PUTRAJAYA: Kementerian Kewangan (MoF) akan meneruskan sesi libat urus Belanjawan 2024 secara fizikal dan dalam talian bagi mendapatkan input pelbagai pihak untuk pembentangan belanjawan itu, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan.
Selain siri libat urus yang akan diadakan sebagai susulan majlis libat urus yang berlangsung di MoF di sini hari ini, beliau berkata siri jelajah ke negeri-negeri juga akan diadakan bersama rakan sejawatannya Steven Sim Chee Keong bagi tujuan sama.
"Setiap cadangan yang diterima sama ada secara fizikal atau dalam talian akan diteliti oleh pelbagai pihak, dikumpul dan dikoordinasikan sebelum pembentangan Belanjawan 2024 yang dijadual pada 13 Okt depan," katanya dalam sidang media selepas sesi libat urus Belanjawan 2024 di MoF itu.
Libat urus bertemakan "Memperkasa Malaysia MADANI" itu antaranya dihadiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Ketua Audit Negara Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi.
Sesi yang berlangsung lebih dua jam itu turut dihadiri oleh lebih 150 individu daripada pelbagai kementerian dan agensi serta pihak pemain industri antaranya Persatuan Teknologi Kebangsaan Malaysia (Pikom), Dewan Usahawan Industri Desa (DUID) dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Ahmad berkata orang ramai juga dialu-alukan memberikan pendapat dan input mengenai Belanjawan 2024 menerusi https://belanjawan.mof.gov.my/ms/.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 14 2023
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan pada sidang media selepas Majlis Libat Urus Belanjawan 2024 di Kementerian Kewangan hari ini. - Foto BERNAMA
[TERKINI] Ucapan perasmian Bulan Keselamatan Negara
Ikuti langsung majlis sambutan Bulan Keselamatan Negara yang disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pergerakan tangan kiri Faisal Halim belum pulih 100 peratus
Faisal kini dalam proses rawatan fisioterapi untuk memastikan pergerakan tangan kirinya yang melecur akibat simbahan asid dapat pulih 100 peratus.
Ribuan pepatung penuhi Rhode Island
Kumpulan pepatung itu terbang seolah "awan hitam" berarak yang menyebabkan orang ramai bertindak meninggalkan kawasan tersebut.
Tun M dibenar keluar IJN
Dr Mahathir yang berusia 99 tahun dibenarkan pulang ke rumah selepas dua minggu dirawat di Institut Jantung Negara disebabkan batuk.
Syarat baharu Netanyahu lengahkan gencatan senjata di Gaza - Hamas
Netanyahu sekali lagi kembali kepada strategi melengahkan, menunda dan mengelak dengan menetapkan syarat dan tuntutan baharu.
Amaran jingga di 41 wilayah susulan gelombang haba di Perancis
Cuaca panas melampau terus menjejaskan Perancis yang menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Paris, kali pertama dalam tempoh 100 tahun.
Raja Maghribi ampunkan 2,476 banduan
Pengampunan diberi kepada 2,278 banduan yang menerima pengurangan hukuman penjara, manakala 182 lagi menerima pembatalan hukuman.
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 30 Julai 2024
FBM KLCI dibuka tinggi naik 4.28 mata kepada 1,617.16 dan bergerak antara paras 1,616.35 dan 1,625.55 sepanjang hari dagangan 29 Julai. Bagaimana prestasi pembukaan Bursa Malaysia hari ini?
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 30 Julai 2024
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit mencatat prestasi baik berbanding dolar AS ketika pasaran telah menerima sepenuhnya potensi AS menurunkan kadar faedahnya.
Penyasaran subsidi: Tingkat pemantauan, kawal inflasi
Subsidi diesel baharu tidak menjejasjan inflasi dan berada pada tahap terkawal, hanya sumbang 0.2% dalam Indeks Harga Pengguna (IHP) pada Jun 2024. Bagaimana untuk terus mempergiatkan pemantauan terhadap kenaikan harga barangan asas pasca pelaksanaan penyasaran semula subsidi diesel?
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
TEKUN salur RM9.44 bilion kepada usahawan sejak 1998
Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional telah menyalurkan pembiayaan perniagaan berjumlah RM9.44 billion kepada 581,697 usahawan sejak penubuhannya pada 1998 hingga Mei lepas.
Kerajaan jimat subsidi RM4.1 bilion jika RON95 naik 32 sen mulai 1 Julai - Maybank IB
Kerajaan dapat jimat belanja subsidi RM4.1 bilion jika petrol RON95 dinaikkan 32 sen mulai 1 Julai, seterusnya mencapai sasaran Belanjawan 2024.
Kesuma sasar satu juta pekerja sendiri carum SKSPS tahun ini - Steven Sim
Unjuran positif itu susulan data daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) merekodkan seramai 622,473 pencarum setakat ini.
Cadangan penggabungan SME Bank, BPMB, Exim Bank perlu dihentikan - Veteran UMNO
Mustapa berpandangan penggabungan tersebut juga bakal menyaksikan proses pengurangan kakitangan, yang mana lebih 95 peratus kakitangan terdiri daripada orang-orang Melayu dan Bumiputera.
Inisiatif FLYsiswa disambung semula mulai hari ini - MOT
Inisiatif bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan FLYsiswa disambung semula, bermula hari ini.
MITI, KUSKOP nilai isu kekurangan penyertaan syarikat bumiputera dalam sektor pembuatan
MITI melalui agensinya bekerjasama dengan KUSKOP dalam menilai isu kekurangan penyertaan syarikat bumiputera terutama dalam sektor pembuatan.
Projek pelebaran Lebuhraya PLUS diteruskan sehingga Ayer Hitam - Ahmad Maslan
Projek pelebaran Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) daripada empat lorong kepada enam lorong yang sebelum ini berakhir di Simpang Renggam, diteruskan sehingga Ayer Hitam.
Parlimen: Hasil kerajaan diunjur meningkat kepada RM312.2 bilion pada 2024
Hasil kerajaan Persekutuan pada tahun ini diunjurkan meningkat kepada RM312.2 bilion selepas mengambil kira langkah cukai Belanjawan 2024, disumbangkan kutipan hasil cukai yang lebih tinggi.
Kerajaan sentiasa berhati-hati dalam mereformasi sistem percukaian negara - MoF
Kerajaan sentiasa mengambil pendekatan yang berhati-hati dalam usaha mereformasi sistem percukaian negara.