EL-ARISH : Pesawat kargo 9M-WCA yang membawa bantuan kemanusiaan awal peringkat pertama sumbangan ke Palestin menerusi Ops Ihsan, telah selamat mendarat di Lapangan Terbang Tentera El-Arish, di sini pagi ini.
Pesawat yang disewa khas Kerajaan Malaysia itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur semalam, tiba di sini kira-kira pukul 8.50 pagi (12.50 tengah hari waktu Malaysia).
Melibatkan perjalanan sejauh 7,688 kilometer yang mengambil masa 15 jam, penerbangan pesawat kargo itu terlebih dahulu mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Chennai, India dan seterusnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Sharjah (Emiriah Arab Bersatu), sebelum tiba di sini.
Bantuan berupa 20 tan barangan perubatan, barangan bayi dan makanan itu, telah diserahkan kepada wakil Persatuan Bulan Sabit Merah Mesir untuk dibawa masuk ke Gaza melalui lintasan sempadan Rafah.
Lapangan Terbang Tentera El-Arish yang terletak dalam wilayah Sinai Utara, merupakan lapangan terbang yang berhampiran dengan sempadan Rafah, iaitu kira-kira 50 kilometer dan juga merupakan salah satu pusat untuk menerima bantuan yang diselia di bawah Persatuan Bulan Sabit Merah Mesir.
Pada peringkat awal, bantuan ini dijadualkan untuk mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa El-Arish, namun disebabkan lapangan terbang itu tidak lagi beroperasi sejak tahun lepas, pasukan Ops Ihsan diarah untuk mendarat di lapangan terbang tentera.
Difahamkan sebaik bantuan ini melepasi sempadan Rafah, ia akan diserahkan kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin di sempadan Nitzana, untuk diagihkan.
Ops Ihsan merupakan inisiatif yang dilancarkan Kementerian Luar bersama 45 pertubuhan bukan kerajaan (NGO), antaranya Global Peace Mission Malaysia, Mercy Malaysia, BeVital, MyAqsa Defenders, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Aman Palestin, Persatuan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), Cinta Gaza Malaysia dan juga Malaysian Relief Agency (MRA).
Semalam pelepasan bantuan kemanusiaan Ops Ihsan telah disempurnakan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan turut dihadiri Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir serta ketua perwakilan asing.
Penerbangan penghantaran kedua sebanyak 20 tan barangan bantuan, dijadualkan pada 10 Nov.
Pertempuran terkini di Palestin yang melibatkan Hamas, pihak berkuasa di Gaza dan rejim Israel sejak 7 Okt, telah mengakibatkan kehilangan ribuan nyawa.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 04 2023

Pesawat yang disewa khas Kerajaan Malaysia itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada Jumaat. - Gambar fail/Bernama

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

UAE sediakan lebih AS$13 juta bantuan kemanusiaan kepada Palestin
Naib Presiden UAE telah mengarahkan pemberian bantuan kemanusiaan sebanyak AED50 juta (AS$13.6 juta) kepada rakyat Palestin.

Penyokong selar pengurusan Celtic, mahu terus kibar bendera Palestin
Ketegangan di antara pihak pengurusan Celtic dengan sebahagian besar penyokong mereka berkenaan konfik Israel-Palestin kian memuncak.