KUALA LUMPUR:Sebanyak 28 kawasan di wilayah Kuala Selangor yang mengalami gangguan bekalan air berjadual bermula 9 pagi tadi dijangka pulih sepenuhnya pada 10 malam ini.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam kenyataan hari ini memaklumkan ia berikutan kerja penggantian injap di Loji Rawatan Air Sungai Sireh (LRA Sg Sireh) yang akan dilaksanakan pada 6 petang ini.

"Bekalan air akan mula disalurkan kepada pengguna sejurus kerja-kerja tersebut selesai dilaksanakan," menurut kenyataan itu.

Senarai kawasan yang akan mengalami gangguan bekalan air berjadual adalah seperti berikut:


  1. Bagan Tengkorak

  2. Jalan Ban Canai

  3. Jalan Kunci Air Buang

  4. Kampung Ampangan

  5. Kampung Haji Razali

  6. Kampung Melaka/ Kampung Kilat

  7. Kampung Pinang

  8. Kampung Seri Tiram Jaya

  9. Kampung Sungai Burong 1 Parit 1 - Parit 4

  10. Kampung Sungai Kajang

  11. Kampung Sungai Tengi Kiri (Pekan Tanjung Karang)

  12. Kampung Tok Adam

  13. Kampung Ulu Tiram

  14. Lorong Bahagia

  15. Parit 1 Sungai Burong

  16. Seluruh kawasan Sawah Sempadan Blok A - Z

  17. Sungai Burong Sawah Parit 1 - Parit 4

  18. Sungai Sireh Lorong 1 - 23

  19. Taman Desa Jaya

  20. Taman Kopema

  21. Taman Radin Jaya

  22. Taman Sri Bakti

  23. Taman Sri Desa

  24. Taman Sri Jaya

  25. Taman Sri Setia

  26. Taman Sri Tanjong

  27. Taman Tanjung Karang/ Taman Ria Min/ Taman Ketam

  28. Taman Wawasan



Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh melayari laman sesawang Air Selangor di www.airselangor.com juga kesemua saluran komunikasi rasmi seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter, atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300.

-- BERNAMA