KUALA LUMPUR: Sejurus selepas dibebaskan Mahkamah Sesyen di sini, hari ini daripada lima pertuduhan guna dokumen palsu serta memperdaya berhubung pembelian jongkong emas, seorang bekas pengurus perhubungan sebuah bank sekali lagi dihadapkan ke mahkamah sama, atas 47 pertuduhan menipu melibatkan kerugian RM3.1 juta.
Mohd Saibulrijal Mohd Saad, 45, mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan baharu itu, dibacakan di hadapan Hakim Datin Sabariah Othman.
Mengikut 47 pertuduhan, tertuduh didakwa menipu beberapa pegawai bank membabitkan wang berjumlah RM3.1 juta di sebuah bank di Bangsar, Brickfields di sini, antara Mac 2021 dan Jun 2021.
Tertuduh didakwa memperdayakan mereka (pegawai bank) antaranya berhubung pengeluaran wang, kiriman wang dan jongkong emas, mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Rullizah Abdul Majid menawarkan jaminan RM180,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan, dengan mengambil kira kerugian kes itu membabitkan RM3.1 juta.
Peguam M.Hafiz Zainol Abidin yang mewakili tertuduh, memohon jaminan itu dikurangkan dengan alasan penjamin kepada anak guamnya tidak mampu membayar jaminan yang tinggi.
Terdahulu, Hakim Sabariah membebaskan Mohd Saibulrijal daripada lima pertuduhan menggunakan dokumen palsu, dengan memperdayakan seorang wanita bagi pembelian jongkong emas.
Sabariah dalam penghakimannya berkata anggapan pihak pendakwaan, yang menyatakan tertuduh mempunyai pengetahuan untuk mengawal dan mempengaruh dalam meluluskan pembatalan deposit bagi pembelian jongkong emas, merupakan satu keterangan yang tidak kukuh dalam kes prima facie.
"Dalam kes ini, barang kes iaitu wang tunai dan jongkong emas tidak pernah dijumpai dalam simpanan dan pegangan tertuduh, dalam semua masa material.
"Pihak pendakwaan juga gagal untuk membawa keterangan yang kukuh bagi membuktikan elemen-elemen penting, maka satu kes prima facie terhadap tertuduh bagi kesemua pertuduhan telah gagal dibuktikan. Oleh itu, tertuduh dilepas dan bebaskan tanpa dipanggil membela diri bagi kesemua pertuduhan," kata hakim.
Mengikut pertuduhan pertama, Mohd Saibulrijal didakwa telah memperdayakan seorang pegawai bank (mangsa wanita) untuk mempercayai bahawa Choo Lai Hock (pelanggan), hendak membatalkan akaun deposit miliknya dengan memberikan mangsa satu borang pembatalan yang dikatakan ditandangani oleh Choo.
Perbuatan itu mendorong mangsa meluluskan pembatalan akaun bernilai RM411,442.17 milik Choo, sebelum wang tersebut dipindahkan ke dalam akaun bank milik Choo, sedangkan lelaki itu tidak menandatangani borang pembatalan tersebut dan tidak berniat untuk berbuat demikian.
Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa memperdayakan wanita itu, untuk mempercayai Choo hendak membeli jongkong emas, sehingga mendorong mangsa meluluskan pembelian jongkong emas yang keseluruhannya bernilai RM376,110.72, sedangkan Choo tidak berniat untuk membeli jongkong emas tersebut.
Lelaki itu juga didakwa memperdayakan mangsa sama, dengan menyatakan Choo berada di sebuah bank di Bangsar untuk mengambil jongkong emas yang dikatakan dibeli oleh Choo.
Ketiga-tiga kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah bank di Bangsar pada 6 Sept 2021, mengikut Seksyen 415 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 417 kanun sama, yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Mohd Saibulrijal turut berdepan dua lagi pertuduhan menggunakan dokumen palsu berhubung borang pembatalan akaun deposit dan pembelian jongkong emas di lokasi dan tarikh sama, mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 465 kanun sama, yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun dan sebat dan boleh dikenakan denda.
Seramai sembilan saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan pada perbicaraan bermula pada 8 Mei lepas. Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ayuni Izzaty Sulaiman, manakala peguam Nor Asyikin Zakaria mewakili tertuduh.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 27 2023

Mohd Saibulrijal Mohd Saad, 45, mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan baharu itu, dibacakan di hadapan Hakim Datin Sabariah Othman. - Gambar hiasan

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Juruteknik didakwa ketuk kepala anak asuhan ibu mentua hingga benjol
Seorang juruteknik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menganiaya anak asuhan ibu mentuanya dengan mengetuk kepala kanak-kanak lelaki itu sehingga benjol.

22 termasuk CEO GISB mengaku tidak bersalah jadi ahli kumpulan jenayah terancang
Seramai 22 individu dikaitkan dengan GISB termasuk Ketua Pegawai Eksekutifnya Nasiruddin Mohd Ali mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang.

Dihukum penjara 13 tahun, mahkamah putuskan ahli perniagaan Indonesia bukan Paiman Shakimon
Mahkamah Tinggi memutuskan seorang lelaki yang didakwa sebagai Datuk Paiman Shakimon yang dihukum penjara 13 tahun kerana menipu dan memalsukan dokumen adalah bukan ahli perniagaan itu.

Kes tular: Mekanik tidak mengaku pukul anjing sendiri guna tukul besi
Seorang mekanik motosikal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas tuduhan memukul seekor anjing jantan baka Pit Bull, dengan tukul besi, bulan lalu.

Ibu Zayn Rayyan jerit "ini salah mommy" - Saksi
Mahkamah Sesyen diberitahu bahawa ibu kepada Zayn Rayyan Abdul Matin menjerit, "Zayn, ini salah mommy".

Pembantu kedai makan mengaku bersalah tinggalkan bayi perempuan di kedai makan
Seorang pembantu kedai makan mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan meninggalkan bayi perempuannya di sebuah kedai makan di Sanglang, dekat sini pada 19 Jan.

Guru didakwa amang seksual murid, simpan 180 gambar aniaya kanak-kanak
Seorang guru kaunseling dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak muridnya.

Bapa Zayn Rayyan kata 'celaka siapa bunuh anak aku’ - Saksi
Saksi berkata dia mula mencari Zayn Rayyan Abdul Matin, 6, selepas solat hajat di surau Al-hidayah berdekatan lokasi kejadian, pada 6 Disember 2023.

Pekerja syarikat sewa kereta tidak mengaku potong tangan
Seorang pekerja syarikat kereta sewa mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh pada Khamis atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang lelaki sehingga putus tangan.

Zayn Rayyan: 25 Feb dengar hujah notis usul batal pertuduhan
Mahkamah Tinggi menetapkan 25 Feb ini bagi mendengar hujahan berhubung notis usul difailkan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matin untuk membatalkan pertuduhan.