Sektor perbankan negara dijangka mengalami kekangan pada tahun ini terutamanya dari segi pertumbuhan pendapatan dan pinjaman disebabkan oleh impak pandemik COVID-19 yang memberi kesan buruk terhadap ekonomi tempatan serta global.
Bagaimanapun, bank-bank yang mempunyai permodalan utuh akan mendepani cabaran ini dalam kedudukan yang kuat dan menjalani pemulihan yang kukuh.
Penganalisis Kanan MIDF Amanah Investment Bank Bhd, Imran Yassin Yusof berpendapat masih banyak ketidakpastian sedang melanda sektor perbankan dari segi impak pandemik itu terhadap ekonomi tempatan.
"Adalah sukar untuk meletakkan garis masa bila sektor perbankan akan pulih kerana ia akan bergantung kepada kecepatan atau magnitud pemulihan ekonomi.
"Bagaimanapun, kami yakin bank-bank Malaysia akan menghadapi rintangan ini pada kedudukan yang kukuh disebabkan mereka mempunyai modal yang baik. Justeru, ia akan dapat mengharungi krisis semasa. Kami berpendapat bahawa sektor bank tempatan akan pulih apabila ekonomi mula pulih," katanya kepada Bernama.
Sementara itu, menurut satu laporan, piawaian penaja jaminan bank-bank Malaysia yang boleh dipercayai, pendapatan yang mencukupi dan penampan modal seharusnya membantu bank menangani impak virus itu.
Bagaimanapun, laporan itu menjelaskan berikutan China merupakan eksport terbesar Malaysia, kelembapan yang begitu ketara di negara itu akan menyebabkan pendapatan korporat terjejas.
Dalam usaha untuk membantu individu dan perniagaan mengimbangi kesan buruk akibat COVID-19, kerajaan telah memperkenalkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) bernilai RM250 bilion.
Pakej itu antara lain melibatkan moratorium selama enam bulan kepada pinjaman perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta individu bermula 1 April, 2020, tidak termasuk baki kad kredit yang boleh ditukarkan kepada pinjaman berjangka tidak lebih daripada tiga tahun dengan had faedah sebanyak 13 peratus setahun.
Penganalisis berpendapat moratorium itu akan menguji daya tahan institusi perbankan kerana ia akan memberi kesan terhadap mudah tunai dan modal kerja mereka yang diperlukan bagi menampung perbelanjaan faedah, overhed dan aktiviti peminjaman.
Mengulas mengenai moratorium tersebut, Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff dari Putra Business School berkata, ia menganggarkan sektor perbankan akan menanggung kerugian pendapatan kira-kira RM2 bilion dengan faedah terakru ke atas pinjaman yang dikecualikan di mana bank yang menawarkan pembiayaan berkadar tetap akan terjejas lebih teruk.
Jelas beliau, mengambil kira pemegang saham utama kesemua sembilan bank tempatan yang tersenarai di Bursa Malaysia adalah institusi kerajaan seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Permodalan Nasional Bhd dan Khazanah Nasional Bhd, ini bererti pengurangan keuntungan mereka pada tahun ini turut menyebabkan pembayaran dividen yang lebih rendah kepada pendeposit dan pelabur.
"Mungkin untuk mengimbangkan keadaan ini selepas mengecualikan faedah terakru mereka, bank perlu menerima beberapa bentuk pengecualian cukai supaya keuntungan tahunan mereka tidak akan terjejas ketara.
"Dengan cara ini, pihak yang terlibat masih boleh mendapat manfaat daripada moratorium tersebut dan bank tidak akan mengalami kerugian," katanya.
Sementara itu, Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Izuan Ahmad menjelaskan kesan negatif daripada pertumbuhan ekonomi yang lebih perlahan dalam sektor perbankan tempatan tidak dapat dielakkan memandangkan kedudukan kredit dan keadaan kewangan segmen isi rumah serta perniagaan akan menentukan pertumbuhan pinjaman/pembiayaan dan kualiti aset sistem perbankan.
Memetik semakan semula Bank Negara Malaysia (BNM) ke atas pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) iaitu antara -2.0 peratus hingga 0.5 peratus untuk 2020, beliau berkata sistem perbankan tempatan dijangka mengalami pinjaman/pertumbuhan pembiayaan yang lebih lembap iaitu di antara 1.0 hingga 2.0 peratus pada tahun ini.
Jelasnya, kualiti aset pada masa ini diunjurkan lemah (nisbah terjejas menghampiri 2.0 peratus) disebabkan risiko bayaran yang lebih tinggi daripada segmen isi rumah dan perniagaan.
Menurut Izuan, sektor perbankan dijangka mengalami kerugian pendapatan khususnya yang mempunyai pendedahan lebih tinggi kepada pembiayaan sewa beli (HP) disebabkan pengecualian faedah moratorium serta mampatan Margin Faedah Bersih berikutan pengurangan berterusan Kadar Dasar Semalaman, yang menyaksikan keuntungan bersih bank merosot sehingga kira-kira 20 peratus.
Menurut nota penyelidikan, Affin Bank Bhd dijangka paling terjejas akibat keadaan itu berikutan bahagian pinjaman HP bank itu adalah yang tertinggi dalam kalangan bank tempatan iaitu 23.2 peratus, diikuti Public Bank Bhd (14.5 peratus) dan AMMB Holdings Bhd (14.2 peratus).
Bagaimanapun, Izuan berkata kedudukan modal dan mudah tunai sistem perbankan tempatan masih dikira mencukupi untuk membendung risiko itu.
Beliau juga sedia maklum bahawa pemulihan sektor itu akan banyak bergantung secara keseluruhannya kepada ekonomi global dan tempatan, pemulihan kewangan, pemulihan pandemik dan impak negatifnya.
Dalam senario kes asas di mana pandemik ini mungkin akan berjaya dibendung menjelang akhir tahun, momentum pertumbuhan dijangka meningkat pada 2021, dengan Malaysia berada dalam kalangan negara yang diunjur mencatatkan pertumbuhan KDNK yang lebih baik pada 6.4 peratus oleh Bank Dunia.
Bagaimanapun, sekiranya wabak ini berpanjangan melebihi 2020, ia pasti akan menyebabkan tempoh pemulihan yang lebih panjang kepada ekonomi tempatan, sekali gus melambatkan sektor perbankan domestik untuk kembali pada keadaan biasa.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 11 2020
Berdasarkan semakan semula Bank Negara Malaysia ke atas pertumbuhan KDNK untuk 2020, sistem perbankan tempatan dijangka mengalami pinjaman/pertumbuhan pembiayaan yang lebih lembap. Gambar fail
10 Berita Pilihan - (8 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jerman raikan ulang tahun peringatan ke-35 Tembok Berlin
Gambar dan lukisan hasil ciptaan penduduk tempatan dipamerkan sepanjang empat kilometer di kawasan yang dahulunya menjadi lokasi tembok tersebut.
Amaran ribut salji November dikeluarkan di New Mexico
Ribut salji ini dijangka akan menjejaskan bahagian utara New Mexico serta selatan Colorado.
Lapangan terbang antara yang musnah akibat Taufan Yinxing
Menurut pegawai wilayah,lebih 40,000 penduduk di Wilayah Cagayan terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara dan tiada kematian dilaporkan.
Israel tangguh bawa pulang rakyat diserang perusuh antisemitik
Pada mulanya, Israel telah mengarahkan dua pesawat dihantar ke Amsterdam untuk membawa rakyatnya pulang.
Filipina tandatangani undang-undang baharu berkaitan Laut China Selatan
Akta Zon Maritim Filipina dan Akta Laluan Laut Kepulauan Filipina itu menekankan kepentingan identiti maritim dan kepulauan.
12 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara terbaharu
Sumber perubatan di Hospital Baptist melaporkan, serangan mengorbankan sembilan rakyat Palestin, termasuk tiga kanak-kanak dan beberapa wanita.
Beli barang bukan keperluan satu trend tidak sihat
Buy Now Pay Later (BNPL) boleh dikatakan istilah moden untuk berhutang menggantikan tradisi lama yang menggunakan buku tiga lima.
Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia (MASA), Datuk Dr Madeline Berma berkata, ia kini menjadi satu trend pengguna membeli barang kehendak yang bukan keperluan untuk menunjuk di media sosial sehingga berlaku pembaziran kewangan.
Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia (MASA), Datuk Dr Madeline Berma berkata, ia kini menjadi satu trend pengguna membeli barang kehendak yang bukan keperluan untuk menunjuk di media sosial sehingga berlaku pembaziran kewangan.
Jika benda asas gagal kuasai, usah berangan hapus rasuah
Antara cara menangani rasuah adalah dengan pegawai kerajaan tertinggi menunjukkan contoh kepada anak buah mereka, misalnya menawarkan kontrak besar perlu melalui tender terbuka.
Presiden Pertubuhan Integriti dan Governan Malaysia (MIG), Datuk Seri Dr Akhbar Satar berkata, jika perkara semudah itu tidak dapat diamalkan, maka agenda negara menghapuskan rasuah sukar tercapai.
Presiden Pertubuhan Integriti dan Governan Malaysia (MIG), Datuk Seri Dr Akhbar Satar berkata, jika perkara semudah itu tidak dapat diamalkan, maka agenda negara menghapuskan rasuah sukar tercapai.
SPRM tumpu siasatan kenal pasti aset diperoleh FashionValet
Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika ini menjurus ke arah mengenal pasti aset dan pemilikan serta sumber kewangan yang diperoleh pengasas FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata, fokus siasatan tertumpu kepada cara syarikat terbabit membelanjakan wang pelaburan diterima daripada Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB).
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata, fokus siasatan tertumpu kepada cara syarikat terbabit membelanjakan wang pelaburan diterima daripada Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB).
Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar AS susulan keyakinan pasaran
Ringgit ditutup lebih kukuh berbanding dolar AS hari ini didorong oleh keyakinan pasaran yang meluas.
BNM dijangka kekalkan OPR pada 3.0 peratus pada 2025
Bank Negara Malaysia dijangka akan mengekalkan pendirian berhati-hati menjelang 2025, berkemungkinan mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.00 peratus.
Bursa Malaysia dibuka tinggi susulan keputusan OPR
Pada pukul 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.05 mata kepada 1,639.22 daripada 1,634.17 ketika ditutup pada Rabu.
BNM kekal OPR tidak berubah pada 3.0 peratus
Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) memutuskan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.00 peratus.
FBM KLCI meningkat pada sesi pembukaan menjelang keputusan OPR, pilihan raya presiden AS
Indeks utama Bursa Malaysia meningkat pada sesi pembukaan pada Rabu, dengan FBM KLCI dijangka diniagakan dalam julat 1,615 hingga 1,625 mata.
Bursa Malaysia ditutup tinggi menjelang keputusan menyuarat MPC
Bursa Malaysia mengakhiri penyusutan awal dengan ditutup tinggi hari ini.
Tiga prinsip asas pacu peranan kewangan Islam lonjak ekonomi - BNM
Kewangan Islam berpotensi besar dalam usaha melonjakkan ekonomi menerusi tiga prinsip asas - Maqasid Syariah, inovasi dan integrasi global.
Saham perladangan, pembinaan pacu Bursa Malaysia ditutup meningkat
Bursa Malaysia mengakhiri dagangan Isnin dengan mencecah paras intra harian tertinggi, dipacu oleh aktiviti memburu saham wajaran tinggi, terutama perladangan dan pembinaan.
Kadar jangka pendek diunjurkan kekal kukuh disokong operasi BNM
Mudah tunai dianggarkan berjumlah RM30.49 bilion dalam sistem konvensional dan RM19.53 bilion dalam dana Islam.
Pusat Respons Scam Kebangsaan terima 122,603 panggilan aduan sehingga Ogos 2024 - MOF
Berdasarkan aduan yang diterima itu, jumlah kerugian yang dialami mangsa adalah sebanyak RM371 juta.