Tue Jul 30 2024
[TERKINI] Ucapan perasmian Bulan Keselamatan Negara
Ikuti langsung majlis sambutan Bulan Keselamatan Negara yang disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kerajaan giat pantau harga barangan, kawal inflasi melalui OpsKesan 2.0
Kerajaan melaksanakan pemantauan harga dan penguatkuasaan subsidi bagi mengawal inflasi. Dua kumpulan utama memainkan peranan dalam usaha ini, dengan pemantau harga dan pasukan penguatkuasa memantau lebih 21,000 premis sejak OpsKesan 2.0 bermula.
Dengan usaha pemantauan yang rapi dan kerjasama dari semua pihak, kerajaan berharap dapat mengawal inflasi dan memastikan manfaat subsidi sampai kepada golongan yang memerlukan.
Dengan usaha pemantauan yang rapi dan kerjasama dari semua pihak, kerajaan berharap dapat mengawal inflasi dan memastikan manfaat subsidi sampai kepada golongan yang memerlukan.
Menteri Luar Israel gesa Nato singkirkan Turki
Menteri Luar Israel, Israel Katz, menyifatkan kenyataan Erdogan sebagai ancaman untuk mencerobohi atau menyerang Israel serta berbaur retorik yang berbahaya.
Rakyat Venezuela di Madrid bantah keputusan pilihan raya
Rakyat Venezuela di Madrid berhimpun memprotes selepas pihak berkuasa pilihan raya Venezuela mengumumkan kemenangan penggal ketiga Presiden Nicolas Maduro dengan undian 51 peratus, tengah malam tadi, sekali gus mengetepikan laporan awal kemenangan pembangkang.
Panama gantung hubungan diplomatik dengan Venezuela
Panama umum bahawa hubungan diplomatiknya dengan Venezuela "ditangguhkan" dan akan menarik balik kakitangan diplomatiknya dari negara itu sehingga semakan penuh keputusan pilihan raya presiden pada Ahad dijalankan, kata Presiden Jose Raul Mulino.
PBB seru pertikaian ditangani secara aman
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Antonio Guterres menggesa ketelusan sepenuhnya dalam pilihan raya Venezuela dan mahu agar keputusan pilihan raya disampaikan secara tepat.
Pemimpin pembangkang Venezuela umum parti menang majoriti
Di tengah-tengah protes yang berlaku susulan piliharan raya presiden di Venezuela, Pemimpin pembangkangnya, Maria Corina Machado mengumumkan bahawa partinya berjaya menang majoriti dengan 73.20% undian.
Prestasi industri aeroangkasa negara dijangka meningkat - Pakar
Kerajaan Malaysia menjadikan Sarawak sebagai hab aeroangkasa, dijangka meningkatkan industri antara 20-24%. Kedudukan strategik dan sokongan serantau akan mendorong aktiviti MRO, penerbangan, UAV, dan pembuatan aeroangkasa, menyasarkan pendapatan RM55.2 bilion dan lebih 2000 peluang pekerjaan menjelang 2030.
Tun M dibenar keluar IJN
Bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad dibenarkan pulang ke rumah selepas dua minggu dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) kerana batuk.
Data responden bagi NHMS 2024 adalah bersifat sulit
Data responden bagi proses bancian menerusi tinjauan kebangsaan kesihatan dan morbiditi (NHMS) akan dipelihara dan dijamin selamat untuk diberikan kepada pihak kementerian kesihatan malaysia.
Menurut penyelidik utama NHMS 2024, Dr. Ahmad Ali Zainuddin, ini kerana terdapat penubuhan jawatankuasa etika yang telah menetapkan elemen kerahsiaan sebagai satu perkara yang perlu dipatuhi ketika proses bancian dilakukan.
Menurut penyelidik utama NHMS 2024, Dr. Ahmad Ali Zainuddin, ini kerana terdapat penubuhan jawatankuasa etika yang telah menetapkan elemen kerahsiaan sebagai satu perkara yang perlu dipatuhi ketika proses bancian dilakukan.
Prestasi PMKS dijangka terus meningkat pada 2024
Menurut Pengerusi Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SAMENTA), Datuk William Ng, beberapa faktor utama menyokong keyakinan ini termasuk penurunan isu global seperti perang Rusia-Ukraine yang telah memberi impak besar kepada pasaran dunia
Kos selenggara lapangan terbang di seluruh negara naik 34 peratus - MOT
Kos penyelenggaraan lapangan terbang di seluruh negara di bawah kendalian Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dijangka meningkat 34 peratus pada 2024.
Pemandu lori maut dalam kemalangan tiga kenderaan
Seorang pemandu lori kontena maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer (km) 441.2 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus), Rawang, awal pagi, pada Selasa.
Polis rakam keterangan waris budak pandu kereta
Polis merakamkan percakapan waris kanak-kanak yang memandu kereta di Taman Putra Impiana, Puchong. Siasatan lanjut diteruskan.
[TERKINI] Kandungan WhatsApp palsu gaji penjawat awam – JPA
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengesahkan kandungan Whatsapp yang sedang tular mengenai kenaikan gaji didakwa daripada Kementerian Kewangan bertarikh 25 Julai 2024 adalah palsu.
Pantau Belanjawan: PMKS: Atasi cabaran masa kini, teroka peluang masa depan
Aktiviti berkaitan pelancongan yang semakin rancak memberi kesan positif kepada pertumbuhan PMKS, yang mana majoriti PMKS tertumpu dalam sektor Perkhidmatan, terutamanya perdagangan borong & runcit, makanan & minuman, penginapan dan pengangkutan. Penting untuk mengenal pasti cabaran utama dan peluang untuk PMKS ke hadapan. Kupasan lanjut bersama Pengerusi Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SAMENTA), Datuk William Ng.