Kebebasan beragama tidak bermaksud bebas untuk mempromosi mana-mana agama, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa.
Beliau berkata perkara ini yang selalu menjadi perdebatan pelbagai pihak walaupun telah diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.
"Mungkin apa perlu dibincang di sini ialah beberapa perdebatan tentang Artikel 11 iaitu kebebasan untuk beragama cuma dengan kaveat 11(4), tidak boleh promosi, itu isunya yang mungkin jadi perdebatan," katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) yang ingin tahu reaksi kerajaan mengenai kritikan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) terhadap penangkapan 50 penganut Syiah di Kelantan baru-baru ini yang menurut mereka menafikan hak Perlembagaan individu terbabit untuk kebebasan beragama.
Mujahid berkata pihak kementerian terbuka menerima pandangan dan pendapat pelbagai pihak termasuk Suhakam dalam isu agama.
"Tetapi apa lebih penting selagi tindakan dilakukan itu (penangkapan 50 penganut Syiah) tidak salah di sisi undang-undang negara, maka kita akan pertahankan apa kita telah kuatkuasakan," katanya.
Mengenai soalan tambahan Ahmad Marzuk Shaary (Pas-Pengkalan Chepa) yang mahu tahu pendirian kerajaan terhadap cadangan Tommy Thomas supaya pengharaman empat buah buku yang ditulis novelis Faisal Tehrani yang didakwa berunsurkan Syiah ditarik balik, Mujahid berkata beliau tidak pasti sama ada itu hanya cadangan atau pandangan biasa Peguam Negara itu.
"Sebagaimana saya kata semua pihak berhak beri pandangan akhirnya yang akan tentukan ialah perundangan negara dan prinsip-prinsip yang telah diputuskan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 01 2018

MUJAHID: Pihak kementerian terbuka menerima pandangan dan pendapat pelbagai pihak termasuk Suhakam dalam isu agama.
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

Pihak berkuasa, pengurusan masjid diseru ambil tindakan proaktif jaga keselamatan jemaah
Pihak berkuasa dan pengurusan masjid perlu segera mengambil tindakan proaktif bagi menjaga keselamatan jemaah, terutama kanak-kanak.
Agenda AWANI Asia: Pembangunan AI untuk kebaikan manusia
Sejauh mana pembangunan teknologi AI seperti ChatGPT, DeepSeek dan terkini Grok-3 membantu kehidupan manusia dan memacu perkembangan industri?
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.

Thailand tegas banteras sindiket penipuan pusat panggilan dengan kerjasama serantau
Kerajaan Thailand kini memperkukuh kerjasama dengan negara jiran bagi menghapuskan operasi sindiket penipuan pusat panggilan rentas sempadan yang mengeksploitasi kelemahan sistem sedia ada.

ATC 2025: Nurul Izzah Izzati pecah rekod kebangsaan, mara ke separuh akhir
Nurul Izzah Izzati mencipta rekod kebangsaan baharu acara pecut individu pada pusingan kelayakan Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ATC) 2025.
Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Polis mengesahkan bunyi letupan dan gegaran yang berlaku di kawasan Bagan Ajam berpunca latihan ketenteraan TUDM.

Dialog Perpaduan Malaysia MADANI tingkat kefahaman mengenai kepelbagaian bangsa, agama - Zulkifli
Dialog Perpaduan Malaysia MADANI meningkatkan lagi kefahaman mengenai kepelbagaian bangsa dan agama dalam memperkukuh perpaduan di negara ini.

Isu 3R: Bebas beri pandangan selagi tidak langgar garis perpaduan - PM Anwar
Perdana Menteri menegaskan beliau tidak akan sesekali bertolak ansur sekiranya kenyataan itu berbaur hasutan yang berupaya mencetus bibit keganasan dan pergaduhan kaum.

Keputusan penerbit, pengarah filem 'Mentega Terbang' rujuk persoalan perlembagaan 14 Jun
Permohonan pengarah dan penerbit filem bagi merujuk persoalan perlembagaan berhubung Seksyen 298 Kanun Keseksaan akan diputuskan pada 14 Jun.

Kawal diri, jangan kongsi isu sentuh 3R - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan semua pihak agar mengawal diri daripada menulis atau menyentuh isu 3R.

Individu main isu 3R wajar dikenakan tindakan tegas - Ahli akademik
Individu yang menyentuh isu 3R wajar dikenakan tindakan tegas kerana perbuatan tersebut amat serius dan boleh menggugat perpaduan rakyat.

Lelaki rosakkan peralatan tokong ditahan - KPD Manjung
Lelaki berusia 35 tahun itu ditahan pada jam 9.30 malam Sabtu, selain merampas telefon bimbit digunakan untuk merakam perbuatan tersebut.

Kembali kepada Islam adalah penyelesaian isu perpaduan kaum - Penganalisis
Isu-isu yang berbangkit mutakhir ini mendesak rakyat Malaysia kini tanpa mengira perbezaan bangsa, agama dan fahaman politik adalah memastikan keharmonian kaum dan agama kekal utuh.

Usah sentuh sensitiviti agama, bersama maju ke hadapan - Premier Sarawak
Kerajaan Sarawak menekankan inklusiviti sosial berteraskan keadilan untuk semua tanpa mengira latar belakang kaum dan agama yang pelbagai.

PRK: Kemenangan PH isyarat Johor tolak politik guna agama - Sheikh Umar
Kemenangan PH memberi isyarat rakyat Johor tidak menerima politik yang mempergunakan agama secara keterlaluan.

Kempen PRN: Elak sentuh isu 3R demi keharmonian rakyat - Pakar
Memainkan isu 3R semasa berkempen boleh menyebabkan pertelingkahan dalam kalangan masyarakat serta mengundang kesan buruk kepada negara.