Bekas jurulatih terjun kebangsaan, Huang Qiang kekal bebas daripada pertuduhan merogol seorang atlet terjun kebangsaan wanita selepas pihak pendakwaan menarik balik rayuannya terhadap pembebasan lelaki itu.
Timbalan Pendakwa Raya Hanim Mohd Rashid memaklumkan panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan berhubung penarikan rayuan itu, pada Jumaat.
Beliau berkata pihak pendakwaan memfailkan notis penarikan balik rayuan pada 2 Julai lepas.
Hakim Datuk Seri Kamaludin Md Said, yang mempengerusikan panel tersebut, kemudian membatalkan rayuan tersebut.
Dua lagi anggota panel hakim pada semalam adalah Datuk Azizah Nawawi dan Datuk Wira Ahmad Nasfy Yasin.
Huang, 38, yang berasal dari China, didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan merogol seorang penerjun kebangsaan yang ketika itu berusia 20 tahun di Kompleks Akuatik Sukan Negara di Bukit Jalil di sini, pada 5.30 petang, 26 Sept 2017.
Pada 9 April 2018, Mahkamah Sesyen melepas dan membebaskan Huang tanpa dipanggil membela diri selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya.
Bagaimanapun, pada 31 Okt 2018, Mahkamah Tinggi mengarahkan Huang membela diri selepas membenarkan rayuan daripada pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen untuk melepas dan membebaskannya.
Huang kemudian dibebaskan buat kali kedua pada 31 Jan tahun lepas selepas dia berjaya menimbulkan keraguan munasabah dalam kes pendakwaan namun, pihak pendakwaan sekali lagi memfailkan rayuan berhubung keputusan itu.
Pada 20 Feb tahun ini, Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali menolak rayuan pendakwaan terhadap pembebasan Huang dan lelaki itu dibebaskan buat kali ketiga.
Huang diwakili peguam Mohd Hisham Md Nen.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 24 2020

Huang dibebaskan buat kali kedua pada 31 Jan tahun lepas selepas dia berjaya menimbulkan keraguan munasabah dalam kes pendakwaan. - Gambar fail

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

ISN ibarat jantung sukan negara - Atlet
Atlet turut berasakan teknologi yang sentiasa berkembang di ISN banyak membantu perjalanan karier mereka.

Kualiti dipertikai, atlet pulang semula pingat Sukan Olimpik Paris 2024
IOC mengesahkan bahawa pingat yang rosak akan digantikan secara sistematik oleh Monnaie de Paris.

Hannah gesa atlet elak jalan singkat 'kejar' kekayaan
Katanya, kemenangan dalam sukan harus dicapai dengan bermaruah dan integriti agar kejayaan yang dikecapi dapat dibanggakan dan dihormati.

KBS pertimbang perkenalkan kod tatakelakuan bagi atlet
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mempertimbangkan untuk memperkenalkan kod tatakelakuan bagi atlet pada masa depan.

Penglibatan sebagai penganjur Sukan SEA 2027 mampu naikkan imej Sarawak
Belanja besar itu berbaloi kerana Kerajaan Persekutuan yakin dengan kemampuan Sarawak selepas kejayaan menganjurkan SUKMA dan Para SUKMA.

Woodball: Amsyar Sirhan impikan berada lima teratas bagi kategori terbuka lelaki
Beliau optimis dengan sasaran tersebut berdasarkan kemahiran bermain sukan itu sejak berusia 12 tahun lagi.

Nicol David dilantik sebagai duta pendidikan ITA
Katanya, beliau mempunyai tanggungjawab besar untuk menjadi suri teladan kepada atlet muda di Malaysia dan seluruh dunia.

UiTM juara keseluruhan SUKIPT 2024
UiTM mengetepikan juara bertahan dua tahun lalu, Universiti Putra Malaysia (UPM) yang mengumpul 38 emas, 19 perak dan 21 gangsa.

Sukan Paralimpik: Misi lengkapkan 10 emas bermula esok
Bermula esok, obor perjuangan kontinjen negara akan terus dinyalakan pada Sukan Paralimpik Paris 2024.

Tiada istilah lindungi penjenayah - PM Anwar
Anwar tegaskan setiap tindakan harus diambil berdasarkan bukti serta fakta, dan bukan mengikut persepsi semata-mata.