Anggota Parlimen Selangau, Baru Bian terkejut dan kecewa selepas diberitahu Pejabat Kesihatan Lawas telah dikunci dengan rantai oleh tuan tanah kerana mempunyai tunggakan bayaran sewa selama 30 bulan.
Baru, yang juga anggota Dewan Undangan Negeri Sarawak kawasan Ba'kelalan berkata, ia memberi gambaran seolah-olah ada sesuatu yang disembunyikan dalam urusan membabitkan sewa premis sementara Hospital Daerah Lawas itu.
Beliau berkata tunggakan sewa 30 bulan adalah terlalu lama dan beliau hairan bagaimana tuan tanah boleh bersabar begitu lama.
"Alasan pegawai Pejabat Kesihatan Daerah Lawas kononnya ia berpunca daripada 'kesilapan dalam dokumen perjanjian' tidak boleh diterima akal kerana kalaupun ada kesilapan, ia tidak sepatutnya dibiar berlanjutan hampir tiga tahun," kata Baru yang juga Pengerusi PKR Sarawak.
Baru bagaimanapun berkata beliau gembira apabila Pengarah Kesihatan Sarawak Dr Jamilah Hashim mengambil tindakan segera memberi penjelasan berhubung masalah bayaran sewa tertunggak itu.
Menurut Baru, pelbagai masalah telah melanda projek pembinaan hospital baharu di Lawas itu yang diumumkan pada 2011 dengan peruntukan RM121 juta. Pembinaannya yang sepatutnya siap dalam tempoh tiga tahun kini tertangguh.
Ramai berpendapat kelemahan dalam pengurusan sumber kewangan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) terdahulu adalah antara punca masalah itu.
"Kita pernah dengar ada hospital kerajaan tidak mampu membeli ubat-ubatan kerana tidak mempunyai dana yang cukup, justeru, kita tidak terperanjat sekiranya hospital tidak mempunyai wang untuk membayar sewa,
"Saya diberitahu dalam DUN (Dewan Undangan Negeri) pada 2013 bahawa sewa untuk empat lot rumah kedai bagi penempatan sementara hospital tersebut ialah sebanyak RM23,000 sebulan.
Katanya adalah lebih baik jika pegawai kesihatan di situ dapat memberi jaminan kepada masyarakat bahawa hospital itu tidak mempunyai bayaran sewa tertunggak dan pembayaran sewa sentiasa dilunasi.
"Selama ini, penduduk dinafikan kemudahan kesihatan yang baik kerana mereka tiada pilihan lain kerana hospital lain yang paling hampir ialah di Miri dan Kota Kinabalu yang juga sangat jauh," kata beliau.
"Oleh itu, tindakan kerajaan terdahulu adalah sangat tidak bertanggungjawab kerana membiarkan masalah penduduk itu berlarutan terlalu lama," tambah beliau.
Justeru, kerajaan baharu memikul tugas besar untuk menyelesaikan segala masalah yang telah ditinggalkan oleh kerajaan terdahulu itu.
Baru berkata beliau akan berusaha keras membawa perkara itu ke pengetahuan Menteri Kesihatan selepas mendapat butiran dan penjelasan lanjut mengenai masalah itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 05 2018

Baru berkata, kerajaan baharu memikul tugas besar untuk menyelesaikan segala masalah yang telah ditinggalkan oleh kerajaan terdahulu. - Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Warisan nafi wujud persefahaman bahagi kerusi dengan BN - Darell Leiking
Datuk Darell Leiking berkata dakwaan sebuah portal berita mengenai persefahaman antara Warisan dan BN Sabah itu hanyalah andaian dan spekulasi semata-mata.

Azalina kekal pendirian, gag order terhadap Titah Adendum tidak sepatutnya dimohon
Azalina menjelaskan kenyataan Ahmad Zahid merujuk kepada pendirian Ahli Parlimen blok BN berhubung isu gag order, selaras dengan Peraturan Mesyuarat 36(2).

Cadangan keluarkan MCA seperti 'bermimpi di siang hari' - Ahmad Zahid
Pengerusi BNDatuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menegaskan gabungan itu tidak pernah membincangkan untuk mengeluarkan MCA sebaliknya komited untuk mengekalkan semangat jitu setiap parti komponen.

Ahmad Zahid yakin BN akan terus utuh dan relevan
Pengerusi BN percaya perkara itu mampu dicapai dengan kesepakatan dan semangat perjuangan yang tidak pernah luntur gabungan berkenaan.

'Tak mustahil BN singkir MCA berlaku' - Penganalisis
Menurut Ariff Aizuddin, situasi sedemikian mampu menjarakkan lagi BN dengan penyokong bukan Melayu terutamanya pengundi Cina.

BN mahu beri sumbangan dominan pada PRU16 - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) mahu menjadi parti yang dapat memberikan sumbangan besar dan dominan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Pemimpin sayap UMNO, BN harus diberi lebih ruang menjadi calon - Ahmad Zahid
Pemimpin sayap UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus diberi peluang lebih luas untuk menjadi calon mewakili parti pada pilihan raya akan datang.

BN mahu tampil dengan dasar progresif bina masa depan negara - Pengerusi BN
Ahmad Zahid berkata dasar-dasar progresif tersebut akan menjadi keutamaan BN memandangkan isu-isu berkenaan amat dekat dengan generasi baharu.

50 tahun BN: Penjenamaan bina semula identiti parti - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) akan melakukan penjenamaan semula sebagai satu daripada tiga kerangka Moving Forward dalam menyusun semula kekuatan parti dan mengukuhkan kembali sokongan rakyat.

Era baharu BN tidak boleh bergantung kepada Ahmad Zahid sahaja - Dr Akmal
Era baharu Barisan Nasional (BN) tidak boleh bergantung kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semata-mata sebaliknya perlu dimulakan oleh generasi muda yang memimpin gabungan berkenaan.