyawa tiga kakitangan ketika melakukan aktiviti 'water rafting' di Gopeng.

Tragedi ‘water rafting’: 'Bot terbalik' - Polis jelaskan bagaimana kejadian berlaku
Pemangku Ketua Polis Perak, Deputi Komisioner Zulkafli Sariaat mengesahkan kejadian bot terbalik di Sungai Jahang berlaku akibat kepala air selepas hujan.

Tragedi 'water rafting': Khairul Hakim ringan tulang, jaga ibu hingga akhir hayat - Abang
Muhamad Nazri berkata, adik bongsu daripada enam beradik itu banyak membantu keluarga terutama dalam hal ehwal penjagaan ibu bapa mereka.

Traedi 'water rafting': Aktiviti riadah, sukan air daerah Kampar dihentikan
Keputusan itu dibuat susulan daripada kejadian kepala air di laluan Sungai Kampar dan Sungai Jahang sehingga meragut tiga kematian.

Tragedi 'water rafting': Nanta ucap takziah kepada keluarga tiga staf JKR lemas
Menurut Nanta, berita mengenai kejadian tersebut amat menyedihkan bagi pihak Kementerian Kerja Raya terutamanya Jabatan Kerja Raya.

Tiga lemas dihanyutkan kepala air ketika aktiviti 'water rafting'
Tiga individu meninggal dunia dipercayai lemas akibat dihanyutkan kepala air ketika mengikuti rakit arus deras di Sungai Kampar di sini, pada Jumaat.

Mayat wanita mati lemas ditemukan di Lubuk Buluh
Mayat Kasthuri ditemui orang awam jam 5.50 petang ketika operasi mencari dan menyelamat dilakukan.