KUALA LUMPUR: Seorang bekas eksekutif (Pembinaan) Petronas Carigali Sdn Bhd (PCSB) mengaku tidak bersalah di dua Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas 37 pertuduhan rasuah dan enam pengubahan wang haram melibatkan wang berjumlah lebih RM6 juta berhubung kerja-kerja penyelenggaraan.
Mohd Amal M.Razalan, 36, membuat pengakuan itu selepas 37 pertuduhan rasuah membabitkan RM6.1 juta dibacakan di hadapan Hakim Rozina Ayob manakala enam pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan RM939,334.10 di hadapan Hakim Azura Alwi.
Bagi pertuduhan pertama hingga ke-21, tertuduh sebagai eksekutif (Pembinaan) Petronas Carigali Sdn Bhd didakwa menerima suapan wang berjumlah antara RM2,078 hingga RM 216,903.19 daripada Pengarah Majestika Sdn Bhd, Mustaza Zawawi melalui cek Maybank Berhad milik syarikat itu (Majestika) dan melalui akaun Maybank Berhad milik MAMN Goldenvision Enterprise.
Mohd Amal turut didakwa atas tiga pertuduhan menerima suapan daripada Pengurus Projek SAP House Sdn Bhd, Robert Khoo menerusi tiga cek bernilai antara RM50,000 hingga RM60,000 yang dimasukkan ke dalam akaun Maybank milik perniagaan tertuduh iaitu Goldentree Enterprise sebagai upah tertuduh menyemak dan mempersetujui dokumen berkaitan pengesahan kerja yang dilaksanakan oleh SAP House membabitkan kontrak antara PCSB dan Faltech Engineering Sdn Bhd.
Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di Maybank Berhad, Petronas Twin Tower, Concourse Expansion, Jalan Ampang di sini, antara 21 Dis 2016 hingga 1 Ogos 2019, mengikut Seksyen 16 (a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dibaca bersama Seksyen 28 (1) (c) dan boleh dihukum dengan Seksyen 24 Akta yang sama.
Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan yang menjadi hal perkara kesalahan itu jika suapan itu dapat dinilai atau berbentuk wang atau RM10,000 mengikut mana-mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Dalam pada itu, Mohd Amal juga didakwa atas lima pertuduhan menerima RM798,985.49 melalui empat akaun bank milik Muhammad Nazreen manakala bagi satu lagi pertuduhan, dia didakwa menggunakan wang berjumlah RM140,348.61 melalui dua akaun CIMB Bank Berhad milik tertuduh, yang mana kesemua wang berkenaan merupakan hasil daripada aktiviti haram.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Maybank Berhad Petronas Twin Tower, Jalan Ampang, Maybank Berhad di Dataran Maybank dan CIMB Bank Berhad Jalan Pantai Baru di sini, antara 13 Julai 2017 hingga 18 Mac 2022.
Pertuduhan mengikut Subseksyen 4(1) (b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFPUAA) 2001, yang boleh dihukum di bawah subseksyen 4(1) akta sama, yang membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun dan boleh didenda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau RM5 juta, yang mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Fadhly Mohd Zamry memohon jaminan RM1 juta hingga RM2 juta bagi pertuduhan rasuah manakala RM100,000 bagi pengubahan wang haram selain syarat tambahan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah dan melaporkan diri di pejabat SPRM berhampiran sebulan sekali.
Peguam Datuk Hasnal Rezua Merican, yang mewakili Mohd Amal memohon jaminan RM100,000 bagi pertuduhan rasuah dan RM20,000 bagi pengubahan wang haram atas alasan anak guamnya yang telah ditamatkan perkhidmatan di Petronas tahun lepas, perlu menanggung isteri, dua anak serta bapa yang mengalami lumpuh kekal.
"Empat akaun bank serta aset-aset lain milik anak guam saya telah dibekukan, jadi bagaimana tertuduh hendak mendapatkan sumber kewangan bagi membayar jaminan," katanya dan menambah tertuduh juga akan didakwa di Mahkamah Shah Alam esok atas pertuduhan di bawah Akta SPRM.
Rozina membenarkan jaminan RM150,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tertuduh perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melaporkan diri di pejabat SPRM, Putrajaya sebulan sekali selain tertuduh disenarai hitam untuk ke luar negara sehingga kes selesai, manakala Azura membenarkan jaminan RM30,000 dengan seorang penjamin.
Kedua-dua mahkamah menetapkan sebutan kes pada 15 Feb ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 04 2023
![Bekas eksekutif Petronas hadapi tuduhan rasuah, pengubahan wang haram lebih RM6 juta Bekas eksekutif Petronas hadapi tuduhan rasuah, pengubahan wang haram lebih RM6 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41672830354_pengubahanwanghara.jpg)
Mohd Amal M.Razalan, 36, membuat pengakuan itu selepas 37 pertuduhan rasuah membabitkan RM6.1 juta dibacakan di hadapan Hakim Rozina Ayob manakala enam pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan RM939,334.10 di hadapan Hakim Azura Alwi. - BERNAMA
![Bangladesh sasar pilihan raya menjelang Disember Bangladesh sasar pilihan raya menjelang Disember](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739308976_SheikhMujiburRahma.jpg)
Bangladesh sasar pilihan raya menjelang Disember
Kerajaan peralihan Bangladesh sedang berusaha untuk mengadakan pilihan raya umum menjelang Disember tahun ini.
![Saifuddin dilantik Pengerusi PH Kedah yang baharu Saifuddin dilantik Pengerusi PH Kedah yang baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720081108_TBSAIFUDDINjpg.jpg)
Saifuddin dilantik Pengerusi PH Kedah yang baharu
Fokus Saifuddin di Kedah ialah melakukan persiapan sebagai 'kerajaan menanti' selain pastikan PH jadi pembangkang yang kredibel.
Dua wanita rugi RM50,000 disamun dengan parang
Dua wanita kerugian hampir RM50,000 selepas disamun di sebuah runcit di Bandar Parklands, Klang pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Cha Hoong Fong dalam satu kenyataan pada Selasa berkata kejadian berlaku kira-kira 2 petang apabila premis terbabit dimasuki seorang lelaki bersenjatakan parang dan meluru ke arah seorang pelanggan wanita berusia 59 tahun.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Cha Hoong Fong dalam satu kenyataan pada Selasa berkata kejadian berlaku kira-kira 2 petang apabila premis terbabit dimasuki seorang lelaki bersenjatakan parang dan meluru ke arah seorang pelanggan wanita berusia 59 tahun.
Gerai mercun terbakar, lima kenderaan musnah
Lima kenderaan musnah selepas sebuah gerai menjual mercun terbakar di Jalan Dataran Cheras 6, Dataran Perniagaan Cheras, Selangor pada Selasa malam.
![Jordan tegas menentang pemindahan rakyat Palestin – Raja Abdullah Jordan tegas menentang pemindahan rakyat Palestin – Raja Abdullah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739309087_KingAbdullahII.jpg)
Jordan tegas menentang pemindahan rakyat Palestin – Raja Abdullah
Usaha bangunkan semula Gaza tanpa memindahkan rakyat Palestin serta menangani krisis kemanusiaan harus menjadi keutamaan semua pihak, kata Raja Abdullah.
![Trump kongsi cadangan bangunkan Gaza sekalipun ditentang Raja Jordan Trump kongsi cadangan bangunkan Gaza sekalipun ditentang Raja Jordan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739308707_DonaldTrump.jpg)
Trump kongsi cadangan bangunkan Gaza sekalipun ditentang Raja Jordan
Lawatan Raja Abdullah ke Washington berlaku dalam saat genting bagi gencatan senjata di Gaza.
"Kami tetap akan ambil alih Gaza" - Trump
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, sekali lagi menegaskan rancangannya untuk mengambil alih Gaza dalam pertemuan dengan Raja Jordan, Raja Abdullah, pada selasa.
Mesir cadang pelan bina semula Gaza
Mesir mengumumkan rancangan untuk mengemukakan cadangan komprehensif bagi membina semula Gaza serta memastikan penduduk Palestin kekal di wilayah mereka.
![Netanyahu ugut Hamas, gencatan senjata ‘akan berakhir’ jika tebusan tidak dipulangkan menjelang Sabtu Netanyahu ugut Hamas, gencatan senjata ‘akan berakhir’ jika tebusan tidak dipulangkan menjelang Sabtu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51707958906_TBBenjaminNetanyahu.jpg)
Netanyahu ugut Hamas, gencatan senjata ‘akan berakhir’ jika tebusan tidak dipulangkan menjelang Sabtu
Angkatan Pertahanan Israel juga, kata Netanyahu, akan kembali melancarkan serangan sengit sehingga Hamas dikalahkan sepenuhnya.
![UK tangkap 600 pendatang tanpa izin setakat Januari UK tangkap 600 pendatang tanpa izin setakat Januari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739308231_immigrationcrackdow.jpg)
UK tangkap 600 pendatang tanpa izin setakat Januari
Sebanyak 609 tangkapan dilakukan semasa lawatan ke lebih 800 premis termasuk restoran, tempat cuci kereta dan kedai serbaneka.
![Bekas eksekutif Petronas Chemicals MTBE didenda RM100,000 Bekas eksekutif Petronas Chemicals MTBE didenda RM100,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61689582046_MohdHafezManap.jpg)
Bekas eksekutif Petronas Chemicals MTBE didenda RM100,000
Bekas eksekutif bahagian keselamatan dan kebakaran Petronas Chemicals MTBE didenda RM100,000 di Mahkamah Sesyen atas tuduhan mengemukakan dokumen palsu bagi pembekalan peralatan keselamatan kebakaran.
![Bekas eksekutif didakwa guna invois palsu Bekas eksekutif didakwa guna invois palsu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/71675410941_Bekaseksekutifdid.jpg)
Bekas eksekutif didakwa guna invois palsu
Tertuduh didakwa atas 10 pertuduhan menggunakan invois palsu berjumlah RM320,143 berhubung pembayaran peralatan keselamatan kebakaran.
![Bekas eksekutif Petronas hadapi tuduhan rasuah, pengubahan wang haram lebih RM6 juta Bekas eksekutif Petronas hadapi tuduhan rasuah, pengubahan wang haram lebih RM6 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41672830354_pengubahanwanghara.jpg)
Bekas eksekutif Petronas hadapi tuduhan rasuah, pengubahan wang haram lebih RM6 juta
Tertuduh didakwa atas 37 pertuduhan rasuah dan enam pengubahan wang haram melibatkan wang berjumlah lebih RM6 juta berhubung kerja-kerja penyelenggaraan.
![Pecah amanah RM2.6 juta, bekas eksekutif akaun Yayasan Nurul Yaqeen akan didakwa hari ini Pecah amanah RM2.6 juta, bekas eksekutif akaun Yayasan Nurul Yaqeen akan didakwa hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-06/41591851933_courtgavelmahkam.jpg)
Pecah amanah RM2.6 juta, bekas eksekutif akaun Yayasan Nurul Yaqeen akan didakwa hari ini
Wanita itu telah meletak jawatan sebagai eksekutif akaun di yayasan amal tersebut pada 23 Jan 2019 sebaik sahaja audit dalaman dijalankan.