Belia di Kelantan digesa bijak mengambil kesempatan dengan menggunakan kemudahan di balai cerap pertama di negeri ini, yang terletak di Kampung Kubang Rawa, Salor, dekat sini, yang mula dibuka awal tahun lalu.
Presiden Persatuan Falak Amatur Kelantan, Prof Dr Mahamarowi Omar berkata, beliau sedikit terkilan apabila tidak ramai belia yang mengunjungi balai itu yang lebih banyak menyaksikan kedatangan pelawat dari luar.
"Banyak aktiviti yang telah dilakukan di sini selepas perasmian awal tahun lalu. Namun, kebanyakan yang hadir dalam aktiviti anjuran persatuan kami adalah komuniti dari negeri lain, berbanding orang Kelantan.
"Melihat senario ini, saya berasa terpanggil untuk menyarankan agar belia kita mengambil peluang daripada aktiviti yang kami anjurkan. Ini kerana, ia adalah pembelajaran percuma untuk ilmu yang sangat bernilai.
"Apa yang menyedihkan, mereka lebih memilih bermain telefon bimbit berbanding mendalami ilmu astronomi," katanya.
Katanya, sempena sambutan ulang tahun yang ke-100 penubuhan International Astronomical Union (IAU), balai cerap itu turut sama menganjurkan aktiviti 100 Hours of Astronomy atau Astronomi 100 jam bermula 10 hingga 14 Januari lalu.
"Kami menerangkan asas astronomi selama 100 jam kepada komuniti di sini," ujar Mahamarowi, 57 tahun, yang juga merupakan seorang pakar bius di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.
Katanya, sambutan Astronomi 100 jam itu secara tidak langsung dapat menyemarakkan perkembangan ilmu astronomi, terutamanya di Kelantan.
"Komuniti Kelantan terutama pelajar dan peminat astronomi dapat mempelajari astronomi moden dengan teori dan praktikal melalui pencerapan dan bengkel yang dikendalikan oleh persatuan di sini," katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Katanya, pengenalan tentang sistem suria, bintang dan objek langit adalah perkara yang paling asas untuk diberi penerangan kepada orang ramai.
Bagaimanapun, Mahamarowi berkata, beliau berbangga apabila seramai 40 pelajar tahfiz dari Salor serta 25 pelajar, ibu bapa dan guru Sekolah Menengah Chetok, Pasir Mas, turut mengambil kesempatan menyertai aktiviti sambutan Astronomi 100 jam tersebut.
"Sedikit sebanyak, ia memberi pendedahan kepada mereka terhadap ilmu astronomi, dengan harapan pelajar ini dapat meneruskan pengajian ilmu astronomi di peringkat yang lebih tinggi," katanya.
Vivi Sumanti
Thu Jan 24 2019
Pelajar tahfiz antara yang mengambil kesempatan menyertai aktiviti sempena sambutan Astronomi 100 jam di balai cerap di Kampung Kubang Rawa, Salor. Astro AWANI
AWANI Ringkas: Jangan main gollf ketika bertugas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Jangan main gollf ketika bertugas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sabah FC cari pengganti sementara Kim Swee secepat mungkin
Ini bagi memastikan kesinambungan prestasi skuad Sang Badak dalam menghadapi baki saingan Liga Super dan Piala Malaysia musim 2024/2025.
Dua beranak didakwa tipu urusan pelaburan perniagaan durian di Singapura
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.
KTMB sedia dua tren ETS tambahan sempena Krismas, cuti sekolah Disember ini
KTMB akan menyediakan dua perkhidmatan tren eletrik ETS tambahan bagi laluan KL Sentral-Padang Besar sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah Disember ini.
Pocket Rocketman bakal kembali berkayuh di ACC 2025?
Datuk Mohd Azizulhasni Awang mungkin bakal 'berkayuh' secara rasmi di Velodrom Nasional, Nilai seawal Februari tahun hadapan pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025.
MyDigital ID: Memperluas integrasi perkhidmatan, memastikan akses lebih cepat dan mudah
MyDigital ID akan terus memperluaskan integrasi dengan lebih banyak penyedia perkhidmatan dari pelbagai sektor, terutamanya dalam sektor kewangan dan e-wallet.
Nurul Izzah dijemput penganjur ke luar negara atas kapasiti Pengarah Seri
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, selain Nurul Izzah, Pengerusi ISIS Datuk Prof Dr Mohd Faiz Abdullah turut dijemput oleh penganjur.
Masters China: Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin hanya perlukan 31 minit untuk mara ke separuh akhir!
Pemain beregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin, terus mencipta kejutan apabila melangkah separuh akhir Masters China di Shenzen.
Kabinet tidak bincang cadangan hari bekerja 4 hari setengah seminggu di Johor
Jelas Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, kemungkinan serba sedikit akan diteliti menerusi Annual Leaders' Retreat yang akan diadakan pada 8 dan 9 Disember depan.
Suhu panas melampau, China keluarkan amaran tahap kuning
Balai cerap negara China pada Sabtu terus mengeluarkan amaran tahap kuning berikutan cuaca panas melampau yang berlarutan di kebanyakan wilayah di negara itu.
312 metor Geminids dilihat dengan jelas di P. Pinang
Peminat astronomi sentiasa menantikan kehadiran Disember kerana ia merupakan tempoh pancuran meteor paling aktif sepanjang tahun.
Peluang saksikan fenomena Meteor Geminids mengujakan peminat astronomi
Keadaan cuaca malam yang baik dan langit cerah, mengizinkan fenomena alam itu disaksikan dengan jelas oleh pengunjung yang berada di balai cerap di Pulau Betong.
Pancaran meteor geminids menyinari langit malam
Fenomena kejadian alam yang berlaku sekali setahun pada Disember itu, boleh dilihat bermula pukul 10.30 malam tadi hingga ke subuh ini.
Belia Kelantan disaran belajar tentang sistem suria, bukan hanya layan telefon bimbit
Prof Dr Mahamarowi Omar berkata, beliau sedikit terkilan apabila tidak ramai belia yang mengunjungi balai itu yang lebih banyak menyaksikan kedatangan pelawat dari luar.
MOSTI bina balai cerap pertama di Kelantan
Balai cerap tersebut dilengkapi peralatan teleskop bernilai RM250,000.