KUALA LUMPUR:Kerajaan memperuntukkan RM500 juta bagi tahun 2021 untuk melaksanakan inisiatif Jalinan Digital Negara (JENDELA).
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, langkah itu bertujuan memastikan kesalinghubungan sejumlah 430 buah sekolah di seluruh Malaysia meliputi semua negeri.
Pada masa sama, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan memperuntukkan RM7.4 bilion untuk tahun 2021 dan 2022 bagi memperluas perkhidmatan jalur lebar.
"Kerajaan akan memperuntukkan RM500 juta bagi tahun 2021 untuk melaksanakan inisiatif Jalinan Digital Negara bertujuan memastikan kesalinghubungan sejumlah 430 buah sekolah di seluruh Malaysia meliputi semua negeri," katanya semasa membentangkan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat di sini pada Jumaat.
Ujarnya, jaringan telekomunikasi kini boleh dianggap sebagai utiliti ketiga dan dalam suasana norma baharu, perkhidmatan secara maya sudah menjadi kelaziman.
"Pembangunan infrastruktur dan penaiktarafan rangkaian asas telekomunikasi adalah perlu bagi menampung keperluan gaya hidup digital," ujarnya lagi.
Pada masa sama, kerajaan mengumumkan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) akan menyumbang sebanyak RM150 juta ke dalam Tabung CERDIK bagi pemberian komputer riba kepada 150 ribu murid di 500 buah sekolah sebagai projek rintis.
Projek ini akan diselia oleh Yayasan Hasanah.
"Pendidikan ialah pelaburan yang paling penting dalam memastikan kualiti kehidupan yang lebih baik untuk generasi akan datang.
"Oleh itu, Kementerian Pendidikan Malaysia akan terus menerima peruntukan terbesar iaitu sejumlah RM50.4 bilion atau 15.6 peratus daripada keseluruhan perbelanjaan Kerajaan," tambahnya.
Astro Awani
Fri Nov 06 2020

Kerajaan memperuntukkan RM500 juta bagi tahun 2021 untuk melaksanakan inisiatif Jalinan Digital Negara, JENDELA.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.

Kementerian Komunikasi tidak puas hati projek JENDELA di pedalaman Sabah, Sarawak belum siap
Kementerian Komunikasi tidak puas hati terhadap kontraktor pelaksana projek Jalinan Digital Negara (JENDELA) fasa satu di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak.

WTC meriah, ramai teruja saksi pelancaran MEASAT-3d
Biarpun tidak berada di Kouru, French Guaina, Amerika Selatan, orang ramai yang hadir di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini tetap teruja untuk menyaksikan pelancaran satelit MEASAT-3d awal pagi ini.

Liputan 4G Malaysia cecah 95.52 peratus, purata kelajuan jalur lebar melepasi 40 Mbps - MCMC
Liputan 4G Malaysia meningkat kepada 95.52 peratus setakat 31 Mac, 2022 (suku pertama) di bawah Fasa 1 inisiatif Jalinan Digital Negara (JENDELA), kata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC).

MCMC jangka DNB akan buka tender 5G tidak lama lagi
Fadhlullah Suhaimi membayangkan bahawa tender untuk pembangunan infrastruktur 5G yang dianggarkan bernilai RM15 bilion akan diumumkan tidak lama lagi.

Program Jendela mantapkan infrastruktur telekomunikasi negara - Saifuddin
Saifuddin berkata peruntukan RM3.2 bilion daripada Kumpulan Wang Pemberian Perkhidmatan Sejagat disediakan di bawah pelan JENDELA.

MCMC pelawa syarikat berminat untuk pemasangan capaian jalur lebar
Inisiatif di bawah pelan tindakan Jalinan Digital Negara (JENDELA) itu membolehkan penduduk menikmati perkhidmatan WiFi percuma pada purata kelajuan 35Mbps.

Kesalinghubungan internet cabaran besar terajui KKMM - Saifuddin
Jumlah aduan berkaitan kelambatan capaian atau 'signal' rendah meningkat ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama bermula.

MCMC lepasi sasaran awal pemasangan jalur lebar gentian optik tetap sebanyak 123.1 peratus
Untuk tempoh 2020 hingga 2022, MCMC merancang untuk membina 1,661 tapak baharu di seluruh Malaysia bagi meluaskan liputan 4G di kawasan luar bandar dan pedalaman.

Malaysia akan capai kesalinghubungan digital lebih baik melalui JENDELA
Tender untuk kerja infrastruktur di 1,661 tapak bernilai sebanyak RM4.6 bilion di bawah JENDELA, akan ditutup pada 31 Mac 2021.

Pelan JENDELA ganti NFCP 2 untuk persediaan 5G - Pengerusi SKMM
Beberapa tender di bawah NFCP 2 agak ketinggalan, masih ada penawaran untuk penambahbaikan teknologi 3G, serta 4G yang tidak menyeluruh.