KUALA TERENGGANU: Seorang bekas pengurus Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan salah guna kuasa mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Mohd Saiful Nizam, 40, yang sebelum ini berkhidmat sebagai Pengurus Inkubator MARDI Besut bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Noriah Osman.
Tertuduh didakwa menggunakan jawatannya dengan mencadangkan sebut harga paling rendah syarikat milik sekutunya untuk mendapatkan kerja-kerja penambahbaikan sistem pemotongan bagi tujuan mempelbagaikan produk hasilan kilang jejari berjumlah RM17,000 di MARDI, Besut pada Mac 2015.
Lelaki itu dituduh mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana jumlah yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Mahkamah membenarkan tertuduh yang diwakili peguam Mohd Asaari Salleh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan melapor diri ke pejabat SPRM pada setiap bulan dan menyerahkan pasport kepada mahkamah.
Kes yang dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM Nur Athikah Aziz ditetapkan untuk sebutan semula pada 26 Julai.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 23 2021

Lelaki itu dituduh mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama. - Astro AWANI
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Jauhi rasuah: Hidup ikut kemampuan, jangan banding dengan orang lebih senang - KSN
Tiada cara lebih berkesan untuk mengelak rasuah melainkan setiap individu perlu sedar bahawa hukum rasuah adalah berdosa besar.

Indeks Persepsi Rasuah 2024: Pasukan Petugas Khas CPI komited perbaiki kedudukan Malaysia
Pasukan Petugas Khas CPI yang diterajui oleh KSN akan mempertingkat langkah-langkah penambahbaikan yang strategik.

Enam suspek disyaki tawar rasuah monopoli projek kerajaan selama 19 tahun ditahan
Enam individu termasuk seorang jurutera awam dan tiga pemilik syarikat ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki memberi rasuah.

COO Prolintas didakwa sekali lagi atas dua tuduhan rasuah
Rostam Shahrif Tami didakwa menerima rasuah berjumlah RM110,000 bagi kontrak berkaitan Projek Lebuhraya Bertingkat Sungai BesiUlu Kelang (SUKE).

Fahmi Reza hanya disiasat, belum direman - Pesuruhjaya Polis Sabah
Pereka grafik dan aktivis, Fahmi Reza sedang disiasat pihak polis di negeri ini bukannya ditahan reman.

'Menteri bebas rasuah berdasarkan pemantauan pihak berkuasa' - Anwar jawab Syed Saddiq
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman agar meneliti ucapannya berhubung barisan menteri Kabinet yang bersih daripada rasuah.

Tuntutan palsu: SPRM tahan lima penjawat awam di Sabah
Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy berkata kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Dakwaan bukan Islam paling ramai rasuah, Sanusi perlu mohon maaf - Anthony
DAP mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan Muhammad Sanusi yang mengaitkan masyarakat bukan Islam sebagai pemberi dan penerima rasuah terbanyak.

Rasuah: Ramai terpalit, nak cari yang bersih cukup susah - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertekad tidak akan mengizinkan amalan rasuah melibatkan barisan menteri Kabinet di bawah kepimpinannya.

Jenayah rentas sempadan: Negara anggota FBINAA perlu ada set undang-undang seragam - Zahid
Kerjasama antara negara anggota mampu mengekang daripada membuka pintu untuk menyebarkan aktiviti haram, tegas TPM.