MELAKA: Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat) menggerakkan kempen #SubuhMacamJumaat dan Cintai Masjid di seluruh negara sempena menyambut ketibaan Ramadan minggu ini.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat Khairul Kamarudin berkata selain menyemarakkan kempen #SubuhMacamJumaat, gotong-royong dan baik pulih masjid turut dilakukan selepas solat Subuh sebagai sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bank itu.
"Selain bertujuan menambah keselesaan jemaah masjid bagi menyambut Ramadan, program tersebut juga menjadi platform untuk mengeratkan silaturahim antara komuniti dan warga Bank Muamalat dalam mencipta 'Kehidupan Lebih Baik, Bersama'.
"Dalam kempen khas ini, Bank Muamalat dan kakitangannya bukan sahaja meringankan beban jemaah masjid dengan bergotong-royong, tetapi turut menyumbang bantuan tunai kepada masjid yang terlibat," katanya dalam kenyataan hari ini.
Khairul berkata program #SubuhMacamJumaat dan Cintai Masjid di 14 negeri itu dijalankan hujung minggu ini (9 dan 10 Mac) dan program penutup bakal berlangsung di Masjid Nur Jannatul Bahri, Kg Air Hitam, Pantai Tg Bidara dijangka dihadiri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh hari ini.
Beliau berkata Bank Muamalat juga akan melaksanakan beberapa lagi program CSR sepanjang Ramadan termasuklah pengagihan bubur lambuk, edaran pek makanan iftar dan lain-lain.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 10 2024

Selain menyemarakkan kempen #SubuhMacamJumaat, gotong-royong dan baik pulih masjid turut dilakukan selepas solat Subuh. - Gambar hiasan/BERNAMA

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Ramadan: Bank Muamalat gerak kempen #SubuhMacamJumaat, Cintai Masjid
Bank Muamalat menggerakkan kempen #SubuhMacamJumaat dan Cintai Masjid di seluruh negara sempena menyambut ketibaan Ramadan minggu ini.