TAWAU: Bulatan Jalan Chester yang terletak di tengah bandar ini dihiasi Jalur Gemilang serta bendera setiap negeri, selain ditambah dekorasi berlampu bunga raya, bulan dan bintang bagi membangkitkan 'mood' sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia di daerah ini.
Presiden Dewan Perniagaan Tionghua Tawau Chia Seong Fat berkata pihaknya diberi tanggungjawab oleh Majlis Perbandaran Tawau (MPT) untuk menghiasi bulatan jalan itu dan kerja-kerja pemasangan berkenaan disiapkan dalam tempoh tiga minggu dengan peruntukan hampir mencecah RM20,000.
"Saya mewakili semua pihak terlibat termasuk Usahawan Borneo, berbesar hati untuk bersama menyemarakkan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia di Tawau," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian hiasan merdeka Bulatan Jalan Chester di sini malam tadi.
Malam tadi ribuan pengunjung membanjiri Pasar Malam Chester yang cukup terkenal di sini, yang diadakan pada setiap malam Jumaat serta Sabtu, dan majlis perasmian hiasan yang disempurnakan oleh Anggota Parlimen Tawau Lo Su Fui malam tadi, menambah lagi kemeriahan suasana.
Lo ketika ditemui selepas perasmian berkata beliau berharap penduduk Tawau dapat mengibarkan Jalur Gemilang sempena Bulan Kebangsaan ini sebagai tanda cinta kepada negara.
Bagi seorang penduduk Tanjung Batu di sini Arliza Michael, 40, beliau berharap pihak berkuasa tempatan dapat merancang lebih banyak program Bulan Kebangsaan pada masa hadapan termasuk mengadakan perarakan kemerdekaan bagi memeriahkan lagi sambutan Bulan Kebangsaan.
"Program menghiaskan Bulatan Chester ini menarik dan memeriahkan daerah Tawau, kalau tidak sambutan Bulan Kebangsaan pasti suram sahaja selepas pandemik COVID-19," katanya.
Penduduk Taman Semarak, Wirmasusanti Mahtat Hams, 36, pula berkata hiasan di Bulatan Jalan Chester itu akan dapat membantu meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai sambutan Bulan Kebangsaan dan kempen kibar Jalur Gemilang.
"Saya juga sudah pasang Jalur Gemilang di rumah, menyemai semangat patriotik ini perlu dimulakan dari rumah kerana ada anak-anak yang boleh kita tunjuk ajar," katanya.
Sementara itu Presiden MPT Joseph Pang ketika ditemui di majlis perasmian itu berkata pihaknya mengeluarkan pekeliling kepada premis kedai dan pejabat serta menguar-uarkan kepada penduduk agar mengibarkan Jalur Gemilang bermula 1 Ogos lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 19 2023

Majlis perasmian hiasan merdeka Bulatan Jalan Chester diadakan di Tawau malam tadi, disempurnakan Ahli Parlimen Tawau Lo Su Fui. - Foto BERNAMA

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Hiasan Bulatan Jalan Chester bangkit 'mood' Bulan Kebangsaan, Hari Malaysia di Tawau
Kerja-kerja pemasangan berkenaan disiapkan dalam tempoh tiga minggu dengan peruntukan hampir mencecah RM20,000.