GUA MUSANG: Mungkin ada yang tidak tahu terdapat 137 bahasa pertuturan di negara ini, dengan 80 peratus adalah bahasa etnik termasuk peribumi di Sabah dan Sarawak serta Orang Asli di Semenanjung.
Namun, ada antara bahasa itu sedang berdepan ancaman kepupusan, khususnya yang dituturkan oleh subetnik minoriti seperti Mendriq, yang sebelum ini dilaporkan mungkin lenyap dalam tempoh 20 tahun lagi jika tidak ada usaha serius diambil bagi memelihara khazanah warisan negara tersebut.
Antara puncanya ialah bilangan penutur, iaitu suku kaum Mendriq sendiri, semakin mengecil dengan sekitar 600 orang yang ditemukan hanya di tiga lokasi di Kelantan - Kampung Lah di Gua Musang serta Kampung Pasir Linggi dan Kampung Sungai Tako di Kuala Krai.
Suku Mendriq merupakan subetnik minoriti Orang Asli Negrito, iaitu satu daripada tiga kumpulan Orang Asli di Semenanjung. Dua lagi ialah Senoi dan Melayu-Proto.
Tambah meresahkan, kajian mendapati rata-rata generasi muda suku kaum tersebut lebih gemar berinteraksi menggunakan bahasa Melayu dialek Kelantan dalam percakapan seharian, sekali gus melemahkan penguasaan bahasa nenek moyang mereka itu.
Menurut pensyarah di Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Madya Dr Fazal Mohamed Mohamed Sultan, keadaan itu berlaku disebabkan oleh pertembungan sosial antara kaum Mendriq dengan masyarakat Melayu, di samping kedudukan kaum Mendriq sendiri sebagai etnik minoriti di negara ini.
Akan tetapi, katanya, elemen bahasa seperti aspek morfologi bahasa Mendriq masih dapat dikesan dalam pertuturan golongan itu.
Usaha memelihara bahasa Mendriq sudahpun dimulakan oleh sebuah platform perkongsian pengetahuan dalam talian, iaitu Wikimedia Malaysia menerusi Wikikamus, susulan laporan Bernama tentang ancaman bahasa yang dihadapi oleh suku kaum itu pada Jun lepas.
Akan tetapi, pakar melihat perlu ada usaha yang lebih terjamin bagi memastikan bahasa itu dan juga dialek minoriti lain tidak lenyap buat selama-lamanya.
PENDIGITALAN
Pensyarah kanan di Jabatan Linguistik Melayu, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Prof Madya Dr Salinah Jaafar berpendapat, antara usaha yang boleh dilaksanakan bagi menjaga dan melestari bahasa ialah dengan mendokumentasikan bahasa itu ke dalam bentuk digital yang boleh diakses oleh pengkaji, pengguna dan peminat bahasa.
"Selain itu, perlu ada usaha menyemarakkan semula bahasa kaum minoriti ini melalui aktiviti kebudayaan dan kesenian supaya semua masyarakat dari dalam dan luar negara sedar akan kewujudan bahasa minoriti tersebut.
"Bahasa etnik minoriti adalah warisan khazanah bahasa dan bangsa yang perlu dipelihara dan direkod untuk dijadikan rujukan dan panduan generasi akan datang," katanya.
Beliau berkata berdasarkan kajian oleh ahli akademik di jabatannya pada 2014 bertajuk "Bahasa Orang Asli Melayu Proto: Bahasa atau Dialek Melayu?", sebilangan besar dialek dan bahasa kaum minoriti yang digunakan di rantau ini berasal daripada rumpun bahasa sama, iaitu Austronesia yang saling berkognat dan memperlihatkan persamaan ciri sosial dan budaya.
"Oleh sebab itu, kita amat menggalakkan lebih ramai penyelidik dan sarjana bahasa mendekati dan membuat penyelidikan tentang gaya hidup bahasa minoriti ini supaya bahasa mereka dapat dilestarikan dan tidak pupus," katanya.
USAHA MEMPERKASA
Sementara itu, usaha memperkasa bahasa Mendriq yang dilaksanakan oleh Wikimedia Malaysia bukan setakat merekodkan bahasa tersebut ke dalam Wikikamus, tetapi turut mengangkatnya ke pengetahuan antarabangsa pada Persidangan Wikimania 2023 yang berlangsung di Singapura pada Ogos lepas.
Presiden Kumpulan Komuniti Pengguna Wikimedia Malaysia, Dody Ismoyo berkata, penglibatan mereka dalam persidangan ke-18 itu bertujuan memelihara keunikan bahasa setiap etnik minoriti di Malaysia, khususnya bahasa Mendriq.
"Pada persidangan itu, wakil kami Ahmad Wafiq Aqil Kamarul membentangkan cabaran dan usaha-usaha yang dilakukan Wikimedia Malaysia untuk memartabatkan bahasa Mendriq agar tidak pupus ditelan zaman," katanya, menambah usaha mereka menyediakan Wikikamus bahasa Mendriq mendapat perhargaaan peserta persidangan.
Antaranya ialah wakil Indonesia, Ilham Mufti Laksono, yang berkata pendekatan Wikimedia Malaysia menyediakan platform dalam talian bagi membolehkan komuniti Mendriq merekodkan sendiri bahasa mereka perlu dipastikan berterusan.
"Sangat bagus dan saya sokong pendekatan yang dilakukan Wikimedia Malaysia kerana kami (perwakilan) dari negara lain juga boleh mengetahui bahasa-bahasa yang terdapat di Malaysia selain bahasa Melayu," katanya.
Beliau juga berharap usaha memelihara itu tidak terhenti hanya pada bahasa Mendriq, tetapi turut melibatkan budaya dan adat resam kaum berkenaan.
Pengasas Wikimedia, Jimmy Wales pula berharap Wikimedia Malaysia dan seluruh masyarakat Malaysia bersama-sama membantu menyelamatkan bahasa Mendriq.
Lebih 3,000 perwakilan dari 138 negara menyertai edisi ke-18 Wikimania yang dianjurkan oleh sukarelawan dari Singapura, Asia Tenggara dan rantau Pasifik dengan sokongan Yayasan Wikimedia.
BERTERUSAN
Hakikatnya, sekitar 6,000 bahasa dunia dilaporkan bakal pupus dalam tempoh 100 tahun lagi.
Sehubungan itu, Wikimedia Malaysia merancang lebih banyak program yang memberi penekanan terhadap bahasa minoriti di negara ini, kata ahli Jawatankuasa Jangkauan Kumpulan Komuniti Pengguna Wikimedia Malaysia Ahmad Wafiq Aqil Kamarul.
Antaranya ialah Persidangan East, Southeast Asia and the Pacific (ESEAP) 2024 di Kota Kinabalu, Sabah yang dijadualkan dari 10 hingga 12 Mei tahun depan.
"Selain mengadakan program bersama Orang Asli Mendriq di Kuala Lah Gua Musang, Kelantan, kami turut bekerjasama dengan Borneo Institute for Indigenous Studies dan Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) di Universiti Malaysia Sabah untuk memuat naik 2,860 perkataan daripada 25 bahasa etnik Sabah.
"Kami juga mengadakan pertemuan dengan Unit Bahasa Etnik, Kementerian Pendidikan di Putrajaya bagi membincangkan isu keperluan melestarikan bahasa-bahasa etnik, selain mencadangkan penggunaan platform Wikikamus dalam silibus murid-murid," katanya. - BERNAMA / Mohd Noor Iqram Ramli
Bernama
Wed Dec 27 2023
Sebahagian penduduk Orang Asli suku kaum Mendriq bersama Sukarelawan Wikipedia Malaysia yang terlibat pada program Wikikata Bahasa Mendriq ketika ditemui di Kampung Lah baru-baru ini. - Bernama
Kes demam denggi menurun pada ME 44, satu kematian dilaporkan
Kes demam denggi dilaporkan menurun kepada 1,346 kes pada Minggu Epidemiologi (ME) 44 bagi tempoh 27 Okt hingga 2 Nov lepas berbanding 1,521 kes pada minggu sebelumnya.
AWANI Ringkas: Wanita dikhuatiri lemas, motosikal ditemukan di tebing sungai
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Tonight: 8th Nov 2024
#AWANITonight 8 Nov 2024 with Saraya Mia
- U Mobile's selection for second network final - Fahmi Fadzil
- Govt has backup plan if Malbatt has to withdraw from Lebanon
#AWANIEnglish #AWANINews
- U Mobile's selection for second network final - Fahmi Fadzil
- Govt has backup plan if Malbatt has to withdraw from Lebanon
#AWANIEnglish #AWANINews
Bedah siasat mayat dua beranak mangsa tikam selesai, dikebumi malam ini
Jenazah dua beranak yang maut akibat ditikam dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Bandar Baru Farlim, Air Itam, semalam, dituntut ahli keluarga mereka malam ini untuk dikebumikan.
AWANI Tonight: Artwork from AI robot 'Ai-Da' sells for $1.3mln at Sotheby's
A painting by a humanoid robot artist called 'Ai-Da' has made history by selling for $1.32 million USD at Sotheby's, the first time a humanoid robot has had its work sold by a major auction house.
AWANI Tonight: How will digital tech enhance food security?
Anujar Kar at the World Bank highlights the strategies and investments to enhance productivity and resilience in Malaysia’s agrofood sector, in the face of geopolitical tensions and climate change.
AWANI 7:45 [7/11/2024] – Pertukaran trup MALBATT diteruskan | Apa seterusnya kes FashionValet? | Waspada hujan lebat, banjir | Ina Naim selamat diijabkabulkan
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Luqman Hariz
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Tidak gentar Zionis, Angkatan Tentera Malaysia teruskan pertukaran trup Malbatt
📌 Pembantaian di Gaza terus jadi tumpuan persidangan dunia, tapi apa tindakan?
- Lebih lima jam Vivy dan suami disiasat SPRM hari ini, apa pula menanti?
- Kemuncak Monsun Timur Laut hujung bulan ini, taburan hujan lebih tinggi
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Tidak gentar Zionis, Angkatan Tentera Malaysia teruskan pertukaran trup Malbatt
📌 Pembantaian di Gaza terus jadi tumpuan persidangan dunia, tapi apa tindakan?
- Lebih lima jam Vivy dan suami disiasat SPRM hari ini, apa pula menanti?
- Kemuncak Monsun Timur Laut hujung bulan ini, taburan hujan lebih tinggi
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Upah RM5,000 hantar dadah hampir RM2 juta dari Semenanjung ke Miri
Dua suspek itu ditangkap dalam operasi oleh sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak.
Projek Jambatan Batang Rajang, Jalan Pasi-Sibu/Tanjung Manis dijangka siap Mac 2025
Projek Jambatan Batang Rajang, dan Jalan Pasi-Sibu/Tanjung Manis sepanjang 17 kilometer (km) dijangka siap menjelang Mac 2025.
124 hospital termasuk 51 hospital kerajaan berjaya peroleh akreditasi MSQH
Sebanyak 124 hospital termasuk 51 hospital kerajaan di seluruh negara berjaya diakreditasi dan memenuhi piawaian penilaian ditetapkan oleh MSQH hingga 31 Okt tahun ini.
Banyakkan lagi usaha pelihara bahasa Mendriq, minoriti lain - Pakar
Suku Mendriq merupakan subetnik minoriti Orang Asli Negrito, iaitu satu daripada tiga kumpulan Orang Asli di Semenanjung. Dua lagi ialah Senoi dan Melayu-Proto.
Pelihara bahasa etnik sebagai ejen kukuh perpaduan masyarakat - Aaron
Bahasa etnik merupakan khazanah warisan negara yang harus dipelihara supaya tidak luput dan dapat diwarisi oleh generasi akan datang, kata Menteri Perpaduan Negara.