GEORGE TOWN: Bantuan sekali bayar RM600 bagi pembelian tiket penerbangan kepada pelajar dari Sabah akan disalurkan terus ke dalam akaun bank pelajar dalam masa terdekat, kata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.
Beliau berkata ia berikutan kerajaan negeri mempunyai data semua pelajar yang layak mendapat bantuan berkenaan.
Hajiji juga berharap inisiatif yang melibatkan peruntukan RM10 juta itu dapat meringankan beban pelajar yang kurang berkemampuan untuk membeli tiket penerbangan khususnya ketika kecemasan dan perayaan.
"Memandangkan harga tiket yang agak mahal dan bagi sesetengah pelajar yang tidak berkemampuan ia satu beban, kerajaan negeri akan membantu mereka," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa Mahasiswa Mahasiswi Institut Pengajian Tinggi (IPT) di Semenanjung Malaysia di Pusat Konvensyen Setia SPICE, Bayan Lepas di sini Isnin malam, yang turut dihadiri kira-kira1,400 pelajar Sabah yang menuntut di IPT di Semenanjung.
Terdahulu, Hajiji mengumumkan kerajaan Sabah akan memberikan subsidi sekali bayar RM600 bagi pembelian tiket penerbangan kepada pelajar dari Sabah yang belajar di IPT di Semenanjung, Sarawak dan Labuan.
Sementara itu, Hajiji yang juga Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah memaklumkan Kumpulan Yayasan Sabah memperuntukkan RM67.4 juta tahun ini bagi membolehkan lebih ramai anak negeri itu melanjutkan pengajian di dalam dan luar negara.
Beliau berkata jumlah peruntukan itu meningkat berbanding RM53.8 juta pada tahun lepas sekali gus membuktikan usaha kerajaan negeri dalam meningkatkan taraf kualiti kehidupan dan pendidikan rakyat Sabah.
"Kerajaan negeri juga menambah dana Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah daripada RM50 juta kepada RM100 juta bagi meringankan beban mahasiswa dan mahasiswi yang melanjutkan pengajian ke IPT," katanya.
Menurutnya pelbagai inisiatif bantuan turut diperkasa termasuk untuk anak-anak dalam kalangan keluarga B40 yang berjaya melanjutkan pengajian ke IPT seperti Bantuan Tunai Pendaftaran IPT (BUDI) dan Bantuan Tunai Khas Peperiksaan (BAKTI).
Beliau berkata sejumlah 124,141 pelajar Sabah yang mengikuti pelbagai disiplin ilmu telah mendapat bantuan dengan perbelanjaan sebanyak RM952.2 juta melalui Kumpulan Yayasan Sabah sejak 1967 merangkumi pemberian biasiswa, dermasiswa dan pinjaman pengajian tinggi.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 25 2024

Hajiji (empat, kanan duduk) bersama mahasiswa mahasiswi pengajian tinggi pada Majlis Berbuka Puasa bersama Mahasiswa/Mahsasiswi Institusi Pengajian Tinggi di Semenanjung Malaysia di Setia Spice Convention Centre. - Foto BERNAMA

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Bantuan tiket penerbangan disalur ke akaun pelajar dalam masa terdekat - Hajiji
Bantuan sekali bayar RM600 bagi pembelian tiket penerbangan kepada pelajar dari Sabah akan disalurkan terus ke dalam akaun bank pelajar dalam masa terdekat.