Bekas ketua pegawai eksekutif Institut Profesional Baitulmal Sdn Bhd (IPB), Dr Syed Omar Syed Agil hari ini berjaya dalam samannya terhadap IPB berhubung siasatan dalaman yang dijalankan terhadapnya atas dakwaan salah laku.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk John Louis O'Hara yang membenarkan saman pemula itu turut membenarkan permohonan plaintif bagi membatalkan notis siasatan dalaman bertarikh 6 Okt 2015.
O'Hara dalam keputusannya berkata mahkamah mendapati IPB selaku defendan gagal membuktikan siasatan dalaman terhadap Syed Omar bukan suatu 'tindakan balas' kerana tindakan plaintif membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pihak polis.
Mahkamah turut memerintahkan IPB membayar kos berjumlah RM18,750 kepada plaintif.
Dalam saman pemula terpinda yang difailkan pada 27 Dis 2016, Syed Omar memohon perintah injunksi supaya IPB dihalang daripada meneruskan siasatan dalaman terhadapnya menurut Notis Siasatan Dalaman bertarikh 6 Okt 2015 dan membatalkan notis siasatan itu.
Plantif memohon perintah itu atas alasan beliau adalah seorang pemberi maklumat dan sepatutnya diberi perlindungan di bawah Akta Pemberi Maklumat 2010.
Plaintif mendakwa beliau telah membuat laporan kepada SPRM dan Polis Diraja Malaysia berhubung salah urus kewangan yang dilakukan pegawai atau pekerja IPB.
Syed Omar mendakwa sebagai tindakan balas terhadap laporan polis dan SPRM itu IPB telah menggantung kerjanya mulai 7 Okt 2015 selain mengenakan tindakan tatatertib terhadapnya sejak 19 Okt tahun sama.
Syed Omar diwakili peguam Amer Hamzah Arshad dan Aston Pavia manakala IPB diwakili peguam Nurul Aini Zakaria.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 20 2017
Dr Syed Omar Syed Agil hari ini berjaya dalam samannya terhadap IPB berhubung siasatan dalaman terhadapnya atas dakwaan salah laku. - Gambar fail
AWANI Ringkas: Pembinaan LCS siap akhir tahun, ikut jadual kontrak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tunggakan bil elektrik cecah RM1.01 bilion - Akmal Nasir
Jumlah akaun dan tunggakan bil elektrik yang terlibat dalam proses pemotongan bekalan terus meningkat.
[KOLUMNIS] Belanjawan 2025 merealisasi agenda ‘Reformasi’ kebajikan veteran tentera
Ini adalah kali pertama tuntutan para veteran ini diselesaikan kerajaan selepas berjuang menuntut pelarasan ini sejak sekian lama.
Adik Zaliha Mustafa meninggal dunia
Adik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa, Shamsiah binti Mustafa dilaporkan meninggal dunia pada jam 1.10 pagi Selasa.
Perkhabaran duka itu dimaklumkan Zaliha, menerusi semua platform media sosial rasmi beliau.
Perkhabaran duka itu dimaklumkan Zaliha, menerusi semua platform media sosial rasmi beliau.
Pekerja Islam berdepan diskriminasi solat Jumaat diminta buat aduan - Exco
Pekerja beragama Islam yang berdepan isu diskriminasi untuk menunaikan kewajipan solat Jumaat bermula 1 Jan tahun depan diminta membuat aduan.
Lebih 2,000 alumni bakal sertai Malam Alumni UM 2024
Aktiviti ini dijangka memberi motivasi kepada pelajar baharu dan alumni muda untuk terus mencipta kejayaan dalam bidang masing-masing.
MediaTek lancar cip Dimensity 8350
Ia dihasilkan menggunakan teknologi 4nm, hadir dengan empat teras CPU Cortex-A715, empat teras CPU Cortex-A510, GPU Mali-G615 MC6, dan NPU 780.
[KOLUMNIS] Perolehan aset terpakai: Pilihan praktikal pertahanan
Pembelian aset terpakai ini terbukti mampu menawarkan jalan tengah yang pantas dan efektif.
Sidang Parlimen: Pembinaan LCS siap akhir tahun, ikut jadual kontrak
Fasa akhir pembinaan kapal Littoral Combat Ship (LCS) pertama dijadualkan siap akhir tahun ini dan dilaksanakan mengikut jadual ditetapkan dalam kontrak.
'Kita perlukan pasukan penembak dron' - Saifuddin
Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata Malaysia memerlukan pasukan penembak dron bagi mengatasi masalah penyeludupan dadah dalam negara.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Bekas CEO IPB berjaya dalam saman terhadap IPB
Bekas ketua pegawai eksekutif IPB, Dr Syed Omar Syed Agil hari ini berjaya dalam samannya terhadap IPB berhubung siasatan dalaman yang dijalankan terhadapnya atas dakwaan salah laku.
Lebih masa buat peguam, badan peguam selesai saman luar mahkamah
Seorang peguam, Badan Peguam dan Majlis Peguam diberi lebih banyak masa oleh Mahkamah Tinggi KL untuk menyelesaikan saman peguam berkenaan.