KUALA LUMPUR:Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat) pada Isnin mengesahkan bahawa salah seorang pekerjanya di pejabat wilayah Johor Bahru positif COVID-19.
Dalam satu kenyataan, Bank Muamalat memberitahu sebagai langkah berjaga-jaga, semua pekerja di pejabat cawangan dan wilayah Johor Bahru yang telah berhubungan secara langsung (direct contact) dengan pekerja berkenaan, diminta menjalankan kuarantin kendiri di rumah masing-masing bagi tempoh 14 hari akan datang, sehingga diberikan pelepasan kesihatan sewajarnya.
"Pengesanan kontak sedang dilaksanakan selaras dengan garis panduan Kementerian Kesihatan. Prosedur sanitasi dan pembersihan sedang dijalankan di dua premis yang terletak di Kebun Teh Commercial City, Jalan Kebun Teh, di Johor Bahru, Johor," menurut kenyataan itu.
Sejak dua minggu lepas, Bank Muamalat memaklumkan bahawa lima pekerjanya dari cawangan disahkan positif COVID-19 dan seorang pekerja telah pun sembuh.
"Ketika ini lima pekerja, termasuk yang kes terbaharu dari pejabat wilayah Johor Bahru, berada dalam jagaan hospital kerajaan," katanya.
Bagaimanapun bagi menangani kemungkinan risiko kesihatan disebabkan jumlah kes COVID-19 yang meningkat, waktu operasi cawangan Bank Muamalat terpilih telah dipinda, kepada tempoh dari pukul 9.15 pagi hingga pukul 3.00 petang.
"Bank Muamalat sedang mengambil langkah agresif bagi menjaga keselamatan dan kesihatan pelanggan, petugas dan komuniti, semasa memastikan penyampaian perkhidmatan kewangan penting berjalan dengan lancar.
"Bank Muamalat memberi jaminan kepada pelanggannya, bahawa semua urusan terus beroperasi seperti biasa dengan gangguan minimum, semasa kami terus meletakkan aspek keselamatan sebagai keutamaan nombor satu," tambahnya.
Maklumat lanjut boleh diperoleh dengan melawat laman web Bank Muamalat www.muamalat.com.my atau menelefon 03-2600 5500.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 26 2020

Bank Muamalat memberi jaminan kepada pelanggannya, bahawa semua urusan terus beroperasi seperti biasa dengan gangguan minimum.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Banjir Sabah dan Sarawak: Bank Muamalat tawar moratorium hingga enam bulan
Bank Muamalat Malaysia Berhad menawarkan bantuan khas banjir kepada pelanggan yang terjejas dengan banjir di Sabah dan Sarawak.

Ringgit ditutup rendah susulan indeks dolar AS kukuh
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7765/7780 berbanding dolar AS daripada 4.7785/7820 ketika ditutup semalam.

Ramadan: Bank Muamalat gerak kempen #SubuhMacamJumaat, Cintai Masjid
Bank Muamalat menggerakkan kempen #SubuhMacamJumaat dan Cintai Masjid di seluruh negara sempena menyambut ketibaan Ramadan minggu ini.

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pada sesi awal urus niaga pagi ini
Pada 9.09 pagi, mata wang tempatan menyusut nilai kepada 4.6040/6080 berbanding dolar AS daripada penutupan Isnin pada paras 4.6030/6060.

Ringgit dibuka rendah, kemelut hutang AS beri kesan terhadap permintaan
Pada 9 pagi ini, ringgit susut kepada 4.6280/6305 berbanding dolar AS daripada 4.6245/6285 pada akhir urus niaga semalam yang mencatat paras terendah dalam tempoh enam bulan.

Ringgit tinggi sedikit berbanding dolar AS pada awal dagangan
Pada 9.00 pagi, mata wang tempatan menambah nilai menjadi 4.4740 berbanding dolar AS daripada penutupan Isnin pada 4.4760/4800.

Bank Muamalat sahkan seorang pekerja pejabat wilayah Johor Bahru positif COVID-19
Semua pekerja di pejabat cawangan dan wilayah Johor Bahru yang telah berhubungan secara langsung (direct contact) dengan pekerja berkenaan, diminta menjalankan kuarantin kendiri di rumah.

Bank Muamalat terus tawar bantuan pembayaran bersasar
Bank Muamalat beri jaminan bantuan pembayaran bersasar akan terus disediakan kepada pelanggannya yang berdepan kesukaran kewangan.

Bank Muamalat lantik Tajuddin Atan sebagai pengerusi baharu
Bank Muamalat Malaysia Bhd melantik Datuk Seri Tajuddin Atan sebagai pengerusi baharu berkuat kuasa Rabu.

Bank Muamalat tawar moratorium sementara kepada pelanggan dan kakitangan terjejas oleh koronavirus
Skim tersebut terpakai untuk semua kemudahan pembiayaan kepada pelanggan individu dan perniagaan, berdasarkan merit setiap kes, dan disediakan sehingga 31 Julai, 2020.