KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memaklumkan dua bazar Ramadan di Taman Setiawangsa dan Jalan Raja Alang, Kampung Baru di sini akan ditutup selama dua hari bermula esok.
Perkara itu dimaklumkan menerusi satu kenyataan media Datuk Bandar Kuala Lumpur yang dimuat naik menerusi laman Facebook rasmi DBKL pada Jumaat.
"Dimaklumkan hasil dari analisa pengesanan kontak yang telah dilaksanakan oleh KKM melalui aplikasi MySejahtera, ancaman penyebaran jangkitan COVID-19 telah dikesan di bazar Ramadan ini.
"Sehubungan dengan itu, bagi membendung dan mengawal jangkitan serta peningkatan kes COVID-19, bazar Ramadan ini akan ditutup selama dua hari iaitu pada 1 Mei hingga 2 Mei," jelas kenyataan itu.
Tambah kenyataan itu, tindakan dibawah Akta Pencegahan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 boleh diambil terhadap mana-mana pihak yang tidak mematuhi notis terbabit.
Terdahulu, tular sepucuk surat pekeliling yang didakwa dari Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada Jumaat.
Surat itu antara lain memaklumkan operasi 22 bazar Ramadan di beberapa negeri ditutup mulai 1 Mei bagi membendung penularan wabak COVID-19.
Bagaimanapun, Astro AWANI masih menunggu sebarang kesahihan daripada pihak KPKT berhubung penularan surat pekeliling itu.
Fareez Azman
Fri Apr 30 2021

Tindakan dibawah Akta Pencegahan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 boleh diambil terhadap mana-mana pihak yang tidak mematuhi notis terbabit. - Gambar hiasan/Astro AWANI
AWANI Pagi: Pembudayaan "Zero Hunger" di kampus universiti
Diskusi 8:30 pagi Jumaat bersama Hasanul Basri Abdullah, Dekan, Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM); Hanifah Eydel-Romero Pensyarah, Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)dan Nuranita Dewi Abdullah, Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) membincangkan mengenai projek "Zero Hunger" yang semakin diterima dan menjadi budaya di dalam kehidupan kampus warga Center of Foundation Studies, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, UIAM.
![[KOLUMNIS] Ahli politik harus bebas dari rasuah [KOLUMNIS] Ahli politik harus bebas dari rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-02/71550535175_slippingcashbribe.jpg)
[KOLUMNIS] Ahli politik harus bebas dari rasuah
Perbelanjaan politik sama ada secara terangan atau berselindung adalah sesuatu yang tidak dinafikan di dalam perjalanan politik terutama di dalam pilihan raya.
Prestasi S&P 500: Sehingga 13 Mac 2025
MarketWatch menyediakan tinjauan menyeluruh mengenai Indeks S&P 500, merangkumi berita terkini pasaran saham, data dagangan, dan analisis pergerakan pasaran. Saham dalam Indeks Standard & Poor’s 500 dikategorikan mengikut sektor dan industri, memudahkan pemahaman corak prestasi pasaran. Saiz setiap saham mencerminkan permodalan pasaran, menunjukkan kekuatan dan kedudukan syarikat-syarikat utama dalam pasaran.
"Pasaran Saham AS Menjunam: S&P 500 dalam Pembetulan Selepas Data Inflasi"
"Pasaran saham AS berakhir dengan penurunan mendadak pada hari Khamis, dengan S&P 500 mengesahkan ia berada dalam pembetulan selepas data inflasi yang sejuk dibayangi oleh kebimbangan bahawa perang tarif yang semakin memuncak oleh Amerika Syarikat terhadap rakan dagang terbesarnya boleh mencetuskan semula inflasi dan membawa ekonomi ke dalam kemelesetan. Saksikan analisis penuh tentang kejatuhan ini dan impaknya terhadap ekonomi global."
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 14 Mac 2025
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata indeks serantau utama kebanyakannya lebih rendah apabila pelabur berhadapan situasi yang tidak menentu berpunca daripada ekonomi yang berpotensi untuk menguncup. Jadi bagaimana prestasi dagangan FBM KLCI setakat pagi Khamis? Ikuti perkembangan lanjut di Niaga AWANI.

Polis pengiring cedera kemalangan ketika bertugas
Ketika kejadian, Sarjan Mohd Tarmizi Manap yang menunggang motosikal berkuasa tinggi dalam perjalanan dari Durian Tunggal menghala ke Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka Batu Berendam.
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 14 Mac 2025
Bagaimana prestasi pembukaan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini? Ikuti perkongsian lanjut di Niaga AWANI.

Ismail Sabri tiba di ibu pejabat SPRM untuk beri keterangan hari kedua
Semalam, SPRM ambil masa lima jam rekod keterangan Ahli Parlimen Bera itu berhubung kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan beliau.

Touch n Go eWallet perkenal Parkir LPR, bayar parkir automatik melalui pengecaman nombor plat
Ia memudahkan pengguna untuk memasuki kawasan parkir kenderaan dan keluar dengan mudah, tanpa perlu menyentuh kad pada terminal.
[TERKINI] Ismail Sabri sambung beri keterangan kepada SPRM hari ini
Kita ikuti dahulu perkembangan dari Putrajaya bersama rakan setugas, Faida Rahim di mana bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini akan menyambung sesi memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai sebahagian daripada proses siasatan yang sedang berlangsung.

Kluster tarawih: Kerajaan Kedah tarik balik kebenaran jika tidak patuh SOP
Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri Datuk Najmi Ahmad berkata, kenaikan kes COVID-19 adalah disebabkan kelalaian diri sendiri yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Bazar Ramadan 'Nasi Beriani Liga Muslim' ubati rindu orang Pulau Pinang
Bazar Ramadan Liga Muslim yang terkenal dengan jolokan Bazar Nasi Beriani di Pulau Pinang kembali memeriahkan suasana Ramadan tahun ini.

Bantu petugas kesihatan dengan tidak pulang ke kampung - Muhammadiyah
Langkah itu dilihat sebagai bentuk empati dan tanggungjawab moral kepada petugas kesihatan yang sedang berjuang menghadapi pandemik COVID-19.

Kluster Jalan Canning Estate: Bazar Ramadan Stadium Perak dikawal ketat
Kawalan serta pemantauan bagi SOP di Bazar Ramadan membabitkan sebanyak 110 gerai itu, dijalankan pihak berkuasa terdiri dari Rela dan polis.

"Kita menang Thomas Cup pun sebab tolak ansur" - Cerita Lee Chong Wei sentuh hati rakyat Malaysia
Anak Lee Chong Wei mengadu bagaimana dua rakannya yang berbangsa Melayu enggan menjamah makanan yang dibawanya.

Air rendaman kurma, amalkan minuman sunnah ini setiap hari, tapi elak simpan lama
Air rendaman kurma atau juga dikenali sebagai air nabeez. Inilah minuman sunnah yang ramai tidak tahu banyak khasiat sebenarnya.

Ikan masin penambat selera bersahur
Makanan kering dan masin menjadi pilihan untuk juadah bersahur bagi sebilangan besar daripada kita.

Persiapan Ramadan di Mesir meriah
Sambutan awal Ramadan tahun ini dijangka sederhana susulan ancaman COVID-19.

Menjelang Ramadan: Ini antara fokus tumpuan di Twitter
Pandemik COVID-19 telah memberi kesan kepada tradisi dan amalan seperti majlis sambutan Ramadan, balik kampung, hiburan dan duit raya.

Teruja sambut 1 Ramadan, larangan rentas negeri pula jadi hambatan
Cabaran yang ditempuhi warga dunia tahun lalu hingga hari ini cukup luar biasa, lantaran pandemik COVID-19 masih belum reda sepenuhnya.