SIBU:Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Sibu telah menyalurkan bantuan makanan asas kepada lebih 2,000 penduduk rumah panjang di Pasai Siong yang dikenakan sekatan pergerakan sejak semalam.
Menteri Muda Kerajaan Tempatan dan Perumahan Dr Annuar Rapaee berkata, bantuan berupa barangan makanan asas seperti beras, gula, dan mi segera itu diteruskan hari ini.
"Bantuan bekalan makanan untuk penduduk yang terlibat dalam sekatan pergerakan di Pasai Siong sudah mula dihantar bermula petang semalam dan bersambung pagi Ahad.
"Saya menjangkakan semua penduduk akan menerima bantuan mereka hari ini," katanya kepada Astro AWANI pada Ahad.
Dalam perkembangan yang sama, Dr Annuar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka memberitahu, pemasangan khemah di Stadium Tertutup Sibu sudah siap dilaksanakan sebagai persediaan lokasi pusat kuarantin tambahan.
Fadilah Sulaiman
Sun Jan 10 2021
Bantuan berupa barangan makanan asas seperti beras, gula, dan mi segera itu diteruskan hari ini. - Foto Astro AWANI
Bomba Perak giat cari lelaki Orang Asli hilang ketika memancing
JBPM Perak sedang giat mencari seorang lelaki Orang Asli yang dipercayai hilang selepas keluar memancing di Sungai Tumboh, Kampung Gajah, dekat sini sejak petang semalam.
PDRM kutip lebih RM1 juta saman pada hari pertama program 2TM
PDRM berjaya mengutip RM1.03 juta pembayaran saman setakat 3 petang pada hari pertama penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.
#AWANIRingkas 22 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 25 November 2024
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
Bursa Malaysia ditutup tinggi
Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini dengan prestasi tinggi pada Jumaat, didorong oleh pembelian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih.
Dialog Poket Rakyat: Subsidi - Antara Strategi, Realiti & Tingkah Laku Pengguna
Apakah realiti di akar umbi mengenai reformasi ekonomi berkaitan subsidi dan pelaksanaannya? Sejauh mana rakyat bersedia melepaskan kebergantungan mereka terhadap subsidi? Apakah strategi mengurangkan tekanan kewangan dan inflasi? Ini fokus diskusi dan analisis Dialog Poket Rakyat 8.30 malam ini.
Taufan Man-Yi: Bekalan kuasa di Benguet hampir pulih 100 peratus
Benguet Electric Cooperative (beneco) menyasarkan untuk memulihkan kuasa di Benguet yang sebelum ini terjejas akibat dibadai taufan itu. Setakat Khamis, kuasa telah dipulihkan hampir 99.54 peratus daripada 233,411 sambungan pengguna.
MyDigital ID: Memperluas integrasi, memastikan akses lebih cepat dan mudah
MyDigital ID akan terus memperluas integrasi dengan lebih banyak penyedia perkhidmatan dari pelbagai sektor, terutamanya dalam sektor kewangan dan e-wallet, untuk memastikan akses yang lebih cepat dan mudah kepada perkhidmatan kewangan untuk rakyat Malaysia.
PBB akan berusaha cari jalan berkomunikasi dengan Netanyahu
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan berusaha mencari jalan untuk berkomunikasi dengan Benjamin Netanyahu.
AWFF: Kemenangan filem 'Abang Adik' suburkan harapan tersenarai dalam Oscar
Ia menyuburkan harapan untuk melihat ia tersenarai dalam pencalonan lima terbaik di Anugerah Akademi atau Oscar ke-97 tahun depan.
Netanyahu sifatkan keputusan ICC sebagai antisemitik
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyifatkan keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) untuk mengeluarkan waran untuk menangkapnya atas dakwaan jenayah perang sebagai antisemitik.
Pusat saringan COVID-19 dibuka di Stadium Tertutup Sibu
Jabatan Kesihatan Bahagian Sibu membuka pusat saringan COVID-19 di Stadium Tertutup Sibu bermula esok.
Tiada aktiviti di ruai rumah panjang di Pasai Siong, penduduk patuh SOP
Penduduk Rumah Panjang Pasai Siong terus memberikan kerjasama baik kepada petugas barisan hadapan demi memutuskan penularan COVID-19 di kawasan itu.
COVID-19: Lebih 2,000 penduduk di Pasai Siong jalani sekatan pergerakan
Lebih 2,000 penduduk di 19 buah rumah panjang di Sibu menjalani sekatan pergerakan ekoran penularan wabak COVID-19 di daerah itu.
Bekalan makanan untuk penduduk Pasai Siong sudah diagihkan - Dr Annuar
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Sibu telah menyalurkan bantuan makanan asas kepada lebih 2,000 penduduk rumah panjang di Pasai Siong yang dikenakan sekatan pergerakan sejak semalam.
Siap siaga kes meningkat, Stadium Tertutup Sibu jadi pusat kuarantin
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Sibu melakukan persiapan di Stadium Tertutup Sibu sebagai pusat kuarantin sekiranya berlaku peningkatan kes COVID-19 di Sibu.
Lapan rumah panjang di Sibu dikenakan sekatan pergerakan, 37 kes positif
Lapan buah rumah panjang di Pasai Siong, Sibu dikenakan sekatan pergerakan selama 14 hari susulan 37 individu di salah sebuah rumah panjang berkenaan disahkan positif COVID-19, semalam.