KOTA TINGGI: Jabatan Perikanan memberi jaminan bahawa bekalan harian hasil laut negara adalah mencukupi semasa musim tengkujuh tahun ini.
Ketua Pengarah Perikanan Malaysia Datuk Mohd Sufian Sulaiman berkata pihaknya juga terus giat menjalankan pelbagai program bagi mengukuhkan lagi jaminan itu, antaranya dengan terus melabuhkan tukun dalam usaha menambah sumber hasil laut.
Beliau berkata pihaknya dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) juga telah memaklumkan kepada penternak ikan sangkar dan kolam agar sentiasa bersedia untuk mengeluarkan hasil laut mereka sekiranya berlaku banjir.
"Penternak kolam dan sangkar perlu bersedia, mana-mana hasil laut seperti ikan, udang yang sudah sedia untuk dikeluarkan atau harvest, perlu dikeluarkan sekarang, bagi mengelakkan mereka daripada mengalami kerugian.
"Jadi bila dikeluarkan (hasil laut), bekalan itu ada, bagi saya tiada isu yang ketara berhubung ketiadaan bekalan," katanya pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Sijil Malaysia Good Agricultural Practice (MyGAP) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Mas, di sini hari ini.
Sementara itu Mohd Sufian berkata SMK Bandar Mas yang mempunyai pusat penetasan ikan, merupakan sekolah pertama di negara ini yang menerima sijil MyGAP daripada Jabatan Perikanan Malaysia.
Beliau berkata MyGAP yang sebelum ini kenali sebagai Skim Pensijilan Ladang Akuakultur Malaysia (SPLAM), bermatlamat memastikan penghasilan produk akuakultur selamat dimakan, berkualiti, tanpa memudaratkan persekitaran dan kebajikan haiwan, serta mematuhi keperluan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 19 2022
Jabatan Perikanan giat menjalankan pelbagai program bagi mengukuhkan lagi jaminan bekalan hasil laut negara menjelang musim tengkujuh tidak lama lagi. - Gambar hiasan
Mangsa banjir di Selangor, Kedah dan Perak meningkat pagi ini
Jumlah mangsa banjir di Selangor, Kedah, dan Perak mencatatkan sedikit peningkatan pada pagi ini berbanding malam tadi.
Seharian tak pulang, warga emas ditemui maut dihempap pokok ditebang
Mangsa berusia 67 tahun itu ditemukan oleh ahli keluarganya kira-kira jam 1 tengah hari selepas didapati tidak pulang ke rumah.
Ringgit dijangka stabil berbanding dolar AS minggu depan
Ringgit dijangka kekal pada paras 4.21 hingga 4.22 berbanding dolar AS minggu depan.
Siapkan projek fasa 1B lebuhraya Pan Borneo ikut jadual
Kontraktor projek lebuhraya Pan Borneo Sabah yang baru menerima surat lantikan untuk memulakan kerja bagi fasa 1B diberi amaran awal supaya memastikan projek berjalan lancar.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata, beliau mahu memastikan semua 19 pakej kerja dalam fasa berkenaan tidak berlaku kelewatan.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata, beliau mahu memastikan semua 19 pakej kerja dalam fasa berkenaan tidak berlaku kelewatan.
Belanjawan 2025 diharap bantu B40, M40 miliki kediaman sendiri
Kerajaan melalui SPNB komited menyediakan perumahan mampu milik, khususnya untuk golongan B40, sebagaimana terbukti dalam RMK-12.
[TERKINI] Sultan Pahang perkenan fatwa GISB menyeleweng, sesat
Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, memperkenankan fatwa yang diputuskan oleh Jawatankuasa Perundingan Syarak negeri itu bahawa pengikut Global Ikhwan Services and Business (GISB) Holdings Sdn Bhd sama ada pekerja atau mana-mana orang Islam adalah menyeleweng dan sesat.
[TERKINI] 19 terkoban akibat banjir, tanah runtuh di Bosnia
Sekurang-kurangnya 19 orang terkorban akibat banjir dan tanah runtuh yang melanda Bosnia-Herzegovina pada Jumaat
Gelombang haba pecah rekod cengkam barat daya AS
Gelombang haba luar biasa sedang melanda wilayah barat daya Amerika Syarikat dengan suhu mencatat rekod baharu.
AWANI Ringkas: Media sosial - Ini ingatan daripada KSN
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cukai Minuman Manis: Luas skop cukai, tarik semula subsidi gula - Pusat Galen
Menurut Azrul, jika kerajaan bercadang menaikkan cukai gula, maka sewajarnya subsidi kepada pengeluar dan pengilang gula juga perlu ditarik balik.
Rakyat Kelantan perlu berwaspada, siap sedia hadapi musim tengkujuh - Sultan
Sultan Kelantan Sultan Muhammad V bertitah agar rakyat sentiasa berwaspada dan bersiap sedia menghadapi musim tengkujuh yang bakal melanda.
Kerajaan Thailand percepat penilaian kerosakan banjir
Agensi terlibat diarahkan untuk mempercepat tinjauan, memeriksa kerosakan dan melaksanakan langkah-langkah untuk membantu penduduk.
JAKOA hadkan kemasukan kenderaan pacuan empat roda ke kawasan pedalaman Orang Asli
JAKOA mengehadkan kemasukan kenderaan pacuan empat roda kepada badan bukan kerajaan untuk ke kawasan pedalaman Orang Asli terutamanya pada musim tengkujuh.
Jumlah kerugian akibat banjir dianggarkan RM1 bilion - Ahmad Zahid
Jumlah kerugian akibat bencana banjir di seluruh negara pada musim tengkujuh atau monsun timur laut kali ini dianggarkan hampir RM1 bilion.
Suami isteri terpaksa ulang-alik bawa tujuh anak naik motosikal ke PPS
Ismanizam Ibrahim, 42, dan isterinya Siti Rodiyah Zulkifli, 37, sanggup berulang-alik membawa tujuh anak mereka berumur lingkungan setahun hingga 15 tahun menaiki motosikal untuk ke PPS.
Rakyat Malaysia perlu peka kepada ancaman penyakit bawaan banjir dalam musim tengkujuh
Banjir yang melanda kawasan beriklim tropika ketika musim tengkujuh boleh menjadi ancaman kepada kesihatan awam yang ketara, mengakibatkan pelbagai masalah kesihatan yang membawa kesan jangka panjang.
Jualan pukat ikan laris pada musim tengkujuh di Kelantan
Memukat ikan ketika musim tengkujuh antara aktiviti yang dinantikan penggemarnya sebagai sumber rezeki untuk mendapatkan ikan darat.
'Jaga diri, jaga kesihatan' pesan PM kepada penerima bantuan miskin tegar di Labuan
"Jaga diri, jaga kesihatan," kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Taibah Mahmud, 83, ketika menyantuni penerima bantuan dalam sebuah program bantuan miskin tegar hari ini.
Tunggu masa rumah ditelan laut
Apabila masuk musim tengkujuh akan berlaku ombak besar sehingga menyebabkan banyak rumah berhampiran pantai dinaiki air.
Ikan budu lauk pilihan musim tengkujuh
Selain putu halba, ikan darat dan ubi 'tonyoh', ikan budu menjadi antara sajian pilihan penduduk Kelantan pada musim tengkujuh atau Monsun Timur Laut ini.