LUNDU: Peruntukan Belanjawan 2023 bagi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dijangka lebih besar berbanding belanjawan diumumkan kerajaan sebelum ini, kata Menterinya Datuk Seri Nancy Shukri.
Beliau berkata peningkatan jumlah peruntukan itu berikutan perancangan kementerian untuk menubuhkan data berpusat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan jabatan atau institusi khas untuk kanak-kanak.
"Belum pasti berapa peratus peningkatan itu kerana bukan di bawah bidang kuasa kita tapi KPWKM sudah berbincang dengan Kementerian Kewangan," katanya dalam sidang media selepas menghadiri program Keusahawanan Wanita Bangkit@KPWKM anjuran Yayasan Kebajikan Negara di sini hari ini.
Beliau berkata langkah mewujudkan data berpusat JKM akan membantu meningkatkan kecekapan jabatan itu di setiap daerah dalam menguruskan isu tertentu seperti kes kanak-kanak didera dan diabaikan.
Nancy berkata tahun ini, kementeriannya turut bercadang menambah baik program serta menganjurkan lebih banyak aktiviti melibatkan kekeluargaan dan golongan remaja.
Belanjawan 2023 akan dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan di Dewan Rakyat pada 24 Feb ini.
Berdasarkan pembentangan Belanjawan 2023 kerajaan terdahulu, KPWKM menerima peruntukan tertinggi dalam sejarah iaitu RM3.4 bilion iaitu peningkatan sebanyak 26.46 peratus berbanding RM2.67 bilion pada 2022.
Sementara itu, mengulas mengenai Keusahawanan Wanita Bangkit@KPWKM, Nancy berkata program itu bertujuan memberi bimbingan kepada wanita yang memerlukan terutamanya yang hilang pendapatan atau ibu tunggal untuk menceburi bidang keusahawanan.
"Sejak memegang portfolio ini, kira-kira 800 peserta terlibat dalam program keusahawan berkenaan dan saya mahu mencapai 2,000 peserta dari seluruh negara sebelum 5 Mac ini sebagai petunjuk prestasi utama 100 hari saya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 11 2023
Nancy berkata, peningkatan peruntukan itu berikutan perancangan kementerian untuk menubuhkan data berpusat JKM dan jabatan atau institusi khas untuk kanak-kanak. - Gambar fail
Kuasa belia dilihat sebagai kunci masa depan ASEAN-China
Golongan muda berfungsi sebagai penghubung penting dalam memupuk hubungan ASEAN-China yang lebih erat.
170,000 Rumah Mampu Milik dibina di Pulau Pinang setakat ini - Sudarajoo
Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menyediakan 170,000 Rumah Mampu Milik (RMM) bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana di negeri itu memiliki rumah.
10 Berita Pilihan - (8 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jerman raikan ulang tahun peringatan ke-35 Tembok Berlin
Gambar dan lukisan hasil ciptaan penduduk tempatan dipamerkan sepanjang empat kilometer di kawasan yang dahulunya menjadi lokasi tembok tersebut.
Amaran ribut salji November dikeluarkan di New Mexico
Ribut salji ini dijangka akan menjejaskan bahagian utara New Mexico serta selatan Colorado.
Lapangan terbang antara yang musnah akibat Taufan Yinxing
Menurut pegawai wilayah,lebih 40,000 penduduk di Wilayah Cagayan terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara dan tiada kematian dilaporkan.
Israel tangguh bawa pulang rakyat diserang perusuh antisemitik
Pada mulanya, Israel telah mengarahkan dua pesawat dihantar ke Amsterdam untuk membawa rakyatnya pulang.
Filipina tandatangani undang-undang baharu berkaitan Laut China Selatan
Akta Zon Maritim Filipina dan Akta Laluan Laut Kepulauan Filipina itu menekankan kepentingan identiti maritim dan kepulauan.
12 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara terbaharu
Sumber perubatan di Hospital Baptist melaporkan, serangan mengorbankan sembilan rakyat Palestin, termasuk tiga kanak-kanak dan beberapa wanita.
Beli barang bukan keperluan satu trend tidak sihat
Buy Now Pay Later (BNPL) boleh dikatakan istilah moden untuk berhutang menggantikan tradisi lama yang menggunakan buku tiga lima.
Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia (MASA), Datuk Dr Madeline Berma berkata, ia kini menjadi satu trend pengguna membeli barang kehendak yang bukan keperluan untuk menunjuk di media sosial sehingga berlaku pembaziran kewangan.
Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia (MASA), Datuk Dr Madeline Berma berkata, ia kini menjadi satu trend pengguna membeli barang kehendak yang bukan keperluan untuk menunjuk di media sosial sehingga berlaku pembaziran kewangan.
KPWKM terus beri perhatian isu keganasan rumah tangga - Noraini
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus memberikan fokus terhadap isu keganasan rumah tangga, kata Timbalan Menteri berkaitan Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad.
Nancy seru wanita jalani ujian mamogram
Kaum wanita diseru supaya lebih peka dan sedar kepentingan penjagaan kesihatan terutamanya berkaitan payudara dengan melakukan pemeriksaan berkala.
eWarga Emas bentuk sistem penyampaian perkhidmatan berkesan, bersepadu - Noraini
Portal sistem warga emas (eWarga Emas) dibangunkan bagi membentuk sistem penyampaian perkhidmatan warga emas yang berkesan dan bersepadu.
KPWKM komited perkukuh kedudukan wanita melalui pelbagai inisiatif, program
Antara inisiatif yang dijalankan ialah program latihan kemahiran, bantuan perniagaan dan sokongan psikososial.
Belanjawan 2025: KPWKM cadang peruntukan RM3 bilion - Nancy
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah mencadangkan peruntukan kira-kira RM3 bilion bagi Belanjawan 2025.
KPWKM rancang bina depoh bencana di Sibu dan Miri - Nancy
Dua depoh simpanan keperluan bencana akan dibina di Sarawak, masing-masing di Sibu dan Miri.
Kembara KASIH: KPWKM tawar pelbagai perkhidmatan di seluruh Sarawak
Nancy Shukri berkata program itu dilaksanakan di lapan daerah iaitu Kuching, Sibu, Kapit, Bintulu, Sibuti, Miri, Limbang serta Lawas.
Belanjawan 2025: KPWKM cadang bantuan kepada ibu tunggal tuntut nafkah di mahkamah
KPWKM akan mengemukakan cadangan berhubung bantuan kepada ibu tunggal untuk menuntut nafkah daripada bekas suami di mahkamah dalam Belanjawan 2025.
KPWKM tumpu pengukuhan nilai keluarga dan masyarakat pada 2025 menerusi lima inisiatif utama
KPWKM memberi tumpuan utama untuk menerajui pengukuhan nilai-nilai keluarga dan masyarakat melalui lima inisiatif utama pada 2025.
Perlu ada peruntukan halang tindakan balas oleh organisasi terhadap pengadu gangguan seksual
Akta Antigangguan Seksual 2022 (Akta 840) perlu dipinda dengan memasukkan peruntukan yang menghalang organisasi daripada mengenakan tindakan balas terhadap pengadu.