KUALA LUMPUR: Liputan 4G Malaysia meningkat kepada 95.52 peratus setakat 31 Mac, 2022 (suku pertama) di bawah Fasa 1 inisiatif Jalinan Digital Negara (JENDELA), kata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC).
Pengerusi MCMC Datuk Dr Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek berkata dari segi purata kelajuan jalur lebar mudah alih, inisiatif JENDELA berjaya melepasi sasaran awal 35 Megabit sesaat (Mbps) dalam suku pertama dengan mencatat 40.13 Mbps.
"Bagi bilangan premis yang diluluskan dengan sambungan fiber bagi tempoh itu, kita telah melepasi sasaran tujuh juta iaitu sebanyak 7.03 juta premis dengan baki setengah juta lagi ke arah sasaran awal fasa JENDELA pada masa ini.
"Daripada tiga KPI (petunjuk prestasi utama) teras yang ditetapkan bagi semua di MCMC, kita telah melepasi satu dan perlu mencapai dua lagi sasaran bagi Fasa 1 menjelang akhir 2022," katanya pada sesi taklimat media mengenai Laporan JENDELA bagi suku pertama 2022 di sini, hari ini.
Mengulas perkembangan penamatan rangkaian 3G, Fadhlullah berkata sebanyak 99.3 peratus atau 252,199 pembawa rangkaian 3G telah ditutup setakat akhir Mac manakala 1.82 juta pelanggan atau 86.6 peratus telah melakukan migrasi dari rangkaian tersebut.
"Pemindahan 99 peratus rangkaian itu menyebabkan spektrum yang dilepaskan dapat digunakan bagi 4G. Berikutan itu, anda dapat lihat bahawa kelajuan 4G itu telah melepasi sasaran Fasa 1.
"Bagi migrasi pelanggan, ada di antara mereka yang masih tidak nampak keperluan beralih kepada 4G dan kita perlu menghormati keputusan itu," katanya.
Fadhlullah berkata, MCMC telah merekodkan sebanyak 23,803 aduan berkaitan rangkaian sejak 1 Januari, 2022, didominasi oleh perkhidmatan selular membabitkan isu kualiti perkhidmatan 4G terutamanya di kawasan kepadatan tinggi seperti Kuala Lumpur, Petaling dan Johor Bahru.
"Di kawasan yang sangat padat, ciri penggunaannya juga berbeza daripada mereka di kawasan kurang padat dan menyebabkan tekanan kepada rangkaian," katanya.
Mengulas perkembangan mengenai 5G dikendalikan oleh Digital Nasional Bhd (DNB), Fadhlullah berkata sebanyak 500 lokasi 5G telah siap setakat akhir 2021.
"Setakat ini, saya percaya mereka telah menambah sebanyak 250 lagi tapak 5G dengan sasaran kira-kira 3,500 tapak bagi tahun ini. Pada suku akan datang, kita akan terus memberi lebih banyak maklumat lebih jelas mengenai angka-angka tersebut selain melaporkan pencapaian DNB," katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif YTL Communications Wing K Lee berkata prestasi 5G terbukti baik dalam kalangan pelanggan yang telah menerima kad SIM daripada YTL.
Malah, katanya, mereka terbukti menikmati perkhidmatan berkenaan serta memberi maklum balas positif.
"Dari segi kelajuan sebenar yang dinikmati pengguna, ia sebenarnya telah meningkat kerana terdapat lebih banyak kawasan yang mendapat liputan rangkaian 5G.
"Kita bermula pada purata 500 Mbps dan kini purata kelajuan itu adalah melebihi 600 Mbps bagi pengguna kad SIM YTL di telefon 5G masing-masing," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 22 2022

Pengerusi MCMC Datuk Dr Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek berkata dari segi purata kelajuan jalur lebar mudah alih, inisiatif JENDELA berjaya melepasi sasaran awal 35 Mbps dalam suku pertama dengan mencatat 40.13 Mbps. - Gambar fail/BERNAMA

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

Liputan 4G Malaysia cecah 95.52 peratus, purata kelajuan jalur lebar melepasi 40 Mbps - MCMC
Liputan 4G Malaysia meningkat kepada 95.52 peratus setakat 31 Mac, 2022 (suku pertama) di bawah Fasa 1 inisiatif Jalinan Digital Negara (JENDELA), kata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC).