Seramai 37 orang disahkan maut manakala 16 cedera dalam kemalangan bas persiaran yang terhumban ke dalam gaung di KM3, Jalan Genting Highlands menghala Kuala Lumpur kira-kira jam 3 petang tadi.
Daripada angka tersebut, 24 dipercayai lelaki dan 13 lagi perempuan.
Jumlah penumpang bas yang mula-mula dijangka hanya 49 orang juga, kini meningkat kepada 53 apabila polis menemui 4 lagi mayat.
Kerja-kerja oleh anggota bomba dan penyelamat telah dijalankan untuk mengeluarkan mangsa, dan kini kerja-kerja mencari telah pun tamat.
Seramai 450 anggota bomba, polis dan Jabatan Pertahanan Awam terlibat dalam operasi menyelamat bagi nahas tersebut.
Menurut sumber, bas itu terhumban ke dalam gaung sedalam 60 meter.
Difahamkan, seorang wanita menjadi mangsa pertama dikeluarkan dari lokasi kemalangan kira-kira pukul 3.30 petang.
Sebanyak 30 ambulan difahamkan ditugaskan untuk membawa mangsa ke hospital berhampiran.
Difahamkan keluarga mangsa terlibat menunggu di Hospital Selayang dan Hospital Besar Kuala Lumpur.
Mangsa difahamkan sudah mula dihantar ke Jabatan Kecemasan Hospital Kuala Lumpur namun sumber enggan mengulas lanjut.
Kemalangan dipercayai berpunca daripada kegagalan pemandu bas untuk mengawal bas berkenaan sehingga merempuh penghadang jalan sebelum terjunam ke dalam gaung.
Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah merupakan antara kenamaan yang terawal tiba memantau operasi menyelamat.
Astro Awani
Wed Aug 21 2013


Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Bas persiaran rempuh treler di Sungai Bakap, 26 cedera termasuk pemandu
Kejadian berlaku kira-kira jam 4.16 pagi sewaktu bas yang membawa rombongan dari Seremban sedang dalam perjalanan menuju ke Sungai Petani.

MOTAC akan bincang langkah keselamatan bas persiaran bersama MOT - Tiong
Tiong berkata, beberapa kemalangan jalan raya melibatkan bas persiaran memberi kesan negatif kepada sektor pelancongan.

43 terselamat, bas persiaran rempuh belakang treler
Bas persiaran tersebut membawa anggota rombongan seramai 41 orang dari Melaka ke Kedah.

Pemandu bas persiaran ditahan positif ganja
Seorang pemandu bas persiaran ditahan kerana positif ganja dalam Operasi Khas Bersepadu Kenderaan Pelancongan dan Perkhidmatan Awam 2024 di Plaza Tol Hutan Kampung di sini pada Sabtu.

Tiga bulan bawa bas tanpa lesen
Sebanyak 16 kenderaan perkhidmatan awam telah ditahan untuk pemeriksaan antaranya melibatkan enam bas persiaran, enam bas ekspres, tiga bas kilang dan sebuah bas sekolah.

Dua warga China maut, 19 selamat bas persiaran terbalik di Genting Highlands
Dua lelaki itu maut akibat mengalami kecederaan di kepala, mayat dihantar ke Hospital Bentong, Pahang.

Subsidi diesel: MATTA cadang kuota 3,000 liter sebulan setiap bas, van pelancongan
MATTA mencadangkan peruntukan 3,000 liter kuota sebulan bagi setiap unit subsidi diesel kenderaan kepada pemain industri pelancongan.

Lima cedera bas persiaran terbabas di Jalan Duta
Siasatan awal mendapati, bas berkenaan telah hilang kawalan lalu terbabas sendiri ke bahu kanan jalan.

MITA rayu subsidi diesel diberi kepada pengusaha bas persiaran
Kenaikan harga diesel menyebabkan kos operasi meningkat secara mendadak sekali gus membebankan pengusaha dan memberi impak kepada tempahan awal pelancong.

Nahas bas Jalan Kuantan-Segamat: Lapan mangsa masih dirawat di hospital
Lima mangsa sedang menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan, Hospital Segamat (dua), dan satu di pusat perubatan swasta di Melaka.