U Kayathri, 44, didakwa melakukan pecah amanah dengan mengarahkan penyewa rumah membayar sewa rumah berjumlah RM2,117 ke dalam akaun Touch 'n Go eWallet miliknya dan dia menggunakan wang itu untuk kegunaan sendiri.
Wanita itu dituduh melakukan kesalahan itu di sebuah kondominium di Brickfields di sini antara 26 Ogos dan 6 Sept lepas.
Pertuduhan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum 20 tahun dengan sebat dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya R. Harvind mencadangkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin serta perlu melapor diri di balai polis berhampiran sebulan sekali.
Kayathri yang tidak diwakili peguam, memohon jaminan itu dikurangkan atas alasan wanita itu mempunyai tanggungan keluarga dan masalah kesihatan.
Hakim Azrul Darus membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 20 Nov ini untuk sebutan kes.
-- BERNAMA