SEKINCHAN: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memberi jaminan bekalan beras negara mencukupi selain akan memastikan harga jualan beras kekal rendah.
Menterinya Datuk Seri Mohamad Sabu berkata pihaknya tidak menafikan berlaku kekurangan bekalan beras namun ia ditampung oleh beras import.
"Apabila berlaku cuaca yang tidak menentu sebelum ini, (sebab) itu hasil padi agak menurun tetapi tahun ini di Kedah dan Perlis kita lihat pokoknya cantik dan (masalah beras menurun) akan kembali pulih.
"Kekurangan ini (beras tempatan) ditampung oleh beras import untuk sementara," katanya kepada Bernama ketika melawat sebuah kilang beras di sini hari ini.
Beliau berkata peruntukan RM3 bilion yang diumum Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini untuk meningkatkan infrastruktur berkaitan tanaman padi di negara ini diyakini mampu meningkatkan jumlah keluaran padi.
"Kerajaan juga akan memastikan sawah-sawah dibuat dan dijaga dengan baik, Sekinchan yang hasilkan agak tinggi (beras) kita bawa (kepakaran) ala Sekinchan ke negeri-negeri lain seperti ke Kedah, Terengganu dan Pahang, supaya hasil akan meningkat pada masa akan datang.
"Ini perkara serius bukan main-main dan kita sentiasa tekankan bekalan beras adalah utama bagi kementerian ini," katanya.
Selain itu, Mohamad berkata harga beras tempatan akan terus dikekalkan serendah RM2.60 sekilogram manakala beras import dijual RM3.20 sekilogram.
"Memang beras tempatan masih kekal RM2.60, walaupun pihak kilang merayu supaya harga tersebut dinaikkan kerana mereka tidak untung, kita tetap kekalkan.
"Beras luar (import) memang harga berbeza RM2.80 (sekilogram) yang dijual di sekitar sini (Sekinchan), tetapi di pasar raya dijual RM3.20 sekilogram. Jangan risau beras cukup dengan ditampung dengan beras-beras import," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 18 2023
Mohamad berkata harga beras tempatan akan terus dikekalkan serendah RM2.60 sekilogram manakala beras import dijual RM3.20 sekilogram. - Gambar fail
AZAL umum penangguhan penerbangan ke tujuh bandar di Rusia
Azerbaijan Airlines (AZAL) mengumumkan akan menangguhkan penerbangan ke tujuh bandar di Rusia.
3 maut, 4 parah dalam kemalangan bas di utara Norway
Tiga maut manakala empat lagi cedera parah selepas sebuah bas terbabas dari lebuh raya lalu terjunam ke tasik di utara Norway pada Khamis.
[TERKINI] Hospital terakhir di utara Gaza diserbu, dibakar
Hospital Kamal Adwan merupakan satu-satunya fasiliti kesihatan terakhir tinggal di utara Gaza.
AB Rauf sahkan ada rombakan kabinet negeri
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengesahkan kerajaan negeri akan melaksanakan rombakan portfolio exco dalam tempoh terdekat.
Penyedia diminta segera mohon lesen operasi di Malaysia
Penyedia platform media sosial diminta segera mendaftar lesen perkhidmatan masing-masing menjelang penguatkuasaan Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi pada 1 Jan 2025.
Beri insentif kepada operator kenderaan berat adaptasi teknologi keselamatan – Penyelidik MIROS
Pegawai Penyelidik, Unit Kenderaan Dagangan (CVU), Pusat Keselamatan Kenderaan dan Biomekanik (VSB), Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Ts. Ahmad Saife Salleh berkata operator kenderaan berat dalam negara wajar diberikan insentif untuk menggalakkan adaptasi teknologi keselamatan bagi mengurangkan risiko kemalangan.
JPJ tingkat penguatkuasaan secara digital, kaji penggunaan AI
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan meningkatkan usaha penguatkuasaan secara digital dan mengkaji penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi mengesan pesalah trafik dengan lebih efektif.
Kes demam denggi meningkat, dua kematian direkodkan
Jumlah kes demam denggi meningkat kepada 1,407 kes pada Minggu Epidemiologi ke-51 (ME51), iaitu bagi tempoh 15 hingga 21 Dis lepas berbanding 1,384 kes yang dilaporkan pada minggu sebelumnya.
Tumpuan Sabtu – 28 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Petra belum dirujuk, tiada keputusan mengenai kenaikan tarif elektrik
Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, ini kerana PETRA belum dirujuk serta dimaklumkan oleh TNB berkaitan perkara tersebut.
KPKM usaha pastikan bekalan beras sentiasa ada di pasaran
Mohamad berkata ketika ini bekalan beras putih tempatan adalah sebanyak 56 peratus, dan dijangka mencukupi.
Menteri Indonesia jamin bekalan beras cukup hingga akhir tahun
Zulkifli Hasan menjelaskan stok beras di Gudang Bulog di Jakarta mencapai 140,000 tan.
Pengusaha durian perlu mula tanam dalam skala besar untuk pasaran China - Mohamad
Semua pengusaha durian tempatan khususnya golongan bumiputera perlu memulakan penanaman buah berkenaan dalam skala besar bagi membolehkan dipasarkan ke China antara lima hingga enam tahun lagi.
Bekalan beras Sabah, Sarawak cukup menjelang Kaamatan dan Gawai - Arthur
Jumlah stok sedia ada mencukupi bagi menampung keperluan beras di kedua-dua negeri itu serta Semenanjung bagi tempoh hingga lima bulan.
Indikator baharu ukur tahap kos sara hidup rakyat dibangunkan - PM Anwar
NACCOL hari ini bersetuju agar DOSM membangunkan satu indikator baharu bagi mengukur tahap kos sara hidup rakyat hingga ke peringkat daerah.
25 bahagian UPKO disaran tubuh koperasi, persatuan untuk atasi kemiskinan
Ewon Benedick menyarankan semua 25 bahagian parti itu menggerakkan usaha menubuhkan sebuah koperasi dan persatuan di daerah masing-masing sebagai usaha mengatasi masalah kemiskinan.
SPRM kesan penyelewengan subsidi, pengilang campur beras tempatan, import
SPRM mengesan aktiviti penyelewengan pemberian subsidi kepada petani-petani yang menjual beras tempatan ke kilang-kilang yang dilesenkan.
Kilang disyaki sorok 180 tan metrik beras tempatan disita
Sebuah kilang beras di Kedah disita, selepas disyaki menyorok beras putih tempatan berjumlah 180 tan metrik dianggarkan bernilai RM405,000.
Mohamad Sabu tegaskan beras cukup, mampu tampung empat hingga lima bulan
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, jumlah stok beras tempatan sehingga 3 Oktober 2023 adalah sebanyak 820,482 tan metrik.
SPRM bongkar penipuan pembekalan beras bernilai RM100 juta
SPRM membongkar kegiatan penipuan oleh sebuah syarikat pembekalan di Kedah yang dipercayai menyebabkan kepincangan pengedaran dan penjualan beras di negara ini.