Seorang penjawat awam wanita dan teman lelakinya ditahan pada Jumaat kerana disyaki mempunyai kaitan dengan kematian seorang bayi perempuan di sebuah pangsapuri di Putra Perdana di sini, pada Khamis.
Bayi berusia setahun tujuh bulan itu meninggal dunia dipercayai akibat dihempas ke lantai.
Bayi berkenaan pada mulanya telah dihantar ke sebuah klinik swasta, di Putra Perdana pada kira-kira 12 tengah hari Khamis oleh teman lelaki ibunya selepas didakwa tidak sedarkan diri akibat terjatuh di dalam rumah.
Mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia pada pukul 2 petang.
Bagaimanapun, hasil bedah siasat di Hospital Serdang pagi Jumaat mendapati punca utama kematian adalah akibat pendarahan di kepala dan pendarahan pada bahagian perut akibat hentakan objek tumpul.
Susulan itu, polis menahan lelaki yang berusia 22 tahun itu serta menahan ibu kandung bayi itu yang dipercayai dalam perjalanan pulang ke kampungnya di Alor Setar, Kedah untuk urusan pengebumian.
Siasatan awal polis mendapati semasa kejadian mangsa yang merupakan anak bongsu daripada tiga beradik sedang menangis untuk mengikut ibunya keluar pergi kerja namun salah seorang daripada suspek berang lalu mendukung dan menghempas bayi itu ke lantai.
Wanita itu dikatakan mengalami masalah rumahtangga dan tidak berhubung dengan suaminya sejak awal 2016 dan mengambil keputusan keluar dari rumah bapa mertuanya di Sungai Buloh untuk tinggal menyewa di Putra Perdana.
Ketua Polis Daerah Sepang ACP Abdul Aziz Ali ketika dihubungi pada Jumaat mengesahkan kejadian itu.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Bernama
Fri Apr 01 2016

Seorang penjawat awam wanita dan teman lelakinya ditahan pada Jumaat. - Gambar hiasan

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 14 Mac 2025.
AWANI Tonight 14 March 2025
AWANITonight with @_farhanasheikh
1. Ismail Sabri records 6-hour statement, to return to MACC tomorrow
2. Putin: Russia open to Ukraine ceasefire, but tweaks needed
1. Ismail Sabri records 6-hour statement, to return to MACC tomorrow
2. Putin: Russia open to Ukraine ceasefire, but tweaks needed

SPRM buka dua kertas siasatan terhadap Sapura Energy
SPRM membuka dua kertas siasatan selepas menerima maklumat berhubung pembayaran rasuah dan penyelewengan melibatkan syarikat penyedia penyelesaian minyak dan gas, Sapura Energy Berhad.

Polis tahan empat lelaki, rampas 855 bungkus air ketum di Machang
Polis menahan empat lelaki dan merampas 855 bungkus air ketum serta peralatan lain yang keseluruhan bernilai RM26,640 dalam serbuan di sebuah kandang lembu di Kampung Pangkal Mempelam, Machang.

Perancangan penyaluran air Sungai Perak ke Bukit Merah pada peringkat akhir - PM Anwar
Perancangan projek penyaluran air mentah dari Sungai Perak ke Empangan Bukit Merah yang membekal air terawat ke Pulau Pinang kini berada pada peringkat akhir.

Tesla beri amaran tarif Trump boleh jejaskan perniagaan, tingkatkan kos
Tesla, memberi amaran bahawa perang perdagangan yang dicetuskan Presiden Donald Trump boleh mendedahkannya kepada tarif timbal balas serta meningkatkan kos pengeluaran kenderaan di AS.

Program Gema Ramadan: Bernas sumbang keperluan asas kepada golongan miskin bandar
Bernas menyantuni dan menyumbangkan barangan keperluan asas kepada golongan miskin bandar menerusi Program Gema Ramadan dalam usaha mencetus impak sosial yang lebih menyeluruh.
It's About YOUth: From anxiety to action: Youth’s role in saving the planet
As the planet heats up, youth will inherit a world of extreme weather, biodiversity loss, and an uncertain future. WWF-Malaysia’s Dr Jason Hon and YUFE’s Chok Jia Xuan discuss engaging the younger generation to transform climate anxiety into action for the planet.

KPDN Perak rampas 16,380 liter diesel disimpan melebihi had
KPDN Perak merampas 16,380 liter minyak diesel untuk pengoperasian jentera berat bagi mengorek pasir kerana disimpan melebihi had di Pantai Remis awal pagi semalam.

Kes bunuh kolej vokasional: Tertuduh libas wayar pengecas telefon ke arah mangsa
Ijat hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa dia melibas wayar pengecas telefon ke arah mangsa ketika berada di bilik asrama 7 Resak.

Bayi maut dipercayai akibat dihempas ke lantai pangsapuri di Putra Perdana
Hasil bedah siasat di Hospital Serdang pagi Jumaat mendapati punca utama kematian adalah akibat pendarahan di kepala.