GERIK: Sepasang bayi kembar selamat dilahirkan dalam sebuah bot ambulans ketika melalui Tasik Banding untuk ke hospital di Gerik pada Sabtu lepas.
Kelahiran dua bayi berkenaan disambut oleh pegawai perubatan, jururawat masyarakat dan penolong perawatan kesihatan Klinik Pos Kemar.
Menurut Jabatan Kesihatan Perak dalam laman Facebook rasmi pada Selasa, kejadian itu berlaku sewaktu usaha membawa seorang wanita Orang Asli dengan usia kandungan 35 minggu ke Hospital Gerik.
Wanita berusia 31 tahun itu mengalami sakit hendak bersalin ketika pemeriksaan dilakukan oleh jururawat masyarakat yang membuat lawatan ke rumahnya.
"Dengan tindakan pantas anggota kesihatan, ibu tersebut selamat melahirkan bayi kembar dengan berat 2.4 dan 1.3 kilogram.
"Kesemua mereka dirujuk ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh bagi menjalani rawatan susulan," kata kenyataan itu tanpa menyebut menyatakan jantina bayi kembar berkenaan.
Proses kelahiran itu dianggap satu detik bersejarah buat anggota kesihatan terlibat kerana dilakukan dalam keadaan bot yang sedang bergerak tanpa peralatan lengkap.
Untuk rekod, Pos Kemar merupakan sebuah penempatan Orang Asli di kawasan Gerik dan penduduk menggunakan bot sebagai pengangkutan utama untuk keluar masuk.
Perjalanan dari perkampungan itu untuk ke Hospital Gerik mengambil masa hampir dua jam menggunakan laluan air dan darat.
Abd Razak Mohd Ali
Tue Jan 18 2022

Sepasang bayi kembar Orang Asli yang disambut kelahiran mereka oleh pegawai perubatan, jururawat masyarakat dan penolong perawatan kesihatan Klinik Pos Kemar pada Sabtu lalu. - Gambar ihsan Jabatan Kesihatan Negeri Perak

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Lahir empat hari lepas, bayi kembar maut angkara serangan rejim Zionis
Kementerian Kesihatan Palestin berkata, sejumlah 115 bayi telah dilahirkan dan kemudian dibunuh semasa perang.

Bayi kembar Orang Asli lahir dalam bot di Tasik Banding
Proses kelahiran itu dianggap detik bersejarah kerana dilakukan dalam keadaan bot yang sedang bergerak tanpa peralatan lengkap.

Wanita 25 tahun lahirkan bayi kembar sembilan di Maghribi
Menurut jurucakap kerajaan Mali, kesemua sembilan bayi itu dan ibunya Halima Cisse, 25, berada dalam keadaan sihat.

Ibu kepada bayi kembar berusia tujuh bulan ditahan kerana positif dadah
Ibu kepada sepasang anak kembar berusia tujuh bulan ditahan dalam serbuan dilakukan Agensi Antidadah Kebangsaan di Sungai Petani semalam.

Bayi kembar lahir ketika perintah berkurung diberi nama 'Corona' dan 'Covid'
PASANGAN suami isteri dari Raipur, India menamakan bayi kembar mereka dengan gelaran Corona dan Covid, sebagai simbolik kemenangan menghadapi kesukaran.

Dugaan 2 Ramadan, Aliff Syukri mohon doakan kandungan kembar isteri selamat
Semoga semuanya baik-baik sahaja ya Datuk & Datin Seri.

Mangsa kemalangan selamat lahirkan anak kembar
Wanita tersebut dilaporkan dalam keadaan stabil manakala bayi kembarnya dimasukkan ke unit rapi neo-natal.

Cristiano Ronaldo timang bayi kembar
Bagaimanapun di laman sosial, Cristiano Ronaldo belum memuat naik sebarang status berkaitan kelahiran bayi kembar tersebut.

Gelagat ibu bapa jaga bayi kembar tiga, seorang kanak-kanak curi perhatian internet
Siapakah yang lebih pantas menukarkan pakaian tidur anak kembar tiga dan seorang kanak-kanak perempuan? Ibu atau bapa? Tonton video ini.