TAWAU: Majlis Perbandaran Tawau (MPT) sentiasa memantau kawasan yang terjejas di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di 20 lokaliti dalam daerah itu dan menyalurkan bantuan.
Presiden MPT Arnold Joibi berkata, oleh itu, tidak ada isu penduduk terjejas PKPD yang dipinggirkan daripada menerima bantuan bakul makanan.
"Sejumlah 8,572 bakul makanan telah diagihkan kepada lokaliti terjejas membabitkan sejumlah 7,372 ketua isi rumah sejak 1 April.
"Ini termasuk 540 bakul makanan yang diedarkan di lokaliti Kampung Muhibbah Raya (Jalan Morell) di mana enam individu ditahan kerana cuba mengadakan demonstrasi dengan mendakwa saudara mara mereka di sana tidak menerima bantuan itu," menurutnya dalam kenyataan pada Ahad.
Semalam, keenam-enam individu ditahan kerana mengambil bahagian dalam demonstrasi yang diadakan bagi membantah PKPD di Kampung Muhibbah Raya dengan mendakwa penduduk di kawasan itu tidak menerima pertolongan dan bantuan yang secukupnya manakala seorang lagi bertindak menyerah diri di balai polis berhampiran berhubung insiden tersebut.
Arnold berkata memandangkan PKPD dilanjutkan di Kampung Muhibbah Raya hingga 8 Mei depan, bakul makanan tambahan akan dibekalkan ke lokaliti itu bermula esok (26 April).
"Bantuan itu juga akan merangkumi Bandar Sri Indah dan Kampung Titingan, yang turut menyaksikan PKPD bagi kedua-dua lokaliti dilanjutkan hingga 9 Mei," katanya.
Beliau berkata tindakan MPT itu adalah tertakluk kepada prosedur operasi standard yang ketat kerana Tawau secara konsisten telah merekodkan jumlah tertinggi kes baharu COVID-19.
Terdahulu, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa PKPD di enam zon di Tawau berakhir pada Ahad seperti dijadualkan.
Enam zon terbabit ialah Taman Cahaya, Jalan Tengku Osman, Kuarters Bomba Tawau, Jalan Mesra, Taman Golden Hill dan Taman Sri Bukit.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 25 2021
Bantuan kit makanan asas di pusat pengumpulan Jabatan Kebajikan Masyarakat Labuan sebelum diagihkan. -BERNAMA
Lelaki maut kereta terbabas langgar pokok di Manjung
Mangsa disahkan maut di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Durian segar Malaysia di China habis dijual tidak sampai 24 jam
Tidak sampai 24 jam, hampir 40 tan durian segar pertama Malaysia ke China yang dipasarkan pada 26 Ogos lepas di outlet peruncitan terpilih di enam wilayah negara Tembok Besar itu habis terjual.
Keldai akaun ditahan sebabkan kerugian hampir RM60,000
Polis menahan lelaki berumur 58 tahun dipercayai keldai akaun kepada sindiket penipuan yang menawarkan kerja sambilan tidak wujud secara dalam talian sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM59,569 baru-baru ini.
Lebih 200 maut akibat taufan Helene di AS
Seramai 200 orang disahkan maut sehingga Jumaat selepas Taufan Helene melanda beberapa negeri di tenggara Amerika Syarikat (AS), menjadikannya ribut paling membahayakan kedua yang melanda AS dalam lebih setengah abad.
Taiwan laksana operasi pembersihan selepas taufan Krathon
Taiwan sedang giat membersihkan kerosakan akibat banjir dan angin kencang selepas Taufan Krathon melanda bandar pelabuhan utama, sementara penduduk di sebahagian besar kawasan lain di pulau itu kembali bekerja dan pasaran kewangan dibuka semula.
AS dakwa Rusia, Iran dan China guna AI sabotaj pilihan raya
Amerika Syarikat (AS) berdepan ancaman dari Rusia, Iran dan China, yang didakwa cuba mempengaruhi Pilihan Raya Presiden 2024 dengan menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk menyebarkan maklumat palsu serta mencetuskan perpecahan.
Taiwan laksana operasi pembersihan selepas taufan Krathon
Taiwan sedang giat membersihkan kerosakan akibat banjir dan angin kencang selepas Taufan Krathon melanda bandar pelabuhan utama.
Malaysia sokong Pakistan jadi rakan dialog penuh dengan ASEAN
Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Malaysia berada dalam kedudukan untuk membuka peluang kepada hasrat Pakistan dalam menjadi rakan dialog.
Deklarasai Doha seru gencatan senjata di Gaza
Deklarasi Doha, yang dikeluarkan pada Sidang Kemuncak Dialog Kerjasama Asia Ketiga dengan tumpuan pada 'Diplomasi Sukan', menekankan keperluan mendesak untuk gencatan senjata segera dan menyeluruh di Gaza.
3 hospital di Lubnan henti operasi, rosak akibat serangan Israel
Tiga hospital di Lubnan, termasuk satu di pinggir kawasan selatan Beirut mengumumkan pemberhentian operasi pada Jumaat susulan pengeboman berterusan oleh Israel.
Hiasan Bulatan Jalan Chester bangkit 'mood' Bulan Kebangsaan, Hari Malaysia di Tawau
Kerja-kerja pemasangan berkenaan disiapkan dalam tempoh tiga minggu dengan peruntukan hampir mencecah RM20,000.
Bantuan makanan: Tiada isu penduduk terjejas dipinggir - MPT
Majlis Perbandaran Tawau (MPT) sentiasa memantau kawasan yang terjejas di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di 20 lokaliti dalam daerah itu dan menyalurkan bantuan.
Vaksin COVID-19: 1,200 barisan hadapan terima suntikan pertama di Tawau
Kumpulan pertama berkenaan merupakan mereka yang banyak berurusan dengan orang ramai dalam tugasan harian dan berisiko tinggi dijangkiti wabak berkenaan.
COVID-19: Aktiviti pasar malam, tamu mingguan di Tawau tutup sementara
Semua aktiviti pasar malam, tamu mingguan, pasar borong, gerai buah-buahan segar dan gerai terbuka di sini diarah tutup sementara berkuat kuasa serta merta.
Kawasan tanah lapangan terbang lama Tawau akan dimajukan
Kerajaan Negeri Sabah komited memajukan sebidang tanah di lapangan terbang lama sebagai kawasan pembangunan bercampur.
1,000 tinggal sehelai sepinggang selepas rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
Pasukan bomba mengalami kesukaran ke lokasi kerana laluan yang sempit serta tekanan air rendah.