KUALA LUMPUR: Kerajaan Selangor meningkatkan peruntukan bagi Insentif Muassasah Haji Selangor daripada RM1.5 juta kepada RM3 juta menerusi Belanjawan 2024.
Menurut Menteri Besarnya, Datuk Seri Amirudin Shari, bantuan tersebut akan dijalankan oleh Kerajaan Negeri dengan usahasama Lembaga Tabung Haji.
"Insya-Allah kita akan mewujudkan dua kategori iaitu kategori pertama untuk mereka yang benar-benar perlu, dan ingin ke sana (Tanah Suci), serta (kumpulan) tidak layak langsung akan dibiayai penuh melalui bantuan RM3 juta, dan sebahagiannya dalam bentuk subsidi antara RM1,000 hingga RM1,500 ke dalam akaun-akaun Tabung Haji.
"Ini sekali gus mengurangkan kos untuk menunaikan ibadah haji bagi mereka di Selangor. Senarai dan penelitian akan dibuat bersama dengan Lembaga Urus Tabung Haji," katanya.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2024 bertemakan, Selangor Mandiri: Memacu Kemajuan, Memicu Perpaduan di Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), pada Jumaat.
Sementara itu, Amirudin berkata Tabung Amanah Pembangunan dan Pengurusan Pelajar Timur Tengah akan diwujudkan bagi pembelian Rumah Selangor Kedua bagi tujuan asrama pelajar di Mesir.
Ujarnya, tabung tersebut dibangunkan sebagai menjunjung titah Sultan Selangor, agar pengurusan waqaf dapat diperkasakan di negeri itu.
"Sehubungan itu, sebagai permulaan, Kerajaan Negeri akan memulakan suntikan dana sebanyak RM5 juta yang akan diperuntukkan ke dalam tabung amanah ini bagi tujuan wakaf sebagai dana permulaan.
"Justeru, usaha membudayakan wakaf ini akan diteruskan dan fokus akan ditambah dengan usaha-usaha mengembangkan harta wakaf," katanya lagi.
Hasimi Muhamad
Fri Nov 10 2023

Amirudin berkata bantuan itu sekali gus dapat mengurangkan kos untuk menunaikan ibadah bagi bakal haji di Selangor - Gambar hiasan/AP

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Belanjawan Selangor 2024: Insentif Muassasah Haji Selangor dinaikkan kepada RM3 juta
Bantuan tersebut akan dijalankan oleh Kerajaan Negeri dengan usahasama Lembaga Tabung Haji.

Belanjawan Selangor 2024: Bantuan Baucar Jom Shopping akan diteruskan
Melalui peruntukan tersebut, ia dijangka memberi kepada 82,400 orang yang layak.

Belanjawan Selangor 2024: Program Bantuan Sekolah diteruskan - MB
Sejak ia diperkenalkan, program itu telah menerima sambutan yang sangat tinggi daripada sekolah-sekolah di Selangor.

Selangor umum Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam
Selangor memberikan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Kali Ketiga sebanyak setengah bulan gaji, dengan minimum RM1,000 kepada semua penjawat awam Kerajaan Negeri.

Penjawat awam Selangor wajar dapat insentif setanding pencapaian negeri - Amirudin
Menteri Besar Selangor membayangkan penjawat awam negeri itu bakal menerima insentif setanding pencapaian kerajaan negeri.