BALIK PULAU:Peluang menyaksikan fenomena kejadian alam, pancuran Meteor Geminids yang berlaku malam tadi, sememangnya suatu yang amat berharga buat sekumpulan pelajar dan peminat astronomi di negeri ini.
Keadaan cuaca malam yang baik dan langit cerah, mengizinkan fenomena alam itu disaksikan dengan jelas oleh pengunjung yang berada di balai cerap di Pulau Betong di sini.
Pancuran Meteor Geminids yang terhasil daripada Asteroid 3200 Phaethon yang terbakar ketika memasuki atmofera bumi, dikatakan antara pancuran meteor yang paling aktif dan berlaku sekitar Disember setiap tahun.
Ahli Senior Persatuan Astronomi Pulau Pinang (ASP) Lim Choon Kiat berkata mulai tempoh antara 10 malam Ahad (13 Dis) dan 9 pagi hari ini (14 Dis), pancuran Meteor Geminids dapat disaksikan dengan jelas.
Menurut beliau, dalam keadaan cuaca yang baik, pemerhati lazimnya dapat menyaksikan kejadian kemuncak fenomena pancuran meteor tersebut.
"Untuk fenomena pancuran Meteor Geminids, kita dapat menyaksikan antara 120 dan 150 meteor per jam, sekiranya, persekitaran cuaca malam dan langit benar-benar cerah" kepada Bernama ketika ditemui di balai cerap miliknya di Pulau Betong, malam tadi.
Menurut Lim, malam tadi (13 Dis) kenampakan fenomena kejadian alam itu agak terhad kerana pada masa sama bulan baru melepasi fasa bulan penuh.
"Ketika kami memulakan aktiviti mencerap sekitar 10 malam tadi, cuaca agak mendung, namun langit beransur-ansur cerah mulai tengah malam," katanya.
Seramai kira-kira 20 pemerhati dari ASP dan Universiti Sains Malaysia (USM) melakukan aktiviti cerapan fenomena pancuran Meteor Geminids itu.
Bercerita lanjut, Lim berkata aktiviti pencerapan pancuran meteor sebelum ini terbuka kepada orang awam sekali gus mendapat sambutan ratusan malah ribuan peminat astronomi.
"Bagaimanapun, disebabkan pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan, kami hanya dapat mengehadkan sekitar 20 peserta yang telah pun membuat pendaftaran awal," katanya, sambil menambah bahawa persatuan itu turut menyiarkan secara langsung fenomena Meteor Geminids itu menerusi platform media sosial.
Sementara itu, Presiden ASP Prof Dr Chong Hon Yew berkata aktiviti pencerapan pancuran meteor itu berakhir pada pukul 6 pagi tadi yang menyaksikan sejumlah 323 Meteor Geminids, termasuk 10 kejadian "bola api".
Kejadian bola api meteor lazimnya agak terang dan hanya berlaku dan bertahan untuk beberapa saat sebelum ia menghilang.
"Beberapa ahli ASP berjaya merakam gambar dan video beberapa bola api dan meteor yang terjadi," katanya.
Jurugambar Alex Oon, 43, berjaya merakam imej meteor bola api berwana hijau yang melewati buruj Orion.
Katanya, beliau sebenarnya hampir berputus asa dan membuat keputusan untuk pulang, lebih-lebih lagi apabila jangka hayat bateri kameranya hampir berakhir, selain kad memorinya hampir penuh.
"Bateri kamera hanya tinggal dua peratus, namun saya terus berusaha untuk merakam gambar terakhir. Saya sangat gembira kerana berjaya merakam gambar yang amat bernilai ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 14 2020
Pancuran Meteor Geminids kelihatan jelas di langit yang berjaya dirakam dari Perkarangan Balai Cerap Teluk Kemang awal pagi ini. - Foto BERNAMA
AWANI Ringkas: Dua beradik menangis diberitahu ibu bapa meninggal dunia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Atlet silambam Malaysia raih 12 emas, juara keseluruhan Kejohanan Asia
Pasukan silambam Malaysia merangkul 12 pingat emas sekali gus muncul juara keseluruhan di Kejohanan Silambam Terbuka Asia di Qatar semalam.
#AWANIRingkas 28 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 28 Disember 2024
1️⃣ Dua beradik menangis diberitahu ibu bapa meninggal dunia
2️⃣ 13kg heroin bernilai RM1.2 juta dirampas
3️⃣ Najib perlu kemuka permohonan baharu kepada Lembaga Pengampunan
#awaniringkas
1️⃣ Dua beradik menangis diberitahu ibu bapa meninggal dunia
2️⃣ 13kg heroin bernilai RM1.2 juta dirampas
3️⃣ Najib perlu kemuka permohonan baharu kepada Lembaga Pengampunan
#awaniringkas
Dongeng Sang Kancil: Sambutan luar biasa, tiket laris terjual
Filem animasi Dongeng Sang Kancil mendapat sambutan luar biasa dengan tiket untuk tayangan di pawagam laris terjual.
Dua dekad tsunami: Ibu masih menanti kepulangan anak lelaki
Saudah masih ingat dengan jelas bunyi gegaran yang datang selepas gempa bumi bermagnitud 9.1 pada 2004, yang menyebabkan dua anaknya termasuk anak lelaki berusia enam tahun hilang sehingga hari ini.
Kemalangan libat lori di lebuh raya cenderung sebabkan kematian
Kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) mendapati kemalangan libatkan lori di lebuh raya lebih cenderung untuk mengakibatkan kematian berbanding jalan raya lain seperti Jalan Persekutuan, Jalan Negeri dan Jalan Perbandaran.
Lebih 1,400 kematian akibat kemalangan babit lori
Luqman Hariz menghuraikan data mengenai 1,457 kematian dicatatkan dalam 3,500 kemalangan membabitkan lori di seluruh negara sejak Januari 2019 hingga November lepas.
Pelaburan berimpak tinggi di SOGIP dijangka beroperasi pada 2026, 2027 - Hajiji
Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP) yang memperoleh pelaburan kira-kira RM29.87 bilion dijangka mula beroperasi pada 2026 dan 2027, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
Dua beradik menangis diberitahu ibu bapa meninggal dunia
Datuk Ngwe Hee Sem berkata Muhammad Uwais dan Nur Sofea jelas tidak dapat menahan perasaan sedih semasa menerima berita mengenai kematian kedua-dua ibu bapa dan adik bongsu mereka dalam nahas berkenaan.
AWANI Borneo [28/12/2024] – Pelaburan RM29.87 bilion | Tunggu dua tahun lagi | Rock In The Jungle
AWANI Borneo Sabtu, 28 Disember 2024 bersama Irfan Faruqi
1. Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP) dijangka mula beroperasI 2026.
2. Ewon Benedick mahu fokus laksana mandat selaku Pengerusi PH Sabah.
3. 'Papa Rock' teruja beraksi di kaki Gunung Santubong
1. Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP) dijangka mula beroperasI 2026.
2. Ewon Benedick mahu fokus laksana mandat selaku Pengerusi PH Sabah.
3. 'Papa Rock' teruja beraksi di kaki Gunung Santubong
Peluang saksikan fenomena Meteor Geminids mengujakan peminat astronomi
Keadaan cuaca malam yang baik dan langit cerah, mengizinkan fenomena alam itu disaksikan dengan jelas oleh pengunjung yang berada di balai cerap di Pulau Betong.