KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan keputusan kerajaan pada 2002 membenarkan syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel, ZIM untuk berlabuh kerana ketika itu Malaysia masih menaruh harapan kepada usaha damai antara Palestin dan Israel.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, kerajaan ketika itu juga pernah membenar pasukan kriket Israel dengan harapan rakyatnya dapat melihat bahawa penduduk Malaysia, yang majoriti beragama Islam boleh hidup bersama dengan rakyat beragama lain.
"Malangnya segala usaha itu jelas sia-sia kerana Israel selepas itu terus memperlihat sifat kebinatangannya dan terus membunuh rakyat Palestin.
"Laluan kepada ZIM juga sekadar kebenaran kepada perjalanan sesebuah kapal tanpa memperlihat sebarang sokongan kepada rejim Israel dan tindakannya membunuh rakyat Palestin.
"Ini berbeza dengan menjadi ahli dan penyokong pertubuhan pro-Zionis yang jelas mendokong cita-cita Israel melakukan penghapusan etnik orang Palestin menerusi genocide dan pembunuhan besar-besaran," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata beliau menyokong tindakan Kerajaan Malaysia menyekat syarikat tersebut dari berlabuh di pelabuhan negara
Bekas Ahli Parlimen Langkawi itu menambah, ini kerana tindakan melampau dan tiada perikemanusiaan Israel terhadap penduduk Palestin perlu dikeji dan apa-apa tindakan protes yang boleh dilakukan harus diambil.
Hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan memutuskan melarang syarikat ZIM daripada berlabuh di mana-mana pelabuhan Malaysia berkuat kuasa serta-merta.
Jelas beliau, sekatan itu adalah tindak balas terhadap tindakan Israel yang mengetepikan prinsip asas kemanusiaan dan melanggar undang-undang antarabangsa menerusi pembantaian dan kekejaman berterusan terhadap warga Palestin.
Anwar turut memaklumkan, Kabinet pada 2002 mula membenarkan kapal milik syarikat tersebut berlabuh di Malaysia, manakala pada 2005, Kabinet ketika itu memberi kebenaran kepada kapal tersebut untuk mendarat di Malaysia.
Hasimi Muhamad
Wed Dec 20 2023
Dr Mahathir berkata beliau menyokong tindakan Kerajaan Malaysia menyekat syarikat tersebut dari berlabuh di pelabuhan negara- Foto/fail
Himpunan di Putrajaya: Polis buka kertas siasatan
Polis akan membuka kertas siasatan berhubung himpunan yang diadakan di Istana Kehakiman hari ini.
Insiden kekecohan warga Palestin dibawa ke mesyuarat Jemaah Menteri Rabu ini - Fahmi
Insiden itu merupakan kejadian kedua, dengan yang pertama pada Oktober tahun lepas.
PM Anwar lancar kempen Visit Malaysia 2026 (VM2026)
Logo VM2026 melambangkan budaya Malaysia yang kaya, keindahan semula jadi, dan daya tarikan global serta menjadi simbol visual kesediaan negara untuk menyambut pelancong dari seluruh dunia.
[TERKINI] Luruan monsun kuat bermula 9 Jan, hujan lebat berterusan
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjelaskan, berdasar kepada analisis terhadap model ramalan cuaca terkini menunjukkan luruan monsun kuat dijangka masuki rantau negara bermula 9 hingga 13 Januari ini.
Anggota JPJ bakal guna kamera badan, tingkat ketelusan penguatkuasaan - Loke
Inisiatif ini secara tidak langsung dapat mengelakkan anggota JPJ daripada dicemuh masyarakat kerana mereka mempunyai bukti ketika bertugas di lapangan.
[TERKINI] Titah Adendum: Mahkamah benar rayuan semakan kehakiman Najib
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berjaya mendapat kebenaran untuk memulakan prosiding semakan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung penolakan permohonannya untuk menjalani baki hukuman penjara enam tahun di bawah tahanan rumah.
Titah Adendum: Najib beri isyarat ‘thumbs up' - Peguam
Keputusan mengenai Najib menjalani hukuman penjara di rumah bergantung kepada Hakim Mahkamah Tinggi, dan keputusan mungkin dibuat dalam tempoh sebulan.
Tindakan bersepadu banteras isu kenderaan berat bawa muatan berlebihan - Loke
Isu keselamatan kenderaan berat yang membawa muatan berlebihan akan cuba diselesaikan dengan pemerkasaan tindakan bersepadu termasuk meneliti aspek perundangan.
AWANI Ringkas: Surat sahkan perintah tambahan adendum
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PM mahu semua kementerian tumpu tingkat keupayaan bidang pelancongan, pelaburan, ekonomi
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata setiap negeri dan daerah di Malaysia mempunyai kekuatan masing-masing untuk menarik kehadiran pelancong.
PM mahu semua kementerian tumpu tingkat keupayaan bidang pelancongan, pelaburan, ekonomi
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata setiap negeri dan daerah di Malaysia mempunyai kekuatan masing-masing untuk menarik kehadiran pelancong.
TMM 2026: Malaysia fokus pelancongan berimpak tinggi, mampan - Tiong
Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026) dilaksanakan dengan berteraskan dua tonggak utama iaitu Pelancongan Berimpak Tinggi dan Pelancongan Mampan.
PM Anwar lancar Kempen Visit Malaysia 2026
Logo VM2026 melambangkan budaya Malaysia yang kaya, keindahan semula jadi, dan daya tarikan global.
Pengampunan banduan: Baca, hadam dan terima titah Agong - PM Anwar
Semua pihak diminta menerima titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berhubung pengampunan mana-mana banduan yang diberi keampunan atau pengurangan hukuman.
PH tidak terlibat Himpunan Solidariti untuk Najib - Anwar
PH tidak terlibat dalam Himpunan Solidariti bagi menyokong Najib pada Isnin ini di Istana Kehakiman Putrajaya, kata Anwar.
'Soal Guan Eng dan Zahid hanya isu kecil, kita redakan' - Anwar
Konflik berbangkit antara Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng hanya isu kecil.
Bicara saman fitnah PM Anwar terhadap Awang Solahuddin dijadual semula ke Oktober 2026
Peguam mewakili Awang Solahuddin mengesahkan tarikh baharu perbicaraan itu dan memaklumkan pihak defendan akan mengemukakan tiga saksi.
Projek tebatan banjir, basmi miskin tegar perlu disegerakan - PM Anwar
Anwar berkata, hal ini kerana ia melibatkan kepentingan serta keselamatan nyawa dan harta benda rakyat.
Sesi permukiman jemaah menteri ketiga tidak lama lagi - PM Anwar
Beliau berkata sesi permukiman itu juga menjadi platform untuk barisan menteri membaiki kelemahan dalam pentadbiran ketika ini.
Negara jalani proses tender telus, tiada skandal besar dalam dua tahun - PM
Negara menjalankan proses tender yang telus hingga tiada skandal besar berlaku dalam tempoh dua tahun di bawah pimpinan Kerajaan MADANI.