KUANTAN: Bekas eksekutif bahagian keselamatan dan kebakaran Petronas Chemicals MTBE didenda RM100,000 di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin atas tuduhan mengemukakan dokumen palsu bagi pembekalan peralatan keselamatan kebakaran bernilai RM41,760 kira-kira dua tahun lalu.
Tertuduh, Mohd Hafez Manap, 38, yang menghadapi 10 pertuduhan pilihan berdepan hukuman penjara dua bulan sekiranya gagal menjelaskan denda yang diputuskan Hakim Ahmad Zamzani Mohd Zain.
Berdasarkan kertas pertuduhan dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohamad Fadhly Mohd Zamry, tertuduh didakwa secara curang menggunakan invois sebut harga atas nama sebuah syarikat yang diketahui sebagai palsu di Petronas Chemicals MTBE, Kawasan Perindustrian Gebeng di sini pada 11 Mac 2021.
Bagi kesalahan itu, tertuduh dituduh di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali.
Sementara itu, sembilan lagi pertuduhan pilihan di bawah seksyen sama dikemukakan pihak pendakwaan yang diakui tertuduh telah dipertimbang dan direkodkan mahkamah di bawah Seksyen 171A Kanun Prosedur Jenayah.
Bagi sembilan tuduhan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan di lokasi sama antara 26 Januari hingga 21 September 2021 membabitkan nilai invois keseluruhan RM278,383.
Sebelum itu, peguam, Ridha Abdah Subri yang mewakili tertuduh memohon agar mahkamah menetapkan denda RM80,000 mengikut kemampuan anak guamnya.
Menurutnya, pengakuan bersalah tertuduh membuktikan anak guamnya telah mengakui dan insaf atas kesalahan dilakukan.
"Pada masa sama, pengakuan bersalah tertuduh juga menjimatkan kos dan masa semua pihak termasuk mahkamah.
"Selain itu, mahkamah juga perlu pertimbangan kesalahan itu adalah yang pertama selain keadaan ekonomi tertuduh yang terjejas selepas dibuang kerja," ujarnya.
Bagaimanapun, Mohamad Fadhly memohon mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM100,000 terhadap tertuduh memandangkan kerugian besar RM320,143 yang ditanggung syarikat.
"Selain mengambil kira kepentingan awam, denda yang lebih tinggi satu pengajaran terhadap tertuduh dan masyarakat agar tidak melakukan kesalahan sama, " katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Jul 17 2023
![Bekas eksekutif Petronas Chemicals MTBE didenda RM100,000 Bekas eksekutif Petronas Chemicals MTBE didenda RM100,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61689582046_MohdHafezManap.jpg)
Mohd Hafez Manap, 38, yang menghadapi 10 pertuduhan pilihan berdepan hukuman penjara dua bulan sekiranya gagal menjelaskan denda yang diputuskan Hakim Ahmad Zamzani Mohd Zain. - Gambar/ Sinar Harian
![Konsep MADANI menyatupadukan rakyat berbilang kaum - Chan Konsep MADANI menyatupadukan rakyat berbilang kaum - Chan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739325859_MADANI.jpg)
Konsep MADANI menyatupadukan rakyat berbilang kaum - Chan
Rakyat harus menghindari prasangka buruk antara satu sama lain dan mengamalkan nilai positif, meskipun dengan budaya yang berbeza.
Global Furniture Market: Demand, Challenges, and Opportunities
The furniture industry is rapidly evolving, driven by social media trends and growing sustainability concerns. Businesses must stay agile to meet shifting consumer demands and market challenges.
Join Howard Obbard, Owner of BSSB Group and Co-Founder of Furniture & Choice Malaysia, as he explores how technology, AI, and environmental responsibility are redefining the future of furniture.
Join Howard Obbard, Owner of BSSB Group and Co-Founder of Furniture & Choice Malaysia, as he explores how technology, AI, and environmental responsibility are redefining the future of furniture.
![[KOLUMNIS] Subsidi bersasar, pulangkan pada yang berhak [KOLUMNIS] Subsidi bersasar, pulangkan pada yang berhak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739322953_minyakmasakpaket.jpg)
[KOLUMNIS] Subsidi bersasar, pulangkan pada yang berhak
Jika T20 tidak lagi diberikan subsidi petrol, diesel dan LPG, kerajaan boleh menjimatkan sebanyak RM15 bilion hingga RM17 bilion.
![1,086 mangsa banjir di Sarawak, Sabah masih berlindung di PPS 1,086 mangsa banjir di Sarawak, Sabah masih berlindung di PPS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739283754_banjir.jpg)
1,086 mangsa banjir di Sarawak, Sabah masih berlindung di PPS
Seramai 1,086 mangsa banjir di Sarawak dan Sabah masih berlindung di 11 PPS di kedua-dua negeri setakat 8 pagi ini.
StashAway brings simplified, secure crypto investing in Malaysia with ETFs
StashAway Malaysia introduces Bitcoin and Ethereum ETFs, offering a simplified and secure way to invest in crypto. This discussion explores the rationale behind the launch, market timing concerns, portfolio diversification benefits, and the growing role of crypto ETFs in mainstream investing.
AWANI Pagi: lepasan spm, ayuh sambung pengajian ke IPT
Bersama Mohd Najib Bin Mohd Sarif,Pengarah Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA (BKPA) dalam AWANI Pagi.
![Lelaki gaduh guna senjata tajam ditahan Lelaki gaduh guna senjata tajam ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739325438_SenjataTajam.jpg)
Lelaki gaduh guna senjata tajam ditahan
Polis menahan seorang lelaki yang terlibat dalam insiden tular pergaduhan bersenjata di kawasan Merlin Tower, Johor Bahru, petang semalam.
![Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS apabila FED tidak tergesa-gesa turunkan kadar faedah Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS apabila FED tidak tergesa-gesa turunkan kadar faedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739325168_tbRINGGITMALAYSIA.jpg)
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS apabila FED tidak tergesa-gesa turunkan kadar faedah
Pada pukul 8 pagi, ringgit naik kepada 4.4660/4730 berbanding dolar AS, daripada 4.4680/4730 ketika ditutup pada Isnin.
![EPL: Anak perempuan Roy Keane bakal berkahwin dengan bintang England EPL: Anak perempuan Roy Keane bakal berkahwin dengan bintang England](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739319811_EPL.jpg)
EPL: Anak perempuan Roy Keane bakal berkahwin dengan bintang England
Leah Keane mengesahkan pertunangannya dengna pemain berusia 23 tahun, Harwood-Bellis, tahun lalu.
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 12 Februari 2025
Bagaimana prestasi pembukaan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini? Ikuti perkongsian lanjut di Niaga AWANI.
![Bekas eksekutif Petronas Chemicals MTBE didenda RM100,000 Bekas eksekutif Petronas Chemicals MTBE didenda RM100,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61689582046_MohdHafezManap.jpg)
Bekas eksekutif Petronas Chemicals MTBE didenda RM100,000
Bekas eksekutif bahagian keselamatan dan kebakaran Petronas Chemicals MTBE didenda RM100,000 di Mahkamah Sesyen atas tuduhan mengemukakan dokumen palsu bagi pembekalan peralatan keselamatan kebakaran.