TEMERLOH: Aspek kesalinghubungan internet di seluruh negara yang mendesak akibat pandemik COVID-19, menjadi cabaran besar kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah.
Beliau yang genap setahun menerajui KKMM berkata, jumlah aduan berkaitan kelambatan capaian atau 'signal' rendah meningkat ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama bermula 18 Mac 2020, yang menyaksikan penduduk 'berkurung' di rumah.
"Trafik bagi capaian internet diatur oleh syarikat telekomunikasi mengikut tiga komponen, iaitu kawasan tempat tinggal, premis perniagaan atau tempat kerja, dan jalan yang menghubungkan dua lokasi awal tersebut.
"Semasa PKP, capaian internet di kawasan perumahan menjadi sesak dan perlahan memandangkan penggunaan internet menjadi sangat tinggi disebabkan aktiviti bekerja, pembelajaran dan perniagaan, berlangsung dari rumah.
"Ini perkara baharu yang mencabar kementerian, kerana tiada siapa dapat menjangka kita akan berdepan COVID-19. Semua pihak termasuk syarikat telekomunikasi bertungkus-lumus menambah baik perkara itu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Malaysia Prihatin di Kolej Komuniti Temerloh di sini, pada Rabu.
Turut hadir Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) Zakaria Abdul Hamid, Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Pahang Zahari Ismail, dan Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Mohd Salmun Mustafa.
Mengulas lanjut, beliau berkata pelaksanaan pelan Jalinan Digital Negara (Jendela), merupakan antara hikmah yang diperoleh daripada pandemik itu, yang diwujudkan dengan matlamat meningkatkan tahap kesalinghubungan digital dan kualiti perkhidmatan komunikasi, seluruh negara.
Menerusi pengalaman lalu, Saifuddin berkata hanya 'satu lebuh raya' diwujudkan di bawah entiti khusus kerajaan bagi pelaksanaan Jendela, sekali gus membolehkan kos yang akan ditanggung pengguna adalah lebih rendah, kerana melibatkan pelaburan bukan daripada syarikat telekomunikasi.
"Bagi aspek ekonomi digital, kita juga telah meningkatkan program-program e-Dagang seperti perkhidmatan e-Dagang Setempat (PeDAS), Program eRezeki dan 'Global Online Workforce' yang memberi manfaat kepada 422,273 orang, dengan tumpuan tahun ini ialah mendapatkan pelaburan digital daripada luar negara dan tempatan," katanya.
Saifuddin berkata bagi industri kreatif, inisiatif di bawah Pakej Rangsangan Industri Kreatif Malaysia (PRISMA) dengan peruntukan RM89.2 juta, telah memberi manfaat kepada lebih 9,000 penggiat industri dan mewujudkan lebih 40,000 peluang pekerjaan baharu.
Beliau yang berhasrat melihat industri kreatif negara mendapat pengiktirafan antarabangsa juga berkata, usaha ke arah itu akan dimulakan dengan lebih serius dan bersistematik tahun ini, termasuk mengadakan kerjasama dengan negara luar seperti Australia dan Korea Selatan.
"Alhamdulillah, isu tenaga kerja tambahan Radio Televisyen Malaysia (RTM) atau dikenali 'piecemeal' yang lama tidak ditangani, iaitu sejak 1980-an, telah berjaya diselesaikan dengan 397 mereka dalam proses lantikan secara 'Contract of Service'.
"Ini membolehkan mereka mempunyai gaji yang tetap berbanding sebelum ini, dibayar mengikut hari atau jam, dan memiliki slip gaji yang dapat membantu memudahkan urusan mereka seperti mendapatkan pinjaman," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 10 2021

Saifuddin ketika melawat pameran sempena Program Malaysia Prihatin di Kolej Komuniti Temerloh, 10 Mac, 2021. - Facebook Saifuddin Abdullah
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Fahmi berkata ia termasuk isu Internet di kawasan terpencil, pedalaman dan pulau-pulau dalam memastikan akses Internet berkelajuan tinggi lebih meluas.

Kesalinghubungan internet cabaran besar terajui KKMM - Saifuddin
Jumlah aduan berkaitan kelambatan capaian atau 'signal' rendah meningkat ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama bermula.

Belanjawan 2021: KKMM harap internet jadi utiliti awam ketiga negara
Penarafan internet sebagai utiliti awam dapat membantu mempercepat pembinaan infrastruktur berkaitan seperti menara atau fiber gentian optik.

Kesalinghubungan internet: Saifuddin harap kerajaan negeri kurangkan birokrasi
Kerenah birokrasi seboleh-bolehnya harus dibuang bagi membantu usaha kerajaan mempercepatkan lagi capaian atau kesalinghubungan internet dalam negara yang kini menjadi kemudahan penting.

Menjelang pembentangan Belanjawan 2020: Apa bakal menanti sektor usahawan?
Ia dijangka dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pada jam 3 petang, hari ini.