SEREMBAN: Bekas setiausaha sebuah pertubuhan pengurusan bangunan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini pada Selasa atas pertuduhan menyalahgunakan wang agensi itu, tiga tahun lalu.
Tertuduh, Siaw Ah Nyok, 77, membuat pengakuan tersebut sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh sebagai setiausaha pertubuhan berkenaan dengan tidak jujur menyalahgunakan harta untuk diri sendiri iaitu wang berjumlah RM4,500 daripada akaun bank milik pertubuhan itu.
Kesalahan itu dilakukan tertuduh pada Januari hingga Oktober 2021 di AmBank Taman Rasah Jaya, di sini.
Berikutan itu, tertuduh telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan.
Jika disabitkan, hukuman penjara selama tempoh tidak kurang enam bulan dan tidak lebih lima tahun dengan sebat dan boleh dikenakan denda.
Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohamad Azriff Firdaus Mohamad Ali memohon mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM7,000 dengan syarat tambahan perlu melapor diri.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya memohon dikenakan jaminan rendah dengan alasan sudah bersara dan hanya menjadi sukarelawan di pertubuhan berkenaan tanpa gaji atau elaun.
Mahkamah membenarkan wang jaminan sebanyak RM4,000 dengan syarat tambahan perlu melapor diri di Pejabat SPRM Negeri Sembilan pada Sabtu pertama setiap bulan sehingga kes selesai.
Mahkamah menetapkan sebutan semula bagi serahan dokumen pada 25 April ini.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Mar 26 2024

Ah Nyok (tengah) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa atas pertuduhan menyalahgunakan wang agensi itu, tiga tahun lalu. - Foto Sinar Harian

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Bekas setiausaha pertubuhan pengurusan bangunan didakwa salah guna wang
Bekas setiausaha sebuah pertubuhan pengurusan bangunan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyalahgunakan wang agensi itu.