AMPANG: Bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Seri Zolkples Embong, 62, meninggal dunia di kediamannya di Pandan Indah, di sini, pagi ini, dipercayai akibat sakit jantung.
Berita mengenai pemergian Zolkples dikongsi di laman Twitter @AtletMalaysia pada pukul 10.23 pagi ini.
"Bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara Datuk Seri Zolkples Embong meninggal dunia pagi tadi," demikian menurut kemas kini tersebut.
Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dalam kemas kini di Facebook turut menzahirkan ucapan takziah atas pemergian Allahyarham Zolkples.
"Semoga rohnya mendapat rahmat dengan anugerah keampunan daripada Allah SWT serta dikurniakan tempat bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh," kata beliau.
Menurut Bernama, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Eshak ketika mengesahkan perkara itu berkata, jenazah Zolkples dihantar ke Hospital Kuala Lumpur bagi tujuan bedah siasat.
"Anak saudara dan pembantu peribadi beliau meminta bantuan polis untuk membuka pintu rumah arwah kira-kira 10 pagi tadi selepas beberapa panggilan dibuat tidak dijawab.
"Selepas polis berjaya membuka pintu rumah, jenazah Zolkples ditemukan terbaring.
"Punca dan waktu kematian akan diketahui setelah selesai bedah siasat," katanya ketika dihubungi.
Difahamkan, jenazah Zolkples ditemukan terbaring di bahagian dapur rumahnya.
Turut difahamkan, beberapa pegawai MSN gagal menghubungi beliau sejak Jumaat lepas, selepas mendapati Zolkples tidak hadir solat Jumaat di Vista MSN Bukit Jalil.
Sementara itu, bekas Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyifatkan kematian Zolkples sebagai kehilangan seorang kawan dan guru yang mengajarnya tentang dunia sukan.
"Banyak jasanya kepada pembangunan sukan negara termasuk pembangunan sukan berbasikal yang melahirkan ramai jaguh dunia.
"Semoga rohnya dicucuri rahmat. Salam takziah buat keluarga dan sahabat terdekat.
"Al-Fatihah," tulis beliau dalam entri tersebut.
Untuk rekod, Allahyarham Zolkples memegang jawatan sebagai ketua pengarah MSN selama tujuh tahun sejak dari April 2007 hingga Disember 2014.
Allahyarham kemudian dilantik sebagai ketua pegawai eksekutif Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA Malaysia (MASOC) pada 2017.
Astro Awani
Sun Oct 03 2021
Zolkples Embong meninggal dunia di kediamannya di Pandan Indah pagi ini dipercayai akibat sakit jantung.
Bencana banjir di tiga daerah Sabah pulih dan diisytiharkan tamat
Kota Marudu, Kota Belud dan Telupid diisytiharkan pulih daripada banjir hari ini. dan semua penduduk yang terjejas di ketiga-tiga daerah itu telah dibenarkan pulang.
Ambulans udara terhempas di Philadelphia, beberapa mangsa dipercayai maut
Beberapa mangsa dilaporkan maut selepas sebuah pesawat kecil terhempas pada Jumaat di kawasan perumahan di bandar Philadelphia, Amerika Syarikat.
Suami isteri maut, kenderaan bertembung treler
Suami isteri maut, manakala dua anak cedera dalam nahas di Kilometer 3, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di Bandar Utama di Gua Musang.
Terburuk pernah berlaku di Kota Marudu- Penduduk
Mangsa banjir di Kota Marudu yang ditemui di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SMK Bandau menyifatkan banjir kali ini adalah yang terburuk pernah menimpa kampung mereka.
Kota Marudu, Kota Belud dan Telupid pulih
Kota Marudu, Kota Belud dan Telupid diisytiharkan pulih daripada banjir hari ini dan semua penduduk yang terjejas di ketiga-tiga daerah itu telah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.
Banjir di Kota Marudu antara terburuk pernah berlaku - Penduduk
Banjir yang melanda beberapa kampung di daerah ini susulan hujan lebat berterusan sejak Rabu lepas disifatkan penduduk antara yang terburuk pernah berlaku.
Perkembangan terkini di Sarawak
Perkembangan terkini situasi banjir di Sarawak bersama wartawan AWANI Borneo, Fadilah Sulaiman.
Badminton: Herry belum fikir ubah gandingan beregu lelaki negara
Ketua jurulatih beregu lelaki negara Herry Iman Pierngadi tidak berhasrat untuk memecah gandingan sedia ada buat masa ini.
Banjir Sabah dan Sarawak: Bank Muamalat tawar moratorium hingga enam bulan
Bank Muamalat Malaysia Berhad menawarkan bantuan khas banjir kepada pelanggan yang terjejas dengan banjir di Sabah dan Sarawak.
Hampir setengah juta orang kembali ke kawasan utara Gaza - PBB
PBB melaporkan bahawa "hampir setengah juta orang telah kembali ke kawasan utara Semenanjung Gaza" sejak gencatan senjata berkuat kuasa.
Bekas Ketua Pengarah MSN Zolkples Embong meninggal dunia
Bekas Ketua Pengarah MSN Datuk Zolkples Embong meninggal dunia di kediamannya pagi ini dipercayai akibat sakit jantung.