SHAH ALAM : Kerajaan bakal memperluaskan bantuan e-dompet sebanyak RM200 kepada seluruh pelajar universiti di negara ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian ketika mengulas soalan mahasiswa berhubung inisiatif berkenaan yang dilihat tidak diterima secara menyeluruh oleh penuntut universiti.
Bantuan itu buat masa ini hanya dinikmati pelajar berusia 18 hingga 20 tahun.
"Saya akan putuskan supaya e-wallet itu boleh dimanfaatkan kepada semua mahasiswa," katanya pada program Sesi Dialog Bersama Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini pada Jumaat.
Dalam pada itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan turut memberi jaminan kerajaan akan menumpukan soal capaian internet yang memerlukan tindakan segera.
Ujarnya, kerajaan terlebih dahulu perlu memastikan tiada kawasan yang terkecuali daripada rangkaian 5G yang meluas.
"Sebab itu arahan kita kepada Kementerian Komunikasi supaya syarat pertama perlu pastikan rangkaian internet diperluas di seluruh negara.
"Untuk universiti, kita akan adakan beberapa perancangan segera supaya akses internet diperoleh di seluruh kampus," katanya lagi.
Selain itu, kerajaan juga menyedari berhubung keluhan mahasiswa mengenai kos tiket penerbangan membabitkan Sabah dan Sarawak yang agak mahal sewaktu musim percutian.
Menurut Anwar, kerajaan berkemungkinan akan mempertimbang untuk memberikan subsidi tiket penerbangan, bagaimanapun ia perlu menerusi perbincangan bersama beberapa pihak terlibat.
"Baru-baru ini Menteri Pengangkutan ada sebut mengenai tambahan dan pengurangan (harga tiket) semasa cuti tapi kerajaan perlu bagi subsidi kepada pelajar dan ada logiknya.
"Kita perlu berunding dengan syarikat penerbangan, mungkin setahun sekali kita boleh bagi... saya akan bincang terlebih dahulu.
"Ini satu masalah yang saya terima membabitkan keluarga dari Sabah dan Sarawak... bukan semua dari keluarga yang senang," katanya lagi. ," katanya.
Sebelum ini wujud keluhan dalam kalangan pelajar universiti yang mengalami kesukaran untuk pulang bercuti berikutan kos tiket penerbangan yang agak mahal terutamanya ketika musim perayaan.
Hilmi Malik
Fri Apr 07 2023
Anwar yang juga Menteri Kewangan turut memberi jaminan kerajaan akan menumpukan soal capaian internet yang memerlukan tindakan segera. - Gambar fail
#AWANIByte: MCMC - Keselamatan Pengguna Terjamin
MCMC membahas isu penting mengenai Keselamatan dan Perlindungan Pengguna dalam dunia digital yang semakin kompleks. Seiring dengan perkembangan teknologi, risiko yang dihadapi oleh pengguna juga meningkat. Mari kita telusuri langkah-langkah yang dapat diambil untuk memastikan data disimpan dengan selamat dan privasi individu ketika berada dalam talian.
Kenderaan kecemasan di Gaza terpaksa henti operasi akibat kekurangan bahan api
Pertahanan Awam Gaza pada Selasa memaklumkan bahawa kebanyakan kenderaan kecemasannya terpaksa menghentikan operasi kerana kekurangan bahan api, menimbulkan kebimbangan mengenai situasi kemanusiaan ya
Tun Daim dilepas, dibebaskan tuduhan gagal isytihar harta
Pihak pendakwaan tidak berniat untuk meneruskan prosiding kerana Daim telah meninggal dunia pada 13 November lalu.
[TERKINI] Perkembangan Sebutan kes Tun Daim Zainuddi
Ikuti langsung perkembangan sebutan kes Tun Daim Zainuddin yang didakwa gagal mengisytiharkan harta.
Komposer AR Rahman, isteri bercerai selepas 29 tahun berkahwin
"Tekanan emosi" disebut sebagai punca yang mendorong perpisahan itu sekalipun mereka masih menyayangi satu sama lain.
#AWANIRingkas 20 November 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 20 November 2024
1️⃣ Syarikat Brazil bakal buka pejabat di KL dan Selangor
2️⃣ Banjir di Terengganu makin buruk
3️⃣ AS$5 juta jika berjaya bawa keluar tebusan di Gaza
#awaniringkas
1️⃣ Syarikat Brazil bakal buka pejabat di KL dan Selangor
2️⃣ Banjir di Terengganu makin buruk
3️⃣ AS$5 juta jika berjaya bawa keluar tebusan di Gaza
#awaniringkas
Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki prestasi bercampur-campur di Wall Street
Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini dalam persekitaran prestasi bercampur-campur di Wall Street.
AWANI Ringkas: Syarikat Brazil bakal buka pejabat di KL dan Selangor
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
"Doakan segalanya dipermudahkan" - Diana Danielle, Farid Kamil
Diana Danielle, Farid Kamil hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pagi ini.
UEFA, FIFA kekal haramkan Rusia sertai mana-mana pertandingan bola sepak dunia
Keputusan itu juga secara automatik menjadikan Rusia tidak akan menyertai kejohanan Piala Dunia 2026.
Bantuan e-dompet mahasiswa bakal diperluas kepada semua - PM Anwar
Kerajaan bakal memperluaskan bantuan e-dompet sebanyak RM200 kepada seluruh pelajar universiti di negara ini.