KUALA LUMPUR:Kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) diminta mengambil kira utiliti ketiga iaitu kesalinghubungan internet untuk dimasukkan dalam rancangan mereka, sekali gus membantu menjayakan pelan infrastruktur digital negara iaitu Jalinan Digital Negara (JENDELA).
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah berkata kerenah birokrasi seboleh-bolehnya harus dibuang dalam perkara ini, bagi membantu usaha kerajaan mempercepatkan lagi capaian atau kesalinghubungan internet dalam negara yang kini menjadi kemudahan penting.
"Sebab ini antara faktor yang boleh mempercepatkan lagi capaian apabila proses mendapatkan kelulusan dipercepatkan," katanya ketika menjadi hos bagi rancangan Temu Minda: Gambaran Besar Kesalinghubungan Internet yang disiarkan secara langsung di Facebook KKMM.
Dua panel yang menjadi tetamu pada program itu ialah Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) Dr Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek dan Ketua Pegawai Kawalselia dan Pembangunan Masyarakat Celcom Axiata Berhad Zuraida Jamaluddin.
Saifuddin berkata beliau amat berharap agar semua rakyat Malaysia dapat menikmati kualiti perkhidmatan dan pengalaman yang terbaik melalui kesalinghubungan internet yang semakin hari semakin meluas, murah dan semakin baik.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 29 Ogos lalu mengumumkan kerajaan akan membangunkan JENDELA, dalam usaha menambah baik komunikasi digital negara di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (2021-2025).
Pelan itu akan meletakkan asas bagi kemudahan liputan jalur lebar yang komprehensif dan berkualiti tinggi serta mempersiapkan negara untuk beralih ke arah teknologi 5G.
Sementara itu, Fadhlullah berkata JENDELA akan dilaksanakan secara berperingkat dan fasa yang bermula sekarang menumpukan kepada memperluaskan liputan jalur lebar mudah alih 4G daripada 91.8 peratus kepada 96.9 peratus.
"Bagaimanapun usaha ini banyak bergantung dengan pemantauan dan kerjasama daripada pihak pembekal perkhidmatan telekomunikasi. Apabila rangkaian itu kukuh kita dengan senang boleh terus beralih kepada rangkaian 5G," katanya.
Dalam pada itu, Zuraida berkata pihaknya melihat bahawa aspek pendapatan sesuatu masyarakat itu amat berkait rapat dengan pendigitalan, iaitu akses kepada internet .
"Antara ketidaksamaan digital berkait rapat dengan ketidaksamaan pendapatan, jadi kalau kita boleh baiki akses internet dengan sendirinya kita boleh baiki sosioekonomi status masyarakat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 27 2020
Saifuddin menjadi hos bagi rancangan Temu Minda: Gambaran Besar Kesalinghubungan Internet yang disiarkan secara langsung di Facebook KKMM. - Foto Facebook KKMM
Sultan Selangor, Tengku Permaisuri berangkat ke Majlis Penutup Tilawah Al-Quran
Keberangkatan tiba baginda berdua disambut Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.
Pembelian MASwings oleh Kerajaan Sarawak dimuktamad 12 Feb
Abang Johari Tun Openg dijangka akan mengumumkan nama baharu MASwings selepas proses pengambilalihan selesai dengan rasmi.
Skim Rumah Ibu bantu penduduk miliki kediaman mampu milik
Sebanyak 200 penduduk bakal menerima manfaat melalui tawaran pemilikan rumah mampu milik di bawah Skim Rumah Ibu di Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) Bukit Kinding, Tanjung Rambutan, di sini.
Tuduhan rasuah: Mohd Arifin anggap perkara biasa dalam politik, akan dijawab dengan kebaikan
Mohd Ariffin juga yakin kontroversi yang mengaitkannya dengan isu rasuah tidak akan 'memberi ancaman' kepada keyakinan rakyat menjelang PRN akan datang.
Perbaiki terma perkhidmatan jururawat berbanding longgar syarat kemasukan - MMA
MMA menggesa kerajaan agar memberi tumpuan kepada penambahbaikan kepada terma perkhidmatan dan imbuhan jururawat berbanding melonggarkan syarat kemasukan ke program diploma kejururawatan.
Tindakan lebih tegas perlu untuk perangi vape, ketagihan dadah dalam kalangan pelajar - Lee
Peningkatan gejala vape dan kes ketagihan dadah dalam kalangan pelajar sekolah telah menimbulkan kebimbangan yang serius, sekali gus menuntut tindakan segera bagi melindungi generasi masa depan.
Perodua tingkat perbelanjaan modal kepada RM1.6 bilion pada 2025
Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) meningkatkan perbelanjaan modal (capex) kepada RM1.6 bilion tahun ini.
Visi perpaduan Tunku Abdul Rahman kekal relevan - Aaron
Visi perpaduan dalam kepelbagaian yang diperjuangkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj masih relevan sehingga ke hari ini.
MyGas 2025 tumpu usaha tangani cabaran pembiayaan dalam industri gas
MyGAS 2025 akan memberi tumpuan kepada cabaran kritikal yang dihadapi industri gas iaitu mendapatkan pembiayaan bagi projek berkaitan gas dalam landskap tenaga yang sentiasa berubah.
Keganasan lebih buruk akan berlaku di timur Congo - Ketua Hak Asasi Manusia PBB
Aktivis hak asasi manusia melaporkan penganiayaan oleh pemberontak dan tentera Rwanda.
Pengusaha stesen minyak dibenar gajikan pekerja asing di kafe, kedai runcit
Kerajaan secara dasar bersetuju untuk memberikan kebenaran kepada pengusaha stesen minyak menggaji pekerja asing bagi kerja-kerja pembersihan serta pencucian di kafe dan kedai runcit stesen minyak.
Mengapa sambut meriah kapal tentera laut China? - Saifuddin
Sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China di Pelabuhan Pulau Pinang disifatkan 'tidak masuk akal'.
MoU: Penting demi pelihara identiti nasional, elak ancam semangat demokrasi berparlimen - Saifuddin
Menurut Saifuddin, ia adalah sebahagian daripada sarat nilai (value loaded) yang diterapkan parti itu.
Serangan Iran terhadap Israel untuk tuntut keadilan - Saifuddin
Semua pihak diingatkan supaya melihat serangan balas Iran terhadap Israel sebagai tindakan bagi menuntut keadilan dan menegakkan kebenaran.
ASEAN: Saifuddin gesa Malaysia lebih proaktif tangani isu Myanmar
Usaha proaktif akan membolehkan Malaysia membentuk persekitaran yang aman dan inklusif dalam rantau ASEAN.
Parlimen: Saifuddin mahu Timbalan Menteri Luar tarik kenyataan berhubung 'pengiktirafan Israel'
Kenyataan Mohamad mengelirukan Dewan Rakyat di bawah Aturan 36(12) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, dan boleh menjejaskan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Palestin.
Penganjuran Sukan Komanwel: JKPK Parlimen panggil KBS
Nasib Sukan Komanwel 2026 masih menjadi tanda tanya selepas Victoria di Australia, yang sepatutnya menjadi tuan rumah edisi ke-23 itu, menarik diri pada Julai tahun lepas
PRK Pelangai: Majoriti BN jelas merosot - Saifuddin
Perikatan Nasional (PN) Pahang bersikap positif meskipun kalah dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai.
PRN: Tindakan Dr Faiz Na'aman keluar parti tak beri kesan kepada Bersatu
Bersatu tidak terkesan dengan keputusan Dr Muhammad Faiz Na'aman meninggalkan parti itu.
LHDN serbu rumah Hamzah: Helah politik murahan burukkan PN - Saifuddin
Tindakan LHDN menyerbu rumah Hamzah Zainudin disifatkan Saifuddin sebagai cubaan untuk memburukkan PN dan helah politik murahan parti lawan.